Memanjat
Sila bersedia dengan pengembaraan bayi anda. Sebaik sahaja mereka telah mahir berjalan dan berlari di atas tanah, mereka akan mula “naik” ke atas. “Naik” bermaksud memanjat keluar dari buaian, di atas perabot dan tangga. Pada satu tahap, anda mungkin perlu mengalihkan buaian tersebut untuk mengelakkan risiko dan memerhatikan mereka sepanjang masa.
Lahirnya seorang pemain bola sepak
Ini adalah tahap di mana anak anda belajar mengenali dunia. Mereka mungkin mula menyepak objek seperti bola. Belajar menyepak adalah satu langkah yang besar di dalam perkembangan seorang bayi. Selepas mengetahui bola boleh melantun, mereka akan bertukar kepada perkara lain seperti alat mainan atau makanan untuk melihat jika ia mempunyai reaksi yang sama. Begitulah bagaimana anak anda mendapat pelajaran kognitif mereka yang pertama.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen