Dibuli Adik-beradik, Bukan Isu Remeh

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kita biasa mendengar kes buli yang berlaku melibatkan remaja dan kanak-kanak. Tetapi  bagaimana pula dengan kes dibuli adik-beradik sendiri, adakah ia normal atau tidak?

Dibuli adik-beradik

Cabaran utama bagi penyelidik adalah untuk menentukan sama ada isu yang wujud adalah konflik biasa antara adik-beradik atau lebih menjurus kepada buli. Ini kerana terdapat perbezaan pemahaman mengenai “tingkah laku buli” pada guru, doktor dan pakar kesihatan awam dengan apa yang difahami oleh ibu bapa dan anak-anak. 

Umumnya, buli ditafsir sebagai satu tingkah laku yang tidak diingini dan agresif. Ia melibatkan ketidakseimbangan kuasa dan pengulangan yang disengajakan. Salah satu cara terbaik untuk mengenal pasti isu buli adik-beradik adalah melalui tiga komponen buli. 

Tiga komponen itu adalah ketidakseimbangan kuasa, tindakan yang sengaja dan tingkah laku berulang. Dalam erti kata lain, apabila konflik adik-beradik ini terlibat dalam panggilan nama, penghinaan atau penyindiran, intimidasi, penderaan fizikal dan tingkah laku berbentuk penganiayaan adalah dikira sebagai satu keadaan dibuli adik-beradik.

Isu pembulian adalah satu perkara yang tidak normal. Tiada adik-beradik yang perlu menjadi mangsa penganiayaan dan dibuli adik-beradik yang lain. 

Kesan buli

Sering kali, kes buli antara adik-beradik dianggap sebagai isu remeh oleh kebanyakan ibu bapa. Tetapi tindakan sebegitu sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, terutamanya kepada individu yang dibuli.

Dibuli adik-beradik sebenarnya boleh mendatangkan kesan bahaya kepada individu yang dibuli sama seperti mangsa buli di taman permainan. Dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Pediatrics, menyatakan kesan individu yang dibuli sama ada oleh abang atau kakak adalah sama seperti dibuli rakan sebaya. 

Adakalanya kesan dibuli adik-beradik adalah lebih teruk. Ia bukan sekadar memberi kesan ke atas harga diri. tetapi ia akan kekal dalam diri mangsa buli untuk tempoh panjang yang mungkin memakan masa bertahun-tahun. Keadaan ini sekali gus menjejaskan status rumah yang sepatutnya dianggap sebagai sebuah tempat yang selamat. 

Jangan ambil mudah

Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memandang remeh isu ini. Anda harus mengambil tindakan menyelesaikan isu ini atau ia akan berlarutan sehingga memberi kesan yang lebih serius kepada anak yang dibuli.

Jika anda menyedari ada di antara anak anda dibuli oleh abang, kakak atau adiknya, cara yang terbaik adalah untuk berbincang secara bersemuka melibatkan anak yang dibuli dan anak yang membuli. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik demi keharmonian keluarga anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: November 18, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 17, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut