Minggu demi minggu

Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay? Kenali 14 Tanda Ini DULU Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Puas sudah bermain dan merangsang mereka untuk bercakap dan mula mengajuk perkataan mudah tetapi si manja masih berdiam? Selaku ibu bapa, tentu sekali anda risau akan tingkah laku mereka yang masih diam membisu.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah speech delay atau kelewatan bercakap dalam kalangan kanak-kanak dan bagaimana untuk mengetahui jika anak anda menghidapinya.

Apa itu speech delay?

kelewatan bercakap

Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.

Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka.

Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan.

Apabila sudah berusia 12 bulan, ia menjadi satu kerisauan jika anak anda masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut:

  1. Melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek
  2. Menggunakan beberapa bunyi konsonan
  3. Menyuarakan keperluan mereka 

Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu berisiko untuk menghidap kelewatan bercakap jika mereka belum boleh menunjukkan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Tidak mengucapkan ‘mama’ dan ‘dada’
  2. Tidak membalas apabila diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan juga ‘Bye’
  3. Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata (menjelang usia 12 bulan) dan 15 perkataan menjelang usia 18 bulan
  4. Tidak berupaya untuk mengenal pasti bahagian badan
  5. Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan

Pada usia 2 hingga 4 tahun pula, berikut adalah tanda-tanda tambahan untuk speech delay yang perlu anda perhatikan: 

  1. Gagal menghasilkan ayat secara spontan
  2. Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah
  3. Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan
  4. Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di penghujung perkataan
  5. Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri
  6. Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan

Apakah punca untuk masalah kelewatan bercakap?

kelewatan bercakap

Kelewatan bercakap boleh disebabkan oleh masalah perkembangan mulut seperti:

  1. Sumbing bibir
  2. Lelangit rekah (cleft palate)
  3. Kecacatan frenulum atau bibir

Memandangkan pendengaran juga penting untuk mengajuk bunyi, gangguan pendengaran juga boleh menyebabkan berlakunya kelewatan bercakap.

Gangguan pendengaran boleh disebabkan oleh kerosakan saraf kongenital, masalah pendengaran konduktif dan juga jangkitan telinga.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh masalah saraf oral-motor.

Masalah ini merujuk kepada disfungsi saraf pada bahagian otak yang mencetuskan ucapan dan juga bahagian yang mengawal pergerakan mulut dan lidah.

Selain masalah pertuturan, mereka juga boleh mengalami masalah ketika menyusu. 

Masalah neurologi yang boleh membawa kepada kelewatan untuk bercakap termasuklah:

  1. Cerebral palsy
  2. Penyakit Autism Spectrum Disorder
  3. Kecacatan mental

Akhir sekali, terdapat juga kemungkinan untuk masalah pertuturan mereka disebabkan oleh isu-isu psikososial seperti:

  1. Masalah dengan pengasuh atau dengan persekitaran mereka.
  2. Ketagihan terhadap rangsangan visual melalui paparan skrin.
  3. Kurang perhatian (tidak meluangkan masa yang cukup untuk bercakap dengan orang dewasa)
  4. Selective mutism (si manja memang tidak ingin bercakap) 

Apa yang perlu ibu bapa lakukan?

Pengurangan dalam tindak balas terhadap rangsangan bahasa, bacaan dan juga skil pembelajaran adalah kesan sampingan lazim untuk kanak-kanak yang dibiar tidak dirawat.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang didiagnosis dengan masalah kelewatan bercakap cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku dan emosi di masa hadapan.

Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa bawa si manja ke perhatian doktor bagi menyaring keupayaan mereka untuk bercakap.

Melalui ujian saringan dan pemeriksaan rapi, doktor dapat menentukan diagnosis dan juga keterukan keadaan anak anda.

Peranan ahli perubatan lain seperti ahli terapi pertuturan, ahli terapi pekerjaan dan juga pakar perkembangan kanak-kanak juga turut dimainkan bagi merawat kanak-kanak yang menghidap speech delay. 

Jika anda mengenal pasti tanda-tanda amaran dalam anak anda yang menunjuk ke arah masalah kelewatan bercakap, dapatkan perhatian doktor segera.

Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan bermula dengan lebih cepat. Jangan biarkan si manja terus membisu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Tarikh Reviu: 02/10/2019 | Kali terakhir kemaskini: 02/07/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

ibu hamil

Ibu Hamil Mengidam Makan Paru Dan Hati Lembu? Nanti Dulu! Ada Risiko Pada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
perkembangan-bayi-6-minggu

Anak Dah Masuk Usia 6 Minggu? Apa Yang Sudah Boleh Si Comel Buat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 mins read
bayi merangkak

Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/05/2020 . 3 mins read
19-perkara-sebelum-melatih-bayi-duduk

Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 mins read

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pulut Punca Anak Lambat Bercakap, Boleh Percaya Ke?

Ada yang mengatakan antara petua orang dulu-dulu kalau tak nak anak lambat bercakap, jangan bagi anak makan pulut. Betul ke macam tu? Takkanlah pulut boleh jadi punca anak lambat bercakap?  Apakah sebenarnya isu ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Tip Penjagaan Bayi yang Perlu Anda Ketahui

Kelahiran zuriat merupakan satu permulaan bab baru dalam diari hidup anda. Aspek penjagaan bayi, bermula dari usia sehari merupakan antara tempoh terpenting

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Anak Lambat Bercakap TAK Bermaksud Ada Autisme, Ini Perbezaannya!

Anak lambat bercakap sering dikaitkan dengan gangguan autism. Tapi betulkan tanggapan itu? Apakah petua anak lambat bercakap yang boleh dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 01/03/2019 . 2 mins read

Apakah Jenis-jenis Disleksia?

Menurut Persatuan Disleksia Antarabangsa, disleksia adalah satu keadaan yang menjejaskan sebanyak 15 peratus (%) hingga 20% daripada penduduk. Ia adalah ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan simptom yang berbeza. Simptom ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz