Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020

Anda ingin melakukan rawatan kesuburan? Tetapi sebelum itu, pernahkah anda mendengar tentang folikel antral? Tidak pernah?

Haa…jom ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui mengenainya.

Sistem pembiakan wanita

Dalam sistem pembiakan wanita – ovari – terdapat folikel ovari yang merupakan kantung berisi cecair mengandungi telur tidak matang atau dikenali sebagai oosit (oocyte).

Sudah tentu folikel ini berada di dalam ovari. 

Semasa ovulasi, telur matang dikeluarkan daripada folikel.

Pada setiap kitaran, biasanya terdapat beberapa folikel akan berkembang, namun hanya 1 sahaja mengeluarkan telur.

Selepas proses ovulasi, folikel akan bertukar menjadi corpus luteum.

Manakala bagi folikel yang tidak melepaskan telur matang akan hancur, 1 proses yang dipanggil atresia dan boleh berlaku pada mana-mana tahap perkembangan folikel.

Hampir 99% folikel ovari akan dihancurkan dan tidak pernah melepasi tahap matang bagi melepaskan telur. 

Jika anda ingin melakukan proses rawatan kesuburan, tahap perkembangan dan pertumbuhan folikel akan diperiksa.

Semasa superovulasi yang dilakukan ketika rawatan IVF, tujuannya adalah untuk merangsang ovari, mengembangkan beberapa folikel matang sekali gus. 

Dalam ujian ultrasound, kiraan folikel antral (AFC) mungkin akan dijalankan sebagai sebahagian daripada ujian rawatan kesuburan.

Tujuan ujian ini dilakukan untuk menilai rizab ovari. 

folikel antral

Folikel antral dan ramalan kesuburan

Secara teorinya, jika anda tahu berapa banyak folikel yang terdapat di dalam ovari, tentu anda dapat mengetahui jumlah telur yang tinggal, bukan? 

Pada hakikatnya, sukar untuk mengira berapa banyak folikel di dalam ovari kerana ia terlalu kecil untuk dikesan secara visual.

Namun, apabila folikel mencapai tahap tertentu, ia boleh dilihat melalui ujian ultrasound.

Folikel di dalam ovari bermula pada saiz yang sangat kecil dan halus, dikenali sebagai folikel primordial.

Saiznya hanyalah sebesar 25 mikrometer, iaitu 0.025 milimeter (mm). Sangat mustahil untuk dilihat dengan mata kasar. 

Setiap hari, folikel primordial akan bangun melalui isyarat hormon dan akan mula matang.

Folikel yang dapat bertahan dan berjaya ke tahap seterusnya akan semakin membesar dari hari ke hari. 

Salah 1 peringkat yang ada disebut peringkat tertiari. Pada peringkat ini folikel mendapat rongga dipenuhi bendalir dikenali sebagai antrum.

Folikel dengan antrum dirujuk sebagai folikel antral dan berukuran antara 2 dan 10 mm. 

Bagi sesetengah perspektif, folikel dengan antrum yang berukuran 5 mm dikatakan 200 kali ganda lebih besar berbanding ketika berada pada tahap folikel primordial.

Pada tahap ini, folikel antral mula kelihatan dan dapat dikesan melalui ujian ultrasound.

Penyelidikan menyatakan jumlah folikel dengan antrum yang aktif pada ovari adalah bersamaan dengan jumlah bilangan telur berpotensi yang tinggal. 

Folikel dengan antrum akan menghasilkan hormon lebih tinggi dikenali sebagai hormon anti mullerian (AMH), yang beredar dalam darah anda.

Pengukuran tahap AMH melalui kiraan darah adalah cara lain untuk menilai rizab ovari.

Apa itu ujian kiraan folikel antral (AFC)?

AFC adalah 1 ujian kesuburan. Ia dilakukan melalui ujian ultrasound transvaginal.

Teknologi ultrasound akan melihat setiap ovari dan menghitung jumlah folikel yang berukuran antara 2 hingga 10 mm.

Doktor mungkin melakukan ujian ini untuk:

  • Menilai rizab ovari anda
  • Buat diagnosis terhadap kekurangan pada ovari utama
  • Membantu mendiagnosis sindrom ovari polisistik
  • Memberikan idea tentang kesuburan yang berhubung kait dengan usia – sama ada mempunyai lebih, kurang atau sederhana bagi jumlah folikel berbanding individu seusia anda

Ujian ini mungkin dilakukan sebagai sebahagian daripada proses kesuburan atau ia mungkin dilakukan sebelum memulakan kitaran rawatan kesuburan.

Fungsi folikel dalam kitaran haid

Kitaran haid boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:

  1. Fasa folikel 
  2. Fas luteal

Pada fasa folikel, folikel di perkembangan peringkat tertiari akan memulakan proses yang mencetuskan ovulasi.

Walaupun pada permulaan jumlah folikel yang ada adalah banyak, namun hanya 1 (atau 2) akan berjaya mencapai tahap kematangan penuh dan melepaskan telur. 

Sekiranya anda mengambil sebarang ubat kesuburan, jumlah bilangan folikel yang boleh mencapai peringkat ovulasi mungkin akan lebih banyak. 

Folikel dalam kitaran haid berperanan sebagai:

  • Menyubur dan melindungi oosit, kerana ia melalui oogenesis
  • Melepaskan hormon pembiakan penting, seperti estradiol dan inhibin 
  • Menukar folikel menjadi corpus luteum selepas ovulasi yang melepaskan hormon progesteron dan estrogen

rawatan kesuburan

Kesimpulan 

Secara mudahnya, masalah kesuburan yang dialami anda mungkin mempunyai kaitan dengan kekurangan folikel dalam ovari anda.

Melakukan ujian kiraan folikel antral (AFC) mungkin boleh membantu. 

Jika anda mungkin mempunyai sebarang kekeliruan berkaitan rawatan kesuburan, sebaiknya dapatkan rundingan bersama pakar obstetrik dan ginekologi berdekatan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wah! Lelaki Pun Ada Waktu Subur, Tapi Betul Ke Pukul 4 Pagi?

    Ramai orang percaya bahawa waktu subur lelaki adalah pada waktu pagi dan cuaca sejuk. Persoalannya, pukul berapa yang paling tepat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Boxer VS Seluar Dalam – Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?

    Boxer atau seluar dalam? Persoalan ini selalu bermain dan berlegar di dalam fikiran golongan lelaki. Usah khuatir, kami ada jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Hubungan Seks Ketika Haid Boleh Hamil? Jangan Terkejut Semak 3 Risiko BAHAYA Ini!

    Melakukan seks ketika haid pastinya 1 perkara janggal dilakukan. Tetapi jika tidak tahan untuk bersetubuh semasa period, ada risiko untuk mengandung ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Suami Isteri, Ini 4 Cara EFEKTIF Kekal Intim Ketika Jalani Rawatan Kesuburan!

    Ada pasangan yang terpaksa jalani rawatan kesuburan untuk mengandung. Pun begitu, jangan risau. Ini cara untuk keintiman kalian kekal kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    11-tanda-dan-cara-kecutkan-cyst

    Cyst Ovari Ancaman Setiap Wanita, Ini 11 Tanda Bahaya Jika Alaminya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    pil kesuburan

    Makan Clomid Sebab Nak Hamil, Tapi Bila Waktu Terbaik Bersenggama Selepas Ambil Pil Subur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/05/2020

    Kenapa Waktu Period Saya Boleh Sama Dengan BFF? Ini Kebetulan Atau Terbukti Saintifik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020

    Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/04/2020