backup og meta

Manfaat Omega-3 & DHA Untuk Otak, Ini Yang Terjadi Bila Anda Kurang Ambil Makanan Ini!

Manfaat Omega-3 & DHA Untuk Otak, Ini Yang Terjadi Bila Anda Kurang Ambil Makanan Ini!

60% daripada sistem otak dan saraf di dalam tubuh badan manusia diperbuat daripada lemak. Ini menunjukkan bahawa lemak merupakan komponen yang sangat penting dalam perkembangan otak dan saraf manusia. Namun begitu, tidak semua jenis lemak adalah bagus untuk otak anak anda. Apa yang anak anda perlukan adalah Omega-3 dan DHA.

Mengapa Omega-3 dan DHA dikatakan sebagai makanan untuk otak

Bayangkan otak kita sebagai kelenjar utama yang mengawal setiap respons dengan menghantar ‘mesej’ ke seluruh tubuh badan kita agar semua organ berfungsi dengan sebetulnya. ‘Mesej’ ini dikenali sebagai prostaglandin dan berfungsi sebagai sistem baik pulih semulajadi tubuh badan.

Tubuh badan manusia memerlukan dua jenis lemak untuk sel otak yang sihat dan prostaglandin. Lemak tersebut adalah lemak asid omega 6 dan lemak asid omega 3.

Lemak asid omega 6 boleh ditemui dalam pelbagai jenis minyak seperti minyak bijan, minyak jagung dan minyak bunga matahari. Lemak asid omega 3 pula boleh ditemui dalam ikan seperti salmon dan tuna, kacang walnut serta biji labu.

Kedua-dua lemak asid ini adalah komponen yang sangat penting untuk pembangunan struktur membran sel otak manusia.

Ia juga merupakan sebahagian daripada enzim di dalam membren sel yang membolehkan membran membawa nutrien yang berkhasiat keluar dan masuk sel-sel dalam otak manusia.

Kesan kekurangan pengambilan makanan untuk otak

Apabila sel di dalam badan dan otak manusia kekurangan lemak asid yang bagus, ia akan menggantikannya dengan lemak asid yang lebih kurang sama, tetapi ini adalah berbahaya.

Kandungan darah yang tinggi di dalam ‘lemak asid trans’ ini dikaitkan dengan diet yang tinggi dengan lemak yang dihidrogenasi dan lemak yang mempunyai kandungan omega 6 yang berlebihan.

Kandungan ‘lemak asid trans’ ini akan lebih tinggi dalam kalangan individu yang mengalami depresi atau penyakit ADHD.

Diet seimbang yang kaya dengan asid lemak omega 3 (seperti DHA yang diperolehi daripada minyak ikan) mampu membekalkan lemak sihat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Ia juga akan merendahkan kandungan lemak asid yang berbahaya (seperti kolestrol) selain mampu membalikkan impak daripada ‘lemak asid trans’ yang berlebihan.

Mengapa otak memerlukan lemak sihat

Lemak sihat mampu memberi kesan kepada prestasi dan pembangunan otak, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Pada waktu ini, otak sangat sensitif terhadap nutrien – ketika seawal 2 tahun pertama kehidupan kanak-kanak serta 2 dekad terakhir kehidupan warga emas. Pendek kata, lemak yang bernutrisi sangat penting untuk otak yang sedang berkembang dan berusia.  

DHA akan membantu dalam memperbaiki memori kerja dan memori episodik. Saintis mempercayai bahawa 1 gram DHA di dalam apa-apa bentuk suplemen amat membantu individu yang tidak mempunyai banyak ikan atau makanan laut di dalam diet mereka.

Lihat sahaja label suplemen minyak ikan untuk melihat berapa banyak yang anda perlu ambil untuk menepati amaun 1 gram yang disarankan ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Omega-3 and DHA as Brain Food. http://www.askdrsears.com/topics/feeding-eating/family-nutrition/dha-and-omega-3s/dha-brain-food. Accessed February 9, 2017.

Omega 3 DHA Is One of the Best Brain Supplements. http://universityhealthnews.com/daily/memory/omega-3-dha-supplement-proven-to-boost-brain-power/. Accessed February 9, 2017.

 

Versi Terbaru

19/08/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan