Semua bayi dilahirkan comel, justeru, kita tidak dapat menghalang diri kita daripada menyentuh dan mencium bayi. Malangnya, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan cium anak sebenarnya boleh membahayakan kesihatan mereka, terutamanya bayi yang baru lahir.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Suka cium anak? Fikir dulu tentang mudaratnya!
Siapa sangka, tabiat cium anak boleh menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit. Sebagai ibu bapa, hati-hati jika orang lain bertindak mencium anak kita.
Berikut 3 penyakit paling lazim yang boleh menjangkiti bayi jika dia sering dicium pada bahagian bibirnya:
1. Mononucleosis (“Penyakit mencium” atau “Mono”)
Mononucleosis ditafsirkan sebagai penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perpindahan air liur yang mengandungi virus Epstein-Barr viruses (EBV). Pendedahan paling biasa kepada penyakit ini adalah melalui ciuman.
Sebab itulah, anda perlu hati-hati dan jangan biarkan orang lain cium anak sesuka hati!
Namun, pesakit juga boleh mendapat virus ini melalui seseorang yang mengalami batuk, bersin atau berkongsi perkakas makanan dengan orang yang dijangkiti, bukan hanya melalui ciuman semata-mata.
Walaupun mononucleosis tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Antara komplikasinya termasuklah:
- Pembesaran limpa – organ kecil berdekatan dengan perut yang bertanggungjawab kepada kualiti sel darah. Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin memerluakn pembedahan kerana ia boleh menyebabkan limpa pecah.
- Masalah hati – pesakit boleh menderita sama ada Hepatitis (radang hati sederhana) atau Jaundis (kulit dan mata bertukar kuning)
Komplikasi biasa lain seperti anemia, masalah jantung, thrombocytopenia (kurang platelet dalam darah) atau bengkak tonsil sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.
Baca juga:
- Ciuman Bibir Ke Bibir Ada Risiko Penyakit Berbahaya? Ini 6 Mitos Mengenai Mononucleosis!
- Apa Itu Mono (Mononukleosis), Adakah Sejenis Penyakit Kelamin?
2. Virus kayap bunga (HSV):
Herpes ataupun kayap adalah satu jangkitan kronik yang disebabkan apabila salah satu 1 dalam 2 jenis virus yang berkait rapat memasuki kulit dalam kawasan tertentu:
- Virus kayap bunga jenis 1 (HSV-1) kebanyakannya dihantar melalui hubungan oral. Ia boleh menyebabkan kayap oral.
- Virus kayap bunga jenis 2 (HSV-2) kebanyakannya dihantar melalui hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kayap genital (bahagian intim).
Jika anda atau orang lain cium anak pada kawasan mulut, dia mungkin akan mendapat jangkitan kayap bunga jenis 1 dan kayap oral – keadaan di mana berlaku lepuh kecil yang menyakitkan (juga dikenali lepuh sejuk) mula merebak pada bahagian bibir, gusi, lidah, dan dalam mulut bayi.
Kayap ini tidak membawa maut kepada orang dewasa.
Bagaimanapun, ia boleh mengancam nyawa bayi baru lahir memandangkan sistem ketahanan tubuh mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Virus ini boleh menyerang teruk tubuh mereka, menyebabkan komplikasi seperti encephalitis (radang otak) dan keratitis (radang mata).
Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai keibubapaan, kongsikan soalan anda dalam Komuniti Keibubapaan Hello Doktor. Tukar pendapat dan dapatkan komen daripada pakar untuk dapatkan jawapan kepada persoalan anda!
3. Cium anak sebabkan pereputan gigi awal
Mencium bayi pada mulutnya boleh menyebabkan mereka mendapat kaviti semasa peringkat awal alam kanak-kanak mereka.
Ini kerana orang dewasa boleh memindahkan bakteria yang disebabkan kaviti seperti Streptococcus mutans melalui air liur mereka ke dalam mulut bayi.
Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan daripada meniup makanan bayi mereka kerana ini juga adalah cara pemindahan air liur. Jangan benarkan orang lain cium anak juga ya!
[embed-health-tool-child-growth-chart]