Proses penjagaan anak selepas bersalin, terutama dalam minggu pertama kelahiran bayi bukanlah satu tempoh yang mudah. Sebab itulah cuti paterniti ini penting bagi membantu isteri yang lepas bersalin bagi mengadaptasi dengan kehidupan baru bersama si comel.
Ini bermakna, kehadiran suami di sisi dapat memberi peluang kepada anda memainkan peranan sebagai ibu ayah diperingkat awal ini. Jadi, perlu atau tidak para suami mendapat cuti peterniti selepaskan isterinya melahirkan anak? Mari kita kupas!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tempoh cuti bersalin suami ditambah
Mengikut pindaan terbaru Akta Kerja 1955, cuti bersalin di Malaysia telah dipanjangkan daripada 60 hari ke 98 hari.
Kini, pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kerja (Pindaan) 2021 telah memberi cuti paterniti selama 7 hari kepada suami dan pekerja lelaki yang berkahwin telah memberikan sedikit kelegaan kepada si suami bagi membantu proses menguruskan isteri dan anak.
Kepentingan cuti paterniti buat isteri
Sebenarnya, soal cuti paterniti ini bukanlah sekadar untuk membina ikatan kekeluargaan, antara ibu, ayah dan anak yang baru dilahirkan tetapi dalam masa yang sama ia adalah untuk membantu isteri yang baru melahirkan anak.
Ini kerana, dalam minggu pertama selepas kelahiran, isteri akan mengalami perubahan dramatik dalam tahap hormon dan ia sudah tentu akan mempengaruhi emosi.
Menurut Pembantu Profesor Obstetrik dan Ginekologi di University College of Physicians and Surgeons di New York, Dr. Hilda Hutcherson, situasi itu adalah sesuatu yang normal dan perubahan emosi itu merupakan perkara yang tidak mendatangkan kebimbangan.
Selalunya, kebanyakan wanita tidak bersedia dengan perubahan emosi yang bakal mereka lalui selepas melahirkan anak. Sebab itulah, jika tidak urus dan dikawal, mungkin akan mengakibatkan meroyan.
Tempoh rapuh untuk ibu
Tempoh postpartum (selepas bersalin), merupakan satu tempoh paling rapuh bagi wanita, terutama bagi yang melalui proses kelahiran melalui pembedahan. Ketika ini, badan anda akan mengalami pelbagai perubahan sepanjang proses pemulihan badan .
Antaranya, kesukaran untuk bangun, tiada selera makan, pendarahan berlebihan, menyusukan bayi dan macam-macam lagi.
Semasa tempoh cuti bersalin ini, badan wanita akan kerap untuk berasa sakit dan lesu dan memerlukan tempoh masa selama 4 hingga 6 minggu untuk kembali pulih. Berbeza dengan pembedahan C-section, mungkin memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih.
Semasa postpartum, terdapat beberapa simptom-simptom yang akan dialami oleh badan, antaranya seperti di bawah:
- Bengkak
- Pendarahan faraj
- Kesakitan faraj
- Bengkak payudara
- Kekejangan
- Masalah pundi kencing
- Masalah pergerakan usus
- Rambut menipis
- Kehilangan pigmentasi kulit
- Kemurungan selepas bersalin
- Kekurangan tenaga
Bahaya kesan postpartum
Kebanyakan individu wanita, selepas kelahiran bayi akan melalui fasa emosi yang dipanggil “baby blues” semasa beberapa hari terawal selepas bersalin. Puncak fasa ini biasanya pada hari keempat dan akan berkurangan dalam masa kurang daripada dua minggu.
Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan untuk seseorang wanita mengalami blues lebih daripada tempoh tersebut, malah terdapat juga risiko untuk wujudnya kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri atau bayi, ia adalah berkaitan dengan kemurungan selepas bersalin (Postpartum depression) atau meroyan yang boleh dikaitkan dengan kecelaruan emosi serta perasaan dan keresahan perinatal (Perinatal Mood and Anxiety Disorder, PMAD).

Pentingnya sokongan suami
Sememangnya cuti paterniti selama tiga hari tidak mungkin mencukupi buat isteri, kerana ia terlalu singkat. Tetapi sekurang-kurangnya, dalam tempoh yang singkat itu dapat membantu mengurangkan tekanan dan bebanan yang dihadapi isteri pada awal-awal kelahiran anak, terutama bagi pasangan yang pertama kali mendapat cahaya mata.
Walaupun terdapat perkhidmatan bidan berbayar pada zaman sekarang, bukan semua pasangan mampu untuk mendapatkan khidmat bidan berbayar untuk menjaga isteri ketika dalam proses pantang. Malah lebih menyedihkan terdapat juga pasangan yang tidak dapat menyediakan keperluan bayi dengan lengkap.
Sebenarnya, kita dapat lihat bahawa kehadiran suami selepas proses kelahiran anak, bukan sahaja untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak. Cuti peterniti ini membantu untuk meringankan bebanan dan tekanan yang mungkin dihadapi isteri.
[embed-health-tool-ovulation]