backup og meta

Hepatitis: Perbezaan Antara Hepatitis B dan Hepatitis C Kronik

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/01/2023

    Hepatitis: Perbezaan Antara Hepatitis B dan Hepatitis C Kronik

    Terdapat tiga jenis hepatitis biasa yang mungkin anda tahu dan ia adalah virus hepatitis seperti A, B dan C. Namun, hepatitis B dan C lebih berbahaya daripada hepatitis A. Kedua-dua hepatitis B dan C boleh membawa kepada hepatitis kronik. Kenali gejala hepatitis mengikut jenis!

    2 jenis hepatitis ini juga mempunya simptom yang sama seperti deman, selsema, keletihan, loya, sakit perut, muntah, hilang selera makan dan penyakit kuning.

    Walaubagaimana pun, terdapat beberapa perbezaan di antara 2 virus berdasarkan gejala hepatitis.

    Hepatitis B

    Jenis virus hepatitis ini boleh menjadi keadaan akut atau kronik. Hampir semua orang yang mempunyai penyakit hepatitis B akut tidak akan berkembang kepada keadaan kronik.

    Hepatitis B dikenali sebagai sebab yang membawa kepada penyakit hati kronik seperti sirosis, kegagalan hati, dan kanser hati apabila merebak dari cecair orang yang dijangkiti seperti darah atau air mani kepada orang lain walaupun dalam jumlah mikroskopik.

    Tambahan pula, terdapat pelbagai cara penyakit hepatitis B boleh tersebar, termasuk:

    gejala hepatitis

    • Daripada ibu yang dijangkiti kepada bayi
    • Seks dengan orang yang dijangkiti atau tanpa perlindungan
    • Perkongsian peralatan yang tercemar dengan darah orang yang dijangkiti
    • Berkongsi barangan peribadi dengan pesakit seperti berus gigi, tuala
    • Hidup dalam kawalan jangkitan yang lemah

    Doktor biasanya mungkin mencadangkan anda mengambil ujian pengesahan untuk memeriksa beberapa antibodi khas atau antigen hepatitis B yang terdapat di dalam badan anda atau tidak.

    Untuk mencegah hepatitis B, anda perlu mengambil vaksin. Sekiranya anda mempunyai hepatitis akut, tiada ubat yang tersedia, anda ditanganinya melalui penjagaan sokongan.

    Tetapi jika anda mempunyai keadaan kronik, doktor mungkin mencadangkan pemantauan atau penggunaan ubat secara tetap.

    Penyakit hepatitis C

    gejala hepatitis

    Tidak seperti hepatitis B atau A, orang dengan jenis C mungkin ada atau tiada gejala hepatitis.

    Keadaan kesihatan ini berlangsung dari beberapa minggu ke jangkitan jangka panjang yang serius dan ia adalah sebab kanser hati dan pemindahan hati.

    Hepatitis C disebarkan dari darah seseorang yang dijangkiti ke badan seseorang yang tidak dijangkiti.

    Anda juga boleh mendapat hepatitis C jika anda berkongsi peralatan dengan orang yang dijangkiti atau hidup dalam kawalan jangkitan yang lemah.

    Untuk diagnosis keadaan ini, doktor anda mungkin mencadangkan ujian pengesahan untuk melihat jumlah hepatitis C RNA (cebisan bahagian virus berkenaan) dalam darah anda.

    Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai hepatitis C tidak boleh divaksin kerana tidak ada vaksin untuk hepatitis C.

    Untuk merawat hepatitis C, berdasarkan genotip virus anda, doktor anda menetapkan ubat-ubatan untuk membantu membersihkan virus hepatitis C dari sistem anda.

    Lebih-lebih lagi, seseorang itu mungkin mempunyai kedua-dua hepatitis B dan C pada masa yang sama. Dalam sesetengah kes, hepatitis C boleh sembuh sepenuhnya.

    Apa pun gejala hepatitis yang anda perasan atau anda fikir anda mempunyai hepatitis B dan C, berbincang dengan doktor secepat mungkin.

    Berikan juga perhatian kepada gaya hidup sihat anda untuk melindungi hati anda daripada kerosakan tambahan seperti menghindari alkohol, memakan makanan yang sihat, menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks dan menjalani kehidupan yang sihat.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan