Gastrik: Bagaimana Ingin Menguruskannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/07/2019 . 2 mins read

Gastrik secara amnya bukanlah satu keadaan kesihatan yang berbahaya. Namun, ia masih berpotensi menyebabkan beberapa komplikasi seperti:

  • Ulser perut dan duodenum.
  • Pendarahan perut dan muntah darah.
  • Kanser perut.

Keadaan kesihatan yang kerap berlaku ini boleh diuruskan jika mengikut kaedah yang betul. Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana cara menguruskan gastrik.

Perubahan gaya hidup

Beberapa perubahan pada tabiat dan gaya hidup anda mungkin membantu mengurangkan insiden gastrik. Anda boleh cuba:

  • Ambil hidangan lebih ringan tetapi dengan lebih kerap – jika anda sering mengalami masalah ketidakhadaman, hidangan yang ringan dan kecil boleh membantu mengurangkan kesan tindakan asid di dalam perut.
  • Elakkan makanan yang ‘tajam’ – contohnya adalah makanan pedas, berasid, bergoreng atau berlemak.
  • Tinggalkan alkohol dan rokok – dua amalan ini boleh menghakis lapisan mukosa di dalam perut anda.
  • Berhati-hati menggunakan ubat tahan sakit – kurangkan penggunaan ubat dalam kumpulan NSAIDs. Panadol dan paracetamol adalah lebih selamat untuk perut anda.

Ubat-ubatan untuk gastrik

Dalam sebahagian kes, perubahan gaya hidup semata-mata tidak mampu mengawal simptom dan penyakit. Anda mungkin perlu mendapatkan bantuan daripada ubat-ubatan berikut:

  • Antibiotik. Jika seseorang itu disahkan mengandungi bakteria Helicobacter pylori, gabungan beberapa antibiotik (clarithromycin, amoxicillin atau metronidazole) selama satu atau dua minggu diberikan untuk membunuh bakteria tersebut.
  • Perencat pam proton (PPI). Ubat ini mengurangkan penghasilan asid oleh perut dengan merencat fungsi sel yang menghasilkan asid tersebut. Antara contoh PPI yang digunakan ialah omeprazole dan lansoprazole.
  • Penghalang reseptor H2. Ubat ini juga mengurangkan asid di dalam perut dengan menghalang reseptor khusus di dalam perut yang disebut sebagai reseptor H2. Ia Contohnya ialah ranitidine dan cimetidine.
  • Anti-asid. Anda juga mungkin diberikan anti-asid yang berfungsi meneutralkan asid di dalam perut untuk memberikan kelegaan daripada simptom yang ada.

Doktor akan menentukan jenis serta bilangan ubat yang anda perlu ambil. Beberapa pemeriksaan dan ujian mungkin diperlukan untuk melihat punca dan faktor risiko berkaitan. Jangan abaikan simptom yang ada. Dapatkan bantuan perubatan yang betul sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Biji Cili Boleh Jadi Punca Sakit Apendiks, BETUL Atau KARUT?

    Ada orang kata biji cili adalah salah satu daripada punca apendiks. Adakah ia benar? Jika ya, adakah terdapat cara untuk merawatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/10/2019 . 3 mins read

    Berat Badan Turun 50 kg? Biar Betul!

    Tidak mustahil untuk anda turun 50 kg berat badan. Apa? 50 kg?! Bagaimana? Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 03/10/2019 . 3 mins read

    Anda Gastrik? Ketahui Puncanya

    Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Gastrik Ketika Bulan Puasa? Ia Bukan Sekadar Angin Dalam Perut, Ini 11 Cara Merawatnya

    Anda selalu rasa perut masuk angin, loya dan selalu sendawa kalau lambat makan? Itu mungkin tanda gastrik angin. Ini 3 cara hilangkan gastrik angin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    ubat sakit perut cirit birit

    Kerap Ke Tandas Selepas Berbuka Puasa? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/05/2020 . 3 mins read
    elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 mins read
    9-makanan-untuk-penghidap-gastrik

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/04/2020 . 3 mins read

    Ladies, Selalu Sakit Bawah Perut? AWAS Ia Mungkin Tanda 4 Masalah Kesihatan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/12/2019 . 3 mins read