home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Persaingan Adik-Beradik: Bagaimana Ibu Bapa Perlu Mengendalikannya?

Persaingan Adik-Beradik: Bagaimana Ibu Bapa Perlu Mengendalikannya?

Kanak-kanak memang terkenal dengan sikap suka bersaing. Mereka akan berkelahi tidak kira sesama rakan mereka ataupun adik-beradik mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, anda mungkin tidak mahukan perkara ini kerap berlaku. Bagaimana untuk mengendalikannya? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Apa perlu dilakukan apabila anak-anak bertengkar?

Kebanyakan ibu bapa pasti akan segera meleraikan jika anak-anak mereka terlibat dalam pertengkaran. Namun begitu, ada pakar yang mengatakan bahawa ibu bapa tidak perlu masuk campur terlalu awal di dalam apa-apa konflik dalam kalangan anak-anak melainkan mereka berada di kawasan awam ataupun apabila keganasan melibatkan fizikal mula terjadi.

Tidak memberi peluang kepada anak anda untuk berkelahi sesama adik beradik akan menyebabkan mereka tidak dapat mengembangkan skil penyelesaian masalah mereka. Dengan berbuat begini, anak anda akan berpendapat bahawa jika mereka terlibat dalam apa-apa masalah, akan sentiasa ada individu yang boleh menyelamatkannya. Ini juga mungkin akan mengakibatkan salah faham antara anak-anak anda yang mungkin menganggap anda melebihkan seseorang anak itu berbanding yang lain.

Sebenarnya, lebih baik jika ibu bapa membenarkan anak-anak menyelesaikan apa-apa konflik sendiri. Namun begitu, jika ibu bapa masih perlu untuk masuk campur, pertimbangkan tip-tip ini:

  • Pisahkan anak-anak dan benarkan mereka kembali bermain bersama apabila sudah tenang.
  • Elakkan menjerit dan membebel sebelum mengetahui punca sebenar pertengkaran anak-anak.
  • Jangan sesekali bercakap bagi pihak anak-anak sebaliknya biarkan mereka meluahkan perasaan mereka sendiri.
  • Beritahu anak-anak bahawa tiada siapa yang bersalah dalam mana-mana pertengkaran kerana ia memerlukan dua individu untuk memulakannya.
  • Cipta satu penyelesaian situasi menang-menang agar tiada sebarang perasaan dendam atau cemburu dalam kalangan anak-anak.

Bagaimana mengendalikan persaingan adik beradik dalam kalangan anak-anak anda?

  • Pastikan anak anda yang lebih tua mengetahui akan kehadiran bakal adik mereka sebelum kelahiran. Anda boleh tunjukkan mereka gambar-gambar bayi atau biarkan mereka merasai tendangan bayi di dalam perut.
  • Ajar anak-anak skil menyelesaikan konflik seperti mengawal sikap agresif, berbincang serta berkompromi bagi memastikan mereka menghargai setiap perspektif individu lain serta bersikap adil.
  • Jangan sesekali melebihkan seseorang anak di hadapan anak yang lain. Jangan membandingkan penampilan, gred ataupun kelakuan mereka.
  • Bersikap adil, jangan sesekali melayan mereka sama sahaja dengan anak yang lain. Anda perlu tahu bahawa anak-anak anda adalah individu berbeza yang berlainan bakat, personaliti dan impian. Sebagai contoh, jika anda membeli baju untuk anak-anak, pastikan ia berbeza warna. Atau beli sahaja barangan yang lain. Raikan setiap keunikan anak-anak dan jangan sesekali ingin membentuk mereka menjadi individu yang anda sendiri inginkan.
  • Pastikan setiap anak-anak mempunyai masa dan ruang peribadi mereka sendiri. Semakin mereka membesar, semakin mereka memerlukan privasi. Mengumpulkan mereka bersama hanya akan mengakibatkan kekeliruan dan salah faham.
  • Berikan anak-anak peringatan dan amaran untuk mengelak sebarang konflik yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Sibling Rivalry. http://kidshealth.org/en/parents/sibling-rivalry.html#. Accessed April 17, 2017.

Sibling Rivalry. http://www.med.umich.edu/yourchild/topics/sibriv.htm. Accessed April 17, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 26/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x