Bagaimana menguruskan soalan cepumas?
Lazimnya, anak-anak di usia awal remaja tidak memikirkan dahulu soalan mereka sebelum mereka bertanya. Jadinya, akan kerap berlaku soalan yang akan mengejutkan anda seperti “Apa itu blowjob?” atau “Kenapa orang lakukan seks?” dan mereka akan mengharapkan jawapan yang mudah daripada pihak anda. Jika anda tidak dapat menghasilakn jawapan yang bernas, cakap sahaja yang anda akan menjawabnya semula dalam masa terdekat. Jangan senyap sahaja dan biarkan topik itu tidak terjawab.
Apa yang anak perempuan anda perlu tahu lebih daripada sekadar seks
Selain pengetahuan tentang hubungan seks, lengkapkan sekali mereka dengan kaedah untuk mengenali tindakan-tindakan yang berniat ke arah seks dan langkah keselamatan bagi melindungi diri mereka. Pada sekitar usia 15, ajar mereka sekali tentang apa itu hubungan yang sihat dan hubungan yang bersifat mengambil kesempatan. Ajar sekali tentang jenayah seks, cara untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa dan tindakan yang wajar diambil sekiranya berada dalam situasi tersebut. Akhir sekali, tetapkan had dalam hubungan mereka dalam masa yang sama, tidak terlalu mengongkong kehidupan mereka.
Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen