backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Patah Tulang Belikat? Ini Keadaan Yang Perlu Anda Fahami

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 14/02/2023

Patah Tulang Belikat? Ini Keadaan Yang Perlu Anda Fahami

Sakit tulang belikat? Mungkin anda alami masalah patah tulang belikat. Ini yang perlu anda fahami tentang keadaan tersebut. Jangan pandang remeh.

Definisi

Apa itu Patah Tulang Belikat?

Skapula atau tulang belikat adalah struktur tulang yang terdapat pada bahagian atas belakang badan yang menghubungkan lengan atas ke dinding dada (toraks).

Ia juga membentuk bahagian soket bersama bahu yang menghubungkan lengan atas (humerus) ke soket (glenoid). Cuaran akromion dan korakoid adalah benjolan tulang yang terdapat pada bahagian atas skapula, dan mereka berfungsi untuk menyambung skapula ke tulang selangka (klavikel).

Skapula dikelilingi oleh lapisan otot tebal yang bertanggungjawab untuk pergerakan sendi bahu yang lancar.

Daya kekuatan yang besar biasanya diperlukan untuk memecah atau mematahkan tulang belikat; oleh itu, profesional penjagaan kesihatan akan meneroka kecederaan lain apabila pesakit mempunyai tulang belikat yang patah.

Keretakan (pecah) telah dilaporkan di banyak kawasan tulang yang terdiri daripada skapula.

Apakah kebarangkalian Patah Tulang Belikat?

Tulang belikat (skapula) jarang sekali dapat dipatahkan (tulang patah juga dipanggil keretakan).

Daripada semua jenis patah tulang, tulang belikat patah berlaku kurang dari 1%. Keretakan skapula berlaku lebih kerap pada lelaki muda berumur 25 hingga 45 tahun kerana aktiviti dan trauma yang mereka hadapi.

Ini berlaku dengan aktiviti sukan, kemalangan kenderaan bermotor, dan lain-lain bentuk trauma tumpul.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Patah Tulang Belikat?

Tanda-tanda umum bagi patah adalah:

  • Kesakitan yang teruk apabila anda cuba menggerakkan lengan anda
  • Ketidakupayaan untuk mengangkat lengan anda ke atas kepala anda
  • Bengkak, lebam, dan geseran kulit di bahagian belakang bahu (belikat) anda

Kecederaan lain, terutamanya yang disebabkan oleh trauma, boleh menunjukkan simptom yang sama seperti tulang belikat patah. Semua jenis patah tulang adalah serius, jadi adalah penting untuk segera berjumpa dengan doktor jika anda mengalami sebarang simptom di atas.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

sakit tulang belikat

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza.

Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Sakit Tulang Belikat?

Keretakan skapula adalah disebabkan oleh trauma langsung yang melibatkan sejumlah besar daya tenaga atau kekuatan. Kecederaan berkaitan lain pada dinding dada, paru-paru, dan bahu juga berlaku dalam 80% kes tulang patah.

Penyebab umum keadaan ini termasuklah:

  • Kemalangan kenderaan bermotor
  • Terjatuh dengan trauma langsung ke bahu
  • Terjatuh ke lengan yang terentang keluar
  • Trauma langsung seperti dari kayu besbol atau tukul

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Patah Tulang Belikat?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Patah Tulang Belikat didiagnosis?

Seorang doktor akan dapat mendiagnosis keadaan ini selepas pemeriksaan fizikal dan ujian imbasan yang menyeluruh.

X-ray bahu dan dada akan diambil.

Imbasan CT perut dan dada kadang-kadang dijalankan untuk menilai sebarang kecederaan lain.

Imbasan MRI atau CT bahu kadang-kadang diperlukan untuk mendiagnosis soket bahu (glenoid) yang retak/patah.

Keretakan skapula kadang-kadang ditemui semasa penilaian yang terperinci selepas trauma umum akibat terjatuh, kemalangan kenderaan motor, atau trauma langsung.

Bagaimana pesakit dirawat?

Rawatan selain pembedahan

Keadaan ini kebanyakannya boleh dirawat tanpa pembedahan. Anda akan diberikan anduh untuk mengekalkan bahu di tempatnya sementara tulang sembuh.

Doktor akan memberikan preskripsi untuk terapi fizikal bagi membantu meningkatkan pergerakan anda, mengurangkan kekakuan dan kesakitan.

Anda diarahkan untuk merehatkan bahu sehingga ia bersedia untuk terapi fizikal. Terapi fizikal selalunya dilakukan sehingga anda mendapat semula mobiliti penuh bahu anda.

Doktor anda akan memberitahu bilakah waktu yang sesuai untuk menanggalkan anduh anda. Ini biasanya berlaku apabila sakit tulang belikat anda telah hilang.

tulang belikat

Pembedahan

Jenis keretakan tulang tertentu mesti dirawat dengan pembedahan. Antaranya::

  • Keretakan di mana glenoid telah teralih
  • Keretakan leher skapula yang teruk
  • Keretakan akromion yang menyebabkan tulang lengan atas bergeser dengannya

Anda akan diberikan anestesia. Pakar bedah akan meletakkan tulang semula pada jajaran asal dan boleh melampirkannya bersama-sama dengan plat logam, skru, atau wayar.

Sama seperti rawatan selain pembedahan, pembedahan akan diikuti dengan rehat, dan kemudiannya terapi fizikal sehingga mobiliti penuh pulih semula.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Patah Tulang Belikat?

Oleh sebab biasanya keretakan tulang bahagian ini sering kali dikaitkan dengan kecederaan lain yang mengancam nyawa, pesakit harus diperiksa dengan baik di jabatan kecemasan hospital.

  • Halang pergerakan tangan sesegera mungkin. Jangan gerakkannya. Ini boleh dilaksanakan dengan kain anduh yang disangkut di atas leher dan siku yang bengkok, yang memegang bahagian lengan yang terjejas supaya kekal dekat dengan badan.
  • Letakkan ais ke kawasan itu untuk mengurangkan bengkak dan ketidakselesaan.
  • Letakkan ais selama 20 minit pada satu masa, dan elakkan sentuhan langsung ais kepada kulit.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 14/02/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan