Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/05/2020

Cuba anda tanyakan kepada anak, adakah mereka masih mengingati apa yang telah dipelajari di sekolah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan?

Jika mereka sudah lupa, inilah masanya untuk pelajar sekolah memanfaatkan pembelajaran online di rumah.

Anak sudah lupa, jadikan rumah ‘sekolah’ kedua

Sudah hampir 2 bulan sesi persekolahan bercuti dek kerana pelaksanaan PKP, ia masih tidak menunjukkan sebarang tanda bilakah sekolah akan mula dibuka.

Ada ibu bapa yang mula risau sekiranya anak-anak mereka ketinggalan pelajaran yang penting, terutamanya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan utama.

Sebagai ibu bapa, anda tidak boleh mengharapkan pihak sekolah semata-mata untuk melengkapkan pelajaran anak anda.

Anak-anak masih berpeluang untuk belajar di rumah jika anda tahu caranya dan membantu mereka dengan baik.

Berikut kami kongsikan cara dan kaedah homeschool anak anda di rumah sewaktu PKP ini.

#1. Buat jadual harian

Sebagai ibu bapa, langkah pertama yang boleh anda lakukan adalah dengan membantu merangka jadual pembelajaran harian bagi anak anda yang masih bergelar pelajar sekolah.

Pastikan jadual belajar yang ingin dirangka itu seolah-olah jadual sebenar di sekolah mereka.

Jangan sesekali melupakan waktu rehat mereka dalam jadual pembelajaran tersebut. Biarkan anak tentukan sendiri tempat untuk mereka mengulangkaji pelajaran dengan selesa tanpa sebarang gangguan. 

#2. Gunakan medium pembelajaran online

pembelajaran online

Pada waktu PKP ini, ramai guru telah mula bergerak aktif menyediakan bahan pengajaran secara dalam talian atau pembelajaran online.

Ini termasuklah penggunaan panggilan video Zoom, Google Classroom, OBS dan juga siaran langsung di Facebook bagi mengajar anak murid secara online.

Anda boleh bertanya terus kepada guru anak anda sekiranya mereka ada menyediakan sebarang pembelajaran secara online.

Jika ada, ingatkan anak untuk menyertai pembelajaran online tersebut melalui penggunaan komputer riba mahupun telefon bimbit.

#3. Gunakan saluran TV pendidikan

Jika anda tiada sambungan internet di rumah atau sambungan internet yang agak lemah, anda boleh gunakan satu lagi medium pembelajaran iaitu saluran TV pendidikan untuk anak anda.

Televisyen bukan hanya boleh digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata, malah ia turut boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran anak. 

Menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM), kerajaan telah menyediakan program televisyen OKEY untuk pembelajaran pelajar sekolah.

Selain itu, syarikat Astro turut menyediakan saluran TV pendidikan untuk kegunaan pelajar sekolah iaitu Astro TUTOR TV di saluran 601 dan 603. 

#4. Gunakan WhatsApp untuk dapatkan kerja rumah

pelajar sekolah

Antara medium termudah dan terpantas bagi membantu anak anda belajar dari rumah adalah melalui aplikasi WhatsApp.

Melalui aplikasi ini, anda boleh mendapatkan lembaran kerja atau kerja rumah daripada guru.

Guru akan berkongsi fail tugasan tersebut di WhatsApp, dan anda boleh memuat turun tugasan serta mencetaknya untuk anak anda.

Cuba dapatkan printer agar tugas untuk mencetak lembaran kerja ini menjadi lebih mudah tanpa perlu selalu ke kedai atau kafe siber.

#5. Manfaatkan game berbentuk pendidikan

Tidak semua game atau permainan digunakan untuk tujuan yang sia-sia.

Ada beberapa aplikasi game untuk pembelajaran, tetapi lebih menyeronokkan.

Apatah lagi bagi kanak-kanak yang mudah bosan dan terganggu ketika belajar, game ini boleh membuatkan mereka untuk lebih fokus.

Antara aplikasi game yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran ialah Quizlet Live, Quizziz Kahoot, Classcraft dan Plickers. 

#6. Manfaatkan YouTube

pelajar sekolah

Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar sekolah generasi sekarang ini gemarkan YouTube.

Biasanya, anak-anak anda pasti menggunakan YouTube untuk menonton pelbagai jenis drama, filem atau animasi yang tidak terdapat di saluran televisyen.

Apa kata, untuk kali ini anda manfaatkan minat anak menonton YouTube itu untuk tujuan pembelajaran.

Layari www.youtube.com/learning untuk mendapatkan kandungan khusus berkaitan pembelajaran untuk si kecil di saluran YouTube.

Kaedah pembelajaran ini pasti berkesan kerana terdapat pelbagai kandungan menarik tersedia di saluran tersebut. 

#7. Berikan waktu rehat untuk anak anda

Meneruskan pembelajaran itu sememangnya bagus, tetapi ia tidak boleh dilakukan secara berterusan.

Kanak-kanak atau remaja yang masih bergelar pelajar sekolah mudah menjadi bosan, hilang minat dan fokus jika dipaksa belajar berjam-jam tanpa henti.

Oleh itu, hadkan waktu belajar mereka dan ajak mereka untuk mengambil udara segar di luar rumah setiap kali tamat waktu pembelajaran.

Kaedah pembelajaran di luar rumah juga adalah satu bentuk pendidikan.

Anda boleh gunakan waktu rehat ini untuk mengajak mereka melakukan aktiviti yang mendatangkan manfaat seperti bercucuk tanam, melakukan kitar semula atau bersukan.

Kesimpulan

Penutupan sekolah sewaktu PKP ini memberi peluang kepada anak-anak kita untuk memaksimumkan penglibatan mereka dalam kaedah pembelajaran baharu.

Seiring dengan perkembangan teknologi, cara dan kaedah pembelajaran juga perlu sejajar agar murid-murid tidak ketinggalan dan celik IT.

Pada waktu ini juga, kita dapat melihat potensi setiap medium itu yang boleh digunakan sebagai salah satu kaedah pembelajaran.

Siapa tahu, selepas ini kerja rumah pelajar sekolah mungkin hanya dilakukan secara dalam talian sahaja tanpa buku. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

“Dah Ada Anak” – Ini Bukan Alasan Untuk Anda Elak ‘Berdating’ Dengan Pasangan

Anda sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata. Tetapi adakah anda patut mengabaikan waktu berkualiti bersama pasangan anda begitu sahaja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Bahana Group WhatsApp Keluarga, Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif?

Tahukah anda, group WhatsApp keluarga juga sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental kita secara negatif? Ketahuinya lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Si Dia Masih Tidak Bersedia? Ini 5 Cara Memujuk Pasangan Yang Belum Mahu Anak!

Anda mahu memiliki anak tetapi pasangan belum bersedia? Usah khuatir, ada banyak cara memujuk pasangan yang boleh kalian berdua amalkan serta praktikkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid

JAGA! Si Manja Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini Apa Boleh Terjadi

Wahai ibu bapa, ketahuilah bahawa punca strok haba bukan hanya sebab anak main panas di luar sahaja ya? Di dalam rumah pun boleh terkena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

kawan imaginasi

Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020
vaksin anak

Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/05/2020
anak

Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/05/2020
vaksin bayi

PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/04/2020