Epididimitis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Epididimitis?

Epididimis ialah tiub di belakang testis yang membawa sperma daripada testis ke uretra.  Epididimitis ialah keradangan epididimis disebabkan jangkitan atau keadaan lain.

Epididimitis kebiasaannya disebabkan jangkitan bakteria atau penyakit kelamin. Testis juga boleh dijangkiti sama, keadaan yang dipanggil epididymo-orcitis.

Apakah kebarangkalian Epididimitis?

Simptom epididimitis yang biasa berlaku ialah:

  • Epididimis yang bengkak dan sakit
  • Demam ringan
  • Menggigil
  • Membuang air kencing dengan kerap atau menyakitkan
  • Keluar cecair daripada zakar
  • Rasa sakit pada testis
  • Rasa sakit sewaktu hubungan kelamin
  • Darah dalam air mani

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Epididimitis?

Simptom epididimitis yang biasa berlaku ialah:

  • Epididimis yang bengkak dan sakit
  • Demam ringan
  • Menggigil
  • Membuang air kencing dengan kerap atau menyakitkan
  • Keluar cecair daripada zakar
  • Rasa sakit pada testis
  • Rasa sakit sewaktu hubungan kelamin
  • Darah dalam air mani

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mendapati sebarang sakit skrotal, bengkak atau simptom yang disebutkan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Epididimitis?

Punca epididimitis bergantung kepada usia dan tabiat pesakit. Antaranya termasuklah:

  • Jangkitan kelamin: punca utama epididimitis dalam kalangan lelaki muda ialah disebabkan gonorrhea dan chlamydia.
  • Jangkitan: Jangkitan bukan kelamin juga boleh menyebabkan epididimitis, bakteria merebak daripada tempat jangkitan seperti jangkitan laluan kencing atau jangkitan prostat.
  • Amiodarone (Pacerone) ialah ubat masalah jantung yang menyebabkan keradangan epididimis.
  • Air kencing dalam epididimis (epididimitis kimia) berlaku apabila terdapat aliran air kencing ke belakang disebabkan angkat berat atau tekanan.
  • Trauma disebabkan kecederaan groin.
  • Jangkitan tuberkulosis: punca yang jarang berlaku.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Epididimitis?

Terdapat banyak faktor risiko epididimitis, seperti:

  • Jika anda tidak bersunat
  • Jika anda melakukan hubungan kelamin tanpa kondom atau mempunyai pasangan dengan jangkitan kelamin
  • Jika anda menghidap tuberkulosis
  • Jika anda mempunyai masalah pada saluran kencing
  • Jika anda baru sahaja menjalani pembedahan saluran kencing atau kecederaan groin
  • Jika anda sedang menggunakan kateter air kencing
  • Jika anda mengambil ubat amiodarone.
  • Jika prostat anda membesar.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Epididimitis didiagnosis?

Doktor anda akan memulakan dengan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa testis atau bahagian groin dan sebarang lendiran daripada zakar. Doktor juga mungkin akan mengambil sampel cairan yang keluar untuk ujian jangkitan kelamin.

Ujian lain untuk mendiagnosis epididimitis ialah:

  • Ujian darah dan air kencing: sampel akan diambil untuk mengenalpasti sebarang masalah.
  • Ultrabunyi: ujian pengimejan ini untuk menolak kemungkinan kilasan testis (testicular torsion) dan keadaan lain. Ujian ini membantu doktor melihat bahagian badan dengan jelas dan mengenal pasti punca rasa sakit.

Bagaimana pesakit Epididimitis dirawat?

Epididimitis boleh dirawat dengan menggunakan ubat untuk membunuh bakteria yang terlibat atau mengawal puncanya. Antara ubat yang digunakan ialah:

  • Antibiotik
  • Ubat penahan sakit
  • Ubat anti keradangan

Pembedahan diperlukan jika epididimis perlu dibuang atau untuk memeriksa punca lain.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Epididimitis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani epididimitis:

  • Rehat secukupnya
  • Elakkan hubungan kelamin dengan orang lain untuk mengelakkan jangkitan tersebar
  • Elakkan mengangkat beban yang berat
  • Pakai pakaian sukan yang sesuai jika bermain sukan lasak
  • Cari posisi yang selesa untuk mengangkat skrotum dan mengenakan pek ais untuk mengurangkan bengkak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut