backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kuku Tercabut? Ini Tentang Kecederaan Kuku Yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/11/2022

Kuku Tercabut? Ini Tentang Kecederaan Kuku Yang Anda Perlu Tahu

Saya mengalami kecederaan kuku, seperti kuku tercabut. Apa yang perlu saya lakukan dan adakah perlu untuk segera mendapatkan rawatan serta pemeriksaan doktor?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apakah itu Kecederaan Kuku?

Kecederaan kuku berlaku apabila mana-mana bahagian kuku anda cedera. Ini termasuk kuku, dasar kuku (kulit di bawah kuku), kutikel (bunga kuku), dan kulit di sekitar sisi kuku.

Kecederaan berlaku apabila kuku terluka, koyak, terhempas, atau lebam, atau kuku tercabut dari kulit.

Adakah cedera kuku biasa berlaku?

Kecederaan kuku sangat biasa berlaku. Ia boleh menjejaskan pesakit pada usia apa pun. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom kecederaan kuku?

Terdapat lima kategori kecederaan yang boleh berlaku kepada kuku. Sering kali, gabungan kecederaan ini berlaku pada kuku yang sama.

  • Subungual hematoma (lebam kuku) adalah darah terkumpul di bawah kuku. Ia biasanya berwarna merah atau ungu, yang pudar menjadi biru dalam beberapa minggu. Keseluruhan jari tangan atau jari kaki yang terbabit akan berdenyut-denyut dan terasa sakit apabila disentuh. Malah, jika pergeseran jari dengan udara juga akan menyakitkan. Lebam kuku mungkin berlaku dengan sendirinya, atau ia dialami dengan kombinasi dengan kecederaan kuku yang lain
  • Kuku melecet boleh merujuk kepada luka ke atas kuku, dasar kuku, kutikel kuku atau lipatan lateral kuku atau gabungan mana-mana keadaan tersebut. Biasanya, darah akan dapat dilihat pada kulit. Kuku boleh kelihatan agak teruk bergantung kepada jenis kecederaan yang dialami
  • Amputasi hujung jari bermaksud bahawa bahagian hujung jari, termasuk bahagian atau semua kuku, dikeluarkan daripada jari. Tulang mungkin kelihatan atau tidak kelihatan
  • Avulsi kuku (tercabut) berlaku apabila bahagian kuku tercabut dari dasar kuku atau terkeluar dan melekat pada kulit hanya pada pangkal kuku (kutikel). Biasanya darah kelihatan. Ini sering dikaitkan dengan melecet
  • Patah (fraktur) tulang di bawah kuku juga boleh dikaitkan dengan kecederaan pada kuku, terutamanya yang melibatkan kecederaan yang menghancurkan. Ini dipanggil fraktur tuf distal. Sinar-x diperlukan untuk mendiagnosis keadaan ini melainkan terdapat bengkok (kecacatan bentuk) yang jelas kelihatan di hujung jari

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

kecederaan kuku

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Anda perlu merujuk doktor anda jika anda mengalami juga simptom-simptom berikut:

Punca

Apakah punca masalah ini?

Kebanyakan kecederaan pada kuku berlaku disebabkan salah satu daripada tiga mekanisme ini:

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kecederaan didiagnosis?

kecederaan kuku

Doktor akan membuat pemeriksaan terperinci pada tangan atau kaki dan kuku yang cedera untuk menentukan tahap rawatan dan pembaikan yang diperlukan dengan melaksanakan prosedur berikut :-

  • Doktor perlu mengetahui dengan tepat bagaimana kecederaan itu berlaku untuk menentukan kecederaan yang mungkin dan jika luka itu tercemar (terutamanya jika kecederaan disebabkan gigitan)
  • Doktor akan bertanya tentang masalah perubatan, ubat, alergi, dan tarikh suntikan tetanus yang paling terkini
  • Denyutan nadi dan tekanan darah anda akan diperiksa
  • Mungkin, sinar-x tangan atau kaki akan diambil
  • Ujian darah biasanya tidak diperlukan

Bagaimanakah kecederaan kuku dirawat?

Kes kecederaan pada kuku yang ringan

Anda mungkin dapat merawat kecederaan pada kuku di rumah jika anda boleh menghentikan pendarahan dengan cepat dan:

  • Kuku tercabut, tapi tidak terpotong atau terkoyak dan masih melekat pada dasar kuku
  • Lebam kuku anda bersaiz kurang daripada satu perempat saiz kuku anda
  • Jari atau jari kaki anda tidak bengkok atau mengalami kecacatan bentuk

Untuk merawat kecederaan kuku anda perlu:

  • Buka semua perhiasan dari tangan anda. Gunakan sabun, jika perlu, untuk mengeluarkan cincin dari jari anda dengan mudah. Jika anda tidak boleh mengeluarkan cincin kerana jari anda bengkak, hubungi pembekal penjagaan kesihatan anda
  • Cuci mana-mana luka atau luka kecil
  • Gunakan pembalut jika perlu

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/sihat-bergaya/penjagaan-kuku/kuku-palsu/

Kes-kes kecederaan kuku yang teruk

Untuk kecederaan pada kuku yang lebih serius, anda perlu pergi ke klinik atau hospital dengan segera. Mereka akan menghentikan pendarahan dan membersihkan luka. Biasanya, kuku dan jari tangan atau jari kaki akan dibius dengan ubat sebelum dirawat.

Kecederaan dasar kuku:

  • Untuk lebam yang lebih besar, pasukan perubatan akan membuat sebuah lubang kecil di kuku
  • Ini akan membolehkan bendalir disalirkan keluar serta melegakan tekanan dan kesakitan
  • Jika tulang patah atau lebam sangat besar, kuku mungkin perlu dikeluarkan dan dasar kuku perlu diperbaiki

Kuku melecet atau avulsi:

  • Sebahagian atau kesemua mungkin perlu dikeluarkan
  • Luka di dasar kuku akan ditutup dengan jahitan
  • Kuku akan disambungkan menggunakan gam khas atau jahitan
  • Sekiranya kuku tidak dapat disambungkan, pasukan perubatan anda mungkin menggantikannya dengan sejenis bahan khas. Bahan ini akan kekal di atas dasar kuku sementara kuku kembali sembuh
  • Pembekal kesihatan anda mungkin akan mempreskripsikan antibiotik untuk mencegah jangkitan

Jika anda mengalami tulang patah, pasukan perubatan anda mungkin perlu memasang wayar di jari anda untuk memastikan tulang kekal di tempatnya.

Langkah pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang dapat membantu saya mengatasi masalah kuku? 

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi kecederaan kuku:

Pengurusan kesakitan

Anda patut:

  • Meletakkan ais selama 20 minit setiap 2 jam pada hari pertama, kemudian 3 hingga 4 kali sehari selepas itu
  • Untuk mengurangkan sakit berdenyut-denyut, tinggikan tangan atau kaki anda melebihi paras jantung anda
  • Ambil ubat penahan sakit dengan preskripsi seperti yang diarahkan. Atau anda boleh menggunakan ibuprofen atau naproxen untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Acetaminophen boleh membantu mengurangkan sakit, tetapi tidak akan mengurangkan bengkak. Anda boleh membeli ubat-ubatan tahan sakit tanpa preskripsi
  • Rujuk pembekal anda sebelum menggunakan ubat ini jika anda mempunyai sejarah penyakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang, atau mempunyai ulser perut atau pendarahan dalaman
  • JANGAN ambil lebih daripada jumlah yang dicadangkan pada label atau oleh pembekal anda

kecederaan kuku

Pengurusan luka

Anda patut:

  • Mengikut nasihat doktor anda tentang penjagaan luka anda
  • Sekiranya anda mempunyai kuku buatan, ia harus berada di tempatnya sehingga dasar kuku anda sembuh
  • Tukar balutan luka anda setiap hari sekiranya penyedia perubatan anda mencadangkannya
  • Anda boleh menyapu sedikit salap antibiotik bagi mengelakkan balutan anda daripada melekat, sekiranya penyedia perubatan anda membenarkannya
  • Anda boleh diberi splin atau kasut khas untuk membantu melindungi kuku dan jari tangan atau kaki anda semasa dalam proses penyembuhan
  • Biasanya kuku baru akan tumbuh, menggantikan kuku lama dan menolak kuku lama dalam proses tersebut

Menjadi aktif semula

  • Jika anda kehilangan kuku anda, ia akan mengambil masa 7 hingga 10 hari untuk dasar kuku anda sembuh kembali. Kuku jari baru akan mengambil masa 4 hingga 6 bulan untuk tumbuh menggantikan kuku yang hilang. Kuku jari kaki pula mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk tumbuh semula
  • Kuku baru mungkin akan kelihatan beralur atau berbatas dan agak rosak. Ini mungkin bersifat kekal
  • Jika anda mengalami patah tulang di jari tangan atau kaki anda berserta dengan kecederaan kuku, anda mungkin akan mengambil masa kira-kira 4 minggu untuk sembuh

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/11/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan