Jangan Pandang Remeh Tentang Penjagaan Kuku, Ia Penting Untuk Cegah Jangkitan Pada Kuku

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kuku hitam dan kotor, rasa geli apabila melihat keadaan kuku yang sebegitu, bukan? Aspek penjagaan kuku sering kali dianggap remeh. Tetapi kuku yang tidak terjaga berisiko untuk mengalami masalah kuku.

Masalah kuku biasa

Masalah berkaitan kuku merupakan satu isu yang biasa berlaku, terutamanya melibatkan jangkitan atau berlaku akibat penyakit radang kulit yang dialami. Antara tanda atau simptom yang sering dihadapi adalah seperti perubahan warna pada kuku, kecacatan, penebalan, pecah dan rapuh. 

Menurut Pakar Perunding Dermatologi, Unit Dermatologi, Jabatan Perubatan di Universiti Malaya (UM), Dr Kwan Zhenli, “Berdasarkan pengalaman, pesakit yang selalunya mengalami masalah ini akan mempunyai kuku dengan tompok kuning, putih, hitam atau coklat. Manakala terdapat juga sesetengah daripada mereka mempunyai garisan gelap pada kuku.”

Isu berkaitan kuku boleh terjadi bersama jangkitan seperti paronychia, yang menyebabkan kemerahan dan pembengkakan pada kulit di sekeliling kuku. Masalah ini sering terjadi kepada individu yang terdedah kepada pekerjaan basah. Kuku boleh berubah kepada warna kehijauan disebabkan jangkitan bakteria Pseudomonas aeruginosa.

Jangkitan kulat

Dr Kwan yang juga merupakan Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan UM memberitahu, jangkitan kulat merupakan masalah berkaitan kuku yang paling selalu dihadapi oleh kebanyakan individu di Malaysia, yang biasanya disebabkan oleh dermatophytes atau Candida albicans. Keadaan ini dipanggil onychomycosis.

Masalah lain berkaitan kuku yang kerap berlaku adalah seperti kuku yang tumbuh ke dalam (ingrown nail), jangkitan kuku Pseudomonas serta keadaan kuku yang berkait dengan penyakit kulit yang lain seperti ekzema, psoriasis, lichen planus dan alopecia areata.

Antara keadaan kesihatan bahaya yang boleh menjejaskan kuku adalah acral melanoma, iaitu masalah kanser kulit yang agresif. Individu yang menghidapi masalah kesihatan ini boleh mengalami keadaan kuku dengan tompok atau garisan gelap terutamanya jika melibatkan lipatan kuku (nail fold).

Faktor risiko

cegah-masalah-kuku

Dr Kwan menjelaskan bahawa masalah kuku bukan semestinya melibatkan faktor keturunan walaupun keadaan kesihatan seperti ekzema atopik dan psoriasis atopik mempunyai kaitan dengan keturunan. 

Masalah jangkitan kulat pada kuku mungkin dikaitkan dengan sistem imun yang lemah, keadaan kulit berkaitan seperti ekzema atopik atau psoriasis, kencing manis, kasut yang tidak bersesuaian (untuk kuku kaki), peredaran udara yang tidak bagus, persekitaran yang lembap atau panas serta perkongsian bilik air atau bilik loker. 

Pilihan rawatan atasi masalah kuku

Antara pilihan rawatan untuk merawat jangkitan onychomycosis, adalah agen topikal seperti amorolfine lacquer atau agen sistematik seperti terbinafine, itraconazole dan fluconazole (bagi jangkitan Candida).

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan penggunaan laser dan terapi photodynamic juga boleh membantu mengatasi masalah jangkitan pada kuku. Namun, masih banyak bukti dan kajian yang perlu dilakukan untuk menyarankan ia sebagai satu kaedah rawatan harian. 

Prosedur mengeluarkan kuku boleh dipertimbangkan jika keadaan kuku menjadi tebal dan tidak mempunyai sebarang tindak balas terhadap rawatan oral. Namun, kebarangkalian kadar penyembuhan selepas membuang kuku tidak seimbang dengan ketidakselesaan atau kesakitan yang dialami ketika prosedur. 

Langkah pencegahan dan penjagaan kuku selepas mengubati jangkitan onychomycosis adalah  penggunaan ubat topikal antikulat seperti krim, losyen atau bedak, gel antiseptik dan penggunaan alatan yang disteril atau membawa alatan sendiri ketika melakukan rawatan merias kuku (manicures / pedicures)

cegah-masalah-kuku

Bagi keadaan kuku yang tumbuh ke dalam (ingrown nail), beberapa kaedah konservatif boleh dilakukan seperti memotong kuku dengan potongan lurus, menyelitkan cebisan kapas atau tiub plastik pada bahagian bawah kuku dan menarik lipatan kuku lateral (lateral nail fold) menggunakan pita. Jika masih berlaku, prosedur pembedahan mungkin perlu dilakukan.

Sekiranya perubahan pada kuku berlaku disebabkan penyakit kulit yang lain, keadaan ini perlu ditangani secara khusus. Jika doktor mengesyaki masalah melanoma, pengimbasan lanjutan dan pembedahan merupakan langkah yang akan disyorkan. 

Perubahan gaya hidup

Untuk mengurangkan risiko masalah melibatkan kuku seperti jangkitan kulat, aspek penjagaan kuku adalah perlu dititik beratkan. Anda perlu memastikan kuku sentiasa dalam keadaan pendek, kering dan bersih. Jika mempunyai masalah pada kuku tertentu, sebaiknya sediakan pemotong kuku yang berlainan dan tidak bercampur dengan kuku yang lain.

Kulit sekitar kuku yang terjejas juga perlu diletakkan krim antikulat. Hindari daripada memotong kutikel. Manakala bagi kuku kaki, disarankan menggunakan kasut yang selesa dan hindari daripada memakai kasut bertumit tinggi atau kasut yang meruncing pada bahagian depan. 

Keadaan kaki perlu dipastikan sentiasa kering. Tukar dan pakai stoking bersih setiap hari dan terdapat sesetengah individu meletakkan bedak antikulat pada stoking dan kasut. Jika anda berkongsi bilik air, elakkan daripada berkongsi selipar tandas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

    Mandi terlalu lama boleh menjejaskan kesihatan kulit walaupun anda hanya mandi sekali sehari. Ikuti tip kami bagi memastikan kesihatan kulit terjaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Tip Penjagaan Jari Tangan Dan Kaki Bayi, 5 Perkara Ibu Bapa PERLU Tahu!

    Haish, geram tengok jari-jemari si kecil yang halus. Tetapi adakah anda tahu cara menjaga jari kaki bayi? Ada cara penjagaan khusus perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 15/03/2020 . 3 minit bacaan

    Awas! Jika Kulit Berubah Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ekzema zakar

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Jika Gemar Berkebun & Ada Kucing Di Rumah? Anda Berisiko Kena JANGKITAN Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    hilangkan ketuat

    Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Merawatnya, Mudah Saja, Hanya Perlu Buat Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    kulit berjerawat pakai makeup

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan