BERHENTI Kongsi Pengetip Kuku! Anda Berisiko Dapat Banyak Penyakit Termasuk Hepatitis, Takutnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

‘Sharing is caring’. Ya, pepatah Inggeris ini memang tepat namun ada beberapa barangan peribadi kita yang tidak harus dikongsi bersama orang lain termasuklah pengetip kuku.

Ini kerana ramai di kalangan kita yang gemar berkongsi barangan peribadi dek kerana kurang prihatin terhadap risikonya.

Perkongsian ini akan selalu berlaku dalam kalangan orang yang kita sangat rapat seperti suami atau isteri, ahli keluarga serta rakan karib.

Sebenarnya, barangan peribadi seperti berus gigi, sikat rambut, pisau cukur, pakaian, tuala mandi serta pengetip kuku tidak wajar dikongsi kerana boleh mengakibatkan jangkitan penyakit.

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

Kenapa tidak boleh kongsi barangan peribadi?

Ada perkara yang kita boleh kongsi dan ada juga yang tidak boleh dikongsikan seperti teman istimewa anda.

Sebagai contoh, kita boleh lihat kepada barangan peribadi yang paling kerap digunakan oleh lebih dari satu orang sahaja iaitu pakaian dan tuala mandi.

Ini kerana perbuatan sebegini berisiko memindahkan kuman yang berada pada permukaan kulit manusia di antara satu individu kepada individu yang lain.

Akibatnya, ia mungkin menyebabkan tubuh badan menjadi tempat pembiakan kuman lantas mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan termasuklah:

  • Jangkitan staph
  • Jangkitan yis
  • Jerawat
  • Ringworm
  • Jock Itch
  • Pink eye
  • Athelete’s foot

tuala

“Perbuatan berkongsi barangan peribadi terutamanya pakaian yang dipakai pada kulit seperti tuala mandi boleh jadi punca jangkitan kudis buta,” jelas Perunding Dermatologi Dr Saadiah Sulaiman.

Bagaimana pula dengan pengetip kuku? Adakah benar ia berisiko menyebarkan hepatitis dan pelbagai penyakit lain seperti yang tertera pada judul artikel?

Awas, kongsi pengetip kuku berisiko sebarkan Hepatitis C!

Pengetip kuku adalah sejenis alat yang dicipta khas untuk memotong atau mengerat kuku jari tangan dan kaki.

Sudah menjadi satu kebiasaan di mana kita akan berkongsi alatan ini kerana cuma terdapat beberapa unit sahaja di rumah (jika masih belum hilang).

Pun begitu, wajarlah untuk kita tahu bahawa perbuatan ini adalah berbahaya kerana berisiko menyebarkan pelbagai jenis penyakit termasuklah Hepatitis C (HCV).

Untuk pengetahuan anda, HCV adalah sejenis penyakit yang boleh merebak melalui darah.

Ini bermakna seseorang yang menghidapinya berisiko sebarkan penyakit ini kepada individu lain jika terdapat luka, rongga atau bukaan pada kulit sehingga mengalirkan darah.

Disebabkan itu, barangan peribadi seperti berus gigi, sikat rambut, pisau cukur, pakaian dan pengetip kuku tidak boleh dikongsikan lebih-lebih jika mereka berpenyakit.

kuku

Selain tidak berkongsi pengetip kuku, apa penderita perlu buat?

Sekiranya anda adalah salah seorang dari penderita Hepatitis C, jangan sesekali berkongsi barangan peribadi meskipun anda yakin tiada darah yang boleh disebarkan.

Dalam pada itu, sila beri amaran kepada orang di sekeliling terutamanya yang tinggal serumah tentang penyakit yang anda sedang alami ini agar mereka lebih berwaspada.

Antara individu yang wajib anda beri amaran termasuklah:

  • Orang yang tinggal serumah dengan anda
  • Doktor
  • Jururawat
  • Ahli akupuntur
  • Pencacah tatu
  • Penindik telinga

Bukan sahaja Hepatitis C, wujud juga risiko penyakit lain!

Ya, memang wujud risiko penyakit lain. Selain HCV, terdapat beberapa risiko jangkitan penyakit akibat perkongsian barangan peribadi termasuklah pengetip kuku.

Antara jangkitan penyakit yang dimaksudkan adalah:

#1. Jangkitan cacing

Jangkitan cacing seperti pinworms boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagian kulit terutamanya bahagian alat sulit dan lubang dubur.

Sekiranya tangan penderita tersentuh bahagian yang terjangkiti dan menggunakan pengetip kuku, ia boleh meninggalkan risiko jangkitan.

Apabila anda pula menggunakan pengetip kuku terbabit, anda berisiko untuk mendapat jangkitan.

cacing

#2. Jangkitan bakteria

Jangkitan bakteria seperti bakteria pemakan daging boleh menyebabkan kerosakan pada tisu kulit yang seterusnya mungkin jadi punca cacar air.

Ada satu kes di Amerika di mana seorang wanita terjangkiti bakteria ini ketika menjalani rawatan manicure akibat perkongsian pengetip kuku.

Oleh itu, jangan sesekali berkongsi alatan ini serta semua barangan peribadi anda dengan orang lain.

#3. Jangkitan virus

Jangkitan virus seperti Human Papilloma Virus (HPV) boleh menyebabkan ketuat plantar yang merebak melalui luka, rongga atau bukaan pada kulit.

Ia juga boleh tersebar melalui perkongsian pengetip kuku dan biasa menyebabkan ketuat pada sekitar bahagian tapak kaki, keting atau betis.

Akhir kata, terdapat banyak jangkitan penyakit yang boleh berlaku jika berkongsi barangan peribadi termasuklah pengetip kuku.

Jadi, sila guna dan simpan ia hanya untuk diri anda sendiri!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Musim Flu Tiba Awal Di Negara-Negara Barat

Jumlah kematian yang luar biasa ini cukup merisaukan kerana ia menandakan musim flu telah tiba lebih awal daripada sepatutnya. 

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Berita, Berita Antarabangsa 18/12/2019 . 4 minit bacaan

Endokarditis

Endokarditis merupakan jangkitan endokardium. Ia melibatkan jangkitan bakteria yang menyebabkan keradangan pada lapisan, otot serta injap jantung.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 13/12/2019 . 7 minit bacaan

Adakah Saya Perlu Menghabiskan Antibiotik Yang Diberikan?

Adakah anda perlu berhenti mengambil antibiotik yang diberikan atau menghabiskannya walaupun telah berasa sihat? Ikuti jawapannya disini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/11/2019 . 3 minit bacaan

Risiko Bahaya Berkongsi Susu Ibu Yang Tidak Diketahui

Berkongsi susu merupakan antara cara lain untuk memastikan bayi tetap mendapat susu ibu. Tetapi terdapat risiko bahaya jika berkongsi susu ibu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/10/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit mata

Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
vaksin flu

Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan

COVID-19 Makin Merebak, Ini 10 Persiapan Sebelum Raya Anda Kena Buat Dari Sekarang

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/01/2020 . 3 minit bacaan
simptom diabetes

Penjagaan Luka Kencing Manis

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 20/12/2019 . 4 minit bacaan