backup og meta

Panduan Bagi Bayi Makan Ubat, #5 Paling Mudah Untuk Ibu Bapa Buat!

Panduan Bagi Bayi Makan Ubat, #5 Paling Mudah Untuk Ibu Bapa Buat!

Apabila si manja anda jatuh sakit dan perlu makan ubat, ibu bapa akan mula rasa gelisah bukan? Ini kerana ibu bapa tahu betapa sukar untuk beri bayi makan ubat tanpa sebarang pujukan atau paksaan. Jadi, bagaimanakah untuk menyelesaikan dilema ini? Jangan risau, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara yang betul beri bayi makan ubat.

Sebelum itu, ibu bapa perlu memastikan ubat yang anda ingin berikan adalah jenis ubat yang betul, disimpan pada tempat yang sepatutnya, tidak dicemari serta masih boleh digunakan.

Kemudian, baca arahan yang tertulis pada label ubat dengan teliti. Paling penting, ibu bapa perlu mematuhi dos yang sudah ditentukan oleh pakar perubatan.

Cara bagi bayi makan ubat yang betul

ubat

Untuk apa memujuk atau memaksa mereka sekiranya mereka tidak mahu? Jika bergaduh sekalipun, sudah pasti si manja anda akan berlari satu rumah kerana mahu mengelakkan diri daripada anda. Jadi, apakah yang perlu kalian sebagai ibu bapa lakukan?

#1. Gunakan picagari

Kebanyakan ubat untuk bayi adalah berbentuk cecair. Oleh itu, penggunaan picagari amat diperlukan sebagai perantara botol ubat dengan mulut bayi!

Ibu bapa perlu menggunakan picagari yang sesuai untuk bayi (oral syringe). Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa ibu bapa beri bayi makan ubat menggunakan picagari:

  • Jangan terus sedut ubat di dalam botol menggunakan picagari, sebaliknya tuang ubat ke dalam penutup lutsinar yang terdapat pada botol ubat terlebih dahulu. Patuhi dos yang telah ditentukan dan kemudian, sedut ia menggunakan picagari.
  • Jika ada ubat yang terlebih di dalam penutup itu, buang. Jangan sesekali masukkan ia kembali ke dalam botol ubat.
  • Sepatutnya, satu picagari hanya boleh digunakan untuk satu jenis ubat. Namun jika anda ingin menggunakan satu picagari untuk beberapa jenis ubat, pastikan anda membasuhnya dengan bersih.

#2. Beri ubat dalam keadaan bayi duduk, bukan baring

Selain rasa ubat, posisi ketika makan ubat juga memainkan peranan untuk bayi mudah menelan ubat. Ini sangat penting untuk mengelakkan bayi tersedak dan memudahkan bayi untuk menelan ubat tersebut.

#3. Beri ubat dalam suasana yang seronok

Kebiasaannya, waktu makan ubat adalah waktu yang paling menakutkan buat bayi. Oleh itu, cuba jadikan waktu ini sebagai waktu yang seronok. Contohnya, apa yang anda boleh lakukan adalah beri bayi anda pegang sendiri picagari dan biarkan mereka terbiasa dengannya.

#4. Puji bayi selepas mereka berjaya makan ubat

Ibu bapa boleh jadikan ia sebagai satu pencapaian buat bayi. Usai sahaja mereka berjaya makan ubat, raikannya. Anda boleh tepuk tangan dan puji keberanian mereka. Biarkan mereka tahu bahawa anda sangat gembira dengan pencapaian si kecil anda.

ibu bapa

#5. Campurkan ubat dengan bahan makanan lain

Kebanyakan ubat mempunyai rasa yang manis dan bayi tidak mempunyai masalah untuk menelannya. Namun begitu, ada juga ubat yang masih mempunyai rasa yang aneh seperti antibiotik.

Untuk mengatasinya, ibu bapa boleh melakukan trik mencampurkan ubat ini dengan bahan makanan lain yang mempunyai rasa yang manis terutamanya seperti madu, sirap dan sebagainya.

#6. Bedung bayi

Jika bayi masih merengek dan tidak mula menepis ubat yang ingin diberikan, anda tidak mempunyai pilihan lain selain membedungnya. Namun anda perlu ingat cara ini hanya boleh dilakukan jika tidak ada lagi cara lain untuk beri bayi makan ubat.

Bayi dan ubat adalah musuh paling ketat

Kesimpulannya, bayi dan ubat adalah musuh paling ketat umpama anjing dengan kucing. Ini sudah tentu disebabkan oleh rasanya yang tidak sedap.

Namun, sudah tentu si manja masih perlu mengambilnya demi memastikan segala kondisi kesihatan yang dialami menjadi lebih baik.

Jadi, gunakanlah tip dalam artikel ini ya wahai ibu bapa!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.babycenter.com.my/a25011027/cara-memberi-bayi-anda-ubat

https://my.theasianparent.com/cara-betul-bagi-makan-ubat

https://majalahpama.my/doktor-bagi-tip-mudah-nak-anak-makan-ubat-tanpa-perlu-paksa-dan-berperang-satu-rumah/

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan