Kelewatan Haid

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan

Definisi

Apa itu Kelewatan Haid?

Kebanyakan wanita mengalami haid antara 11 hingga 13 kali setiap tahun. Tetapi anda mungkin berbeza apabila mengalami bilangan haid terlebih atau terkurang yang dipanggil haid lewat atau tidak teratur.

Apakah kebarangkalian Kelewatan Haid?

Haid lewat boleh terjadi kepada mana-mana pesakit tanpa mengira usia. Masalah ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kelewatan Haid?

Kebanyakan wanita mempunyai haid setiap 28 hari atau lebih kurang, tetapi biasa bagi wanita mempunyai kitaran haid sedikit pendek atau panjang daripada itu, antara  24 hingga 35 hari. Sesetengah wanita tidak selalunya mempunyai kitaran haid yang teratur. Haid mereka mungkin lebih awal atau lambat, dan tempoh haid berakhir dan kuantiti darah haid juga berbeza setiap kali haid.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor anda jika anda mengalami sebarang masalah berikut:

  • Anda mengalami sakit pada bahagian bawah perut.
  • Anda hamil walaupun ujian mengatakan anda tidak hamil.
  • Anda terlewat dua kali tempoh haid yang teratur dan tidak tahu sebabnya.
  • Anda terlewat dua kali tempoh haid ketika mengambil pil perancang, dan anda tidak pernah gagal mengambilnya.
  • Anda tidak pernah datang haid walaupun sudah berumur 16 tahun.
  • Anda tidak mempunyai bentuk payudara atau bulu ari-ari walaupun sudah berumur 14 tahun.

Punca

Apakah Punca Kelewatan Haid?

Ketika beberapa tahun pertama haid bermula, tempoh haid selalunya tidak teratur. Haid mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk menstabilkan hormon.

Tempoh haid juga mungkin jadi tidak teratur ketika tahun-tahun terakhir haid berlaku. Kebanyakan wanita menyedari bahawa mereka sudah mendekati perimenopaus dan menopaus apabila haid mereka tidak teratur. Menopaus berlaku apabila tidak datang haid selama 12 bulan sejak haid terakhir berlaku.

Kebiasaannya haid lewat disebabkan oleh kehamilan. Gunakan ujian kehamilan di rumah sebagai langkah pertama untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak.


Sekiranya anda tidak hamil, punca-punca lain bagi haid lewat atau tidak teratur termasuklah:

  • Hilang atau naik berat badan secara berlebihan. Walaupun kurang berat badan adalah punca biasa bagi haid lewat atau tidak teratur, obesiti juga boleh menjadi punca masalah haid.  
  • Gangguan makanan, seperti anoreksia atau bulimia.
  • Senaman berlebihan. Selalu berlaku pada atlet daya tahan.
  • Stress emosi.
  • Sakit.
  • Melancong.
  • Ubat-ubatan seperti kaedah kawalan kelahiran.
  • Masalah hormon. Ini mungkin disebabkan perubahan paras hormon yang diperlukan oleh tubuh bagi membantu menstruasi.
  • Penyalahgunaan dadah.
  • Masalah pada organ pelvik, seperti selaput dara tidak berlubang, sindrom ovari polisistik atau Sindrom Asherman.
  • Menyusu badan.
  • Kegagalan ovari pramatang di mana haid anda berhenti sebelum umur 40 tahun. Pembedahan, kimoterapi, dan terapi radiasi pada abdomen atau pelvik boleh  menyebabkan kegagalan ovari pramatang.


Penyakit lain seperti sindrom iritasi usus, tuberkulosis, penyakit hati dan diabetes boleh menyebabkan haid lewat atau tidak teratur, walaupun hal ini jarang berlaku. Namun jika ada sebarang penyakit ini, anda biasanya akan mengalami simptom lain selain daripada haid tidak teratur.

Jika anda tidak datang haid, cuba untuk bertenang. Kembalikan emosi dan fizikal yang stabil dalam hidup anda mungkin boleh membantu. Haid lewat adalah perkara biasa untuk setiap wanita. Melainkan jika anda hamil, kitaran haid anda berpeluang untuk kembali normal pada bulan hadapan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kelewatan Haid?

Terdapat banyak faktor risiko untuk haid lewat seperti:

  • Hilang berat badan.
  • Menghadkan pemakanan.
  • Senaman yang keterlaluan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Kelewatan Haid didiagnosis?

Doktor akan melakukan pemeriksaan pelvik ringkas untuk mengetahui sama ada anda mempunyai sebarang sebab lain. Jika anda berumur 18 tahun dan tidak pernah datang haid, ujian yang lebih mendalam akan dilakukan.

Bagaimana pesakit Kelewatan Haid dirawat?

Jika punca di sebalik haid lewat didiagnosis, rawatan bagi punca tersebut akan dilakukan. Namun begitu, jika punca haid lewat tidak dijumpai, terdapat pilihan rawatan lain seperti:

  • Diet yang sihat.
  • Vitamin dan mineral.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kelewatan Haid?

Anda boleh mencuba beberapa tip di bawah untuk mengawal haid anda:

  • Makan diet yang seimbang.
  • Jangan merokok atau menggunakan produk tembakau yang lain.
  • Elakkan alkohol atau dadah.
  • Elakkan kafein, atau sekat pengambilan anda kepada 1 cawan kopi atau teh setiap hari.
  • Jangan cuci bekas najis kucing, bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis.
  • Jauhi orang yang sakit.
  • Ambil vitamin tambahan yang mengandungi folik asid atau vitamin prenatal.

Jika ujian kehamilan di rumah anda negatif tetapi anda masih mengalami simptom-simptom kehamilan, lebih baik anda berjumpa doktor untuk mengesahkan perkara ini. Amalkan gaya hidup sihat sehingga anda berjumpa doktor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mahu Bergelar Ibu? Ini 7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Anda PATUT Cuba!

    Sebenarnya, ada cara untuk wanita cepat mengandung selepas haid. Nak tahu apa caranya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/11/2019 . 3 minit bacaan

    Rasa Kejang Atau Sakit Setiap Kali Haid? Jangan Risau, Cuba Buat 11 Cara Ini!

    Rasa kejang atau sakit ketika haid adalah perkara biasa ketika datang bulan. Jika terlalu teruk, boleh cuba 11 cara ini untuk mengurangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/04/2019 . 3 minit bacaan

    Ablasi Endometrium

    Kenali proses Ablasi Endometrium . Bagaimana ia dilakukan, risiko serta pemulihan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Kesihatan A-Z, Pembedahan A-Z 27/05/2018 . 3 minit bacaan

    Kenapa Perlu Malas Semasa Datang Bulan? Ini 4 Kelebihan Bersenam Semasa Haid!

    Buat wanita, terdapat banyak kelebihan bersenam semasa haid. Oleh itu, jangan hanya bermalasan sahaja dan klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara melayan suami ketika haid

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    haid

    Buat Wanita, Ini 10 Rahsia Melegakan Kekejangan Semasa Haid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    makanan ketika haid

    7 Makanan Sesuai Diambil Wanita Sedang Datang Bulan, No 3 PALING Ramai Perempuan Suka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Awas Kaum Wanita – Endometriosis Boleh KEMBALI Lepas Dibuang, Ini Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/01/2020 . 4 minit bacaan