Mak Ayah ‘Kaki Kontrol’? Ketahui 7 Tip Wujudkan Hubungan Sihat Dengan Mereka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/02/2020 . 3 minit bacaan

Sering terikat dengan ibu bapa sehingga tidak ada masa bersama keluarga ada kalanya boleh menimbulkan masalah. Jadi bagaimana untuk mewujudkan hubungan sihat dengan ibu bapa anda?

Terlalu terikat

Siapa yang tidak sayangkan ibu bapanya, tidak kira ibu bapa sendiri mahupun mentua. Apatah lagi apabila anda sudah mempunyai zuriat, pastinya anda mahukan anak anda rapat dengan datuk dan nenek mereka.

Tetapi bagaimana jika hubungan tersebut menjadi terlalu terikat sehingga anda tidak mempunyai masa langsung untuk bersama keluarga kecil anda sendiri?

Mungkin ada antara anda berasakan ia ada sesuatu yang bagus jika ibu bapa menjadi rapat dengan keluarga anda. Ya, tidak dinafikan. Jika dilihat dari sudut positif, anda mempunyai sokongan daripada ibu bapa.

Walau bagaimanapun, menjadi terlalu rapat mungkin boleh menimbulkan ketegangan. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa anda tidak boleh memberikan ruang kepada anda untuk bersendirian bersama keluarga. 

Menurut Pakar Terapi Perkahwinan dan Keluarga Bertauliah di Encinitas, California, Becky Stuempfig, mewujudkan sempadan hubungan sihat dapat membolehkan anda menjelaskan mengenai keperluan, keinginan dan tahap keselesaan anda dengan ibu bapa dan mentua.

Jangan salah faham. Mewujudkan batasan hubungan ini bukan bermakna ibu bapa anda langsung tidak boleh bersama anda mahupun cucu mereka. Cuma ia memberikan ruang kepada anda dan pasangan untuk membina identiti keluarga anda sendiri tanpa campur tangan pihak lain.

Cara wujudkan hubungan sihat

Jadi bagaimana untuk mewujudkan hubungan sihat tanpa menyebabkan ibu bapa dan mentua terasa mahupun berkecil hati dengan anda?

Tentunya sebagai anak, kita tidak mahu ibu bapa, iaitu datuk dan nenek kepada anak anda berkecil hati. Ini kerana pada akhirnya mereka adalah insan penting dalam kehidupan kita. 

Jadi berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh dilakukan untuk membina satu batasan hubungan sihat:

hubungan kekeluargaan

  1. Ketahui nilai yang anda ingini

Sebelum anda berkomunikasi secara terbuka dengan ibu bapa atau mentua anda, pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan pasangan. Bincang dan tentukan nilai yang anda ingini sebagai ibu bapa dalam keluarga anda.

Ini kerana sekiranya anda dan pasangan tidak pasti mengenai nilai yang anda mahukan dalam keluarga, mungkin ia akan menimbulkan lebih kekeliruan. Lebih teruk lagi jika ia menyebabkan perbalahan antara anda dan ibu bapa.

  1. Bertindak awal

Apabila anda dan pasangan sudah menentukan nilai hubungan kekeluargaan yang anda mahukan, cuba untuk berkongsinya bersama ibu bapa dan mentua anda secepat yang boleh. Usah menunggu untuk bertindak selepas timbulnya masalah.

Menurut Becky, bertindak lebih awal dalam melakukan perbincangan pastinya dapat membantu anda dalam membina hubungan sihat bersama ibu bapa dan mentua anda. Anda mungkin akan berasa janggal, tetapi hakikatnya, ia adalah lebih baik daripada memendam rasa sehingga akhirnya menimbulkan ketegangan pada kemudian hari.

  1. Tenang dan lembut

Dalam menyampaikan apa yang anda inginkan mengenai hubungan sihat dengan ibu bapa dan mentua, pastikan anda melakukannya dalam keadaan tenang bersama nada suara yang lembut. 

Hindari daripada menggunakan perkataan dan nada suara atau kata-kata yang mungkin menyebabkan mereka berkecil hati sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan. Jika anda berada dalam keadaan emosi, ambil masa untuk tenangkan diri terlebih dahulu.

Ini kerana jika anda meneruskan perbincangan dalam keadaan beremosi, anda mungkin cenderung mengeluarkan kata-kata yang akan anda kesali pada akhirnya. Lebih teruk lagi jika anak-anak mendengar apa yang anda katakan kepada datuk dan nenek mereka.

  1. Tunjukkan penghargaan

Ketika melakukan perbincangan bersama ibu bapa dan mentua, pastikan anda menyatakan penghargaan anda kepada mereka, tentang betapa anda menghargai kewujudan mereka dalam kehidupan anak-anak anda.

Anda boleh katakan kepada ibu bapa dan mentua, betapa anda menghargai kasih sayang yang dicurahkan kepada cucu mereka. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu dihadkan dan ia adalah demi kebaikan anak-anak anda. 

Walau apa pun yang ingin anda katakan, anda perlu sentiasa menjaga aspek hubungan kekeluargaan agar tetap bahagia.

  1. Ringkas

Ketika melakukan perbincangan untuk menentukan batasan dalam hubungan sihat ini, anda perlu memastikan pasangan anda turut berada bersama anda. Ini adalah untuk mengelakkan wujudnya perselisihan faham antara pasangan dan mentua. 

Pastikan juga apa yang anda ingin katakan adalah ringkas dan tidak meleret. Jika tidak ia cenderung menimbulkan kekeliruan kepada ibu bapa dan mentua. 

  1. Bertolak ansur

Jika ibu bapa mahupun mentua masih mahu mempunyai ikatan yang rapat dengan anak-anak anda, mungkin anda boleh bertolak ansur sedikit. Sudah tentu ia adalah demi memastikan hubungan kekeluargaan anda tidak terjejas

Anda boleh cadangkan kepada ibu bapa dan mentua anda untuk memainkan peranan tertentu, seperti membawa anak anda beriadah setiap hujung minggu, mengambil anak anda dari sekolah pada hari-hari tertentu atau mungkin menjemput mereka untuk makan malam bersama pada setiap hari Sabtu.

hubungan sihat

  1. Perspektif berbeza

Mungkin terdapat beberapa perkara yang dilakukan ibu bapa dan mentua berbeza dengan apa yang anda buat. Namun, anda tidak perlu terlalu risau kerana sudah tentu aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan. Siapa yang tidak sayangkan cucu, bukan?

Mungkin terdapat peraturan berbeza antara anda dan juga ibu bapa. Usah risau. Ini kerana anak-anak mempunyai tahap kesedaran mengenai perbezaan peraturan ini. Apabila bersama anda, sudah tentu mereka akan mengikuti apa yang telah anda tetapkan.

Akhir kata

Mewujudkan batasan dalam hubungan kekeluargaan bukan bermakna untuk memutuskan ikatan. Sebaliknya, ia dilakukan untuk memberikan ruang peribadi kepada anda dan keluarga tanpa campur tangan ibu bapa mahupun mentua. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

    Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 27/05/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Masa bersama keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam mengecapi kebahagiaan pasangan dan anak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jalinan-kasih-antara-ibu-dan-anak

    Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan
    perancang keluarga

    Ingin Merancang Keluarga Secara Natural? Boleh Cuba Metode NFP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan
    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    kawan imaginasi

    Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan