Benarkah Asid Folik Tingkat Peluang Hamil Anak Kembar?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan

Ramai wanita mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan untuk mengurangkan risiko bayi mereka mempunyai kecacatan tiub neural, seperti spina bifida. Di Amerika Syarikat, penambahan asid folik dalam sarapan bijirin dan roti wholemeal sejak 1998 telah mengurangkan insiden spina bifida sebanyak 19 peratus. Di sebalik tujuan asal pengambilan asid folik untuk mengelakkan kecacatan, terdapat dakwaan bahawa asid folik meningkatkan peluang hamil anak kembar. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini?

Asid folik dan kebarangkalian kembar

Peningkatan kadar kehamilan anak kembar didapati berlaku di kebanyakan negara-negara Barat. Sebagai contoh, di Australia terdapat peningkatan kejadian kembar daripada 9 daripada 1000 kehamilan pada tahun 1977 menjadi 15.1  daripada 1000 kehamilan pada tahun 2000. Kejadian kembar adalah tinggi terutamanya pada wanita berusia 35-39, dan satu perempat daripada peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan usia ibu. Punca lain adalah disebabkan rangsangan ovari dan teknologi bantuan reproduktif.

Sementara itu, dalam satu kajian di Swedish, analisis rekod 2569 wanita yang mengambil suplemen asid folik mendapati seramai 2.8 peratus melahirkan bayi kembar.  Ini berbeza dengan peratus kelahiran kembar sebanyak 1.5 peratus dalam populasi Sweden umum.

Punca perbezaan ini tidak dapat dipastikan. Kumpulan saintis yang terlibat dengan kajian tersebut mengandaikan kebarangkalian faktor lain yang memainkan peranan seperti usia ibu yang lebih tua dan penggunaan  IVF. Mereka juga mengandaikan kemungkinan asid folik meningkatkan kebarangkalian ovulasi berganda atau implantasi lebih dari satu telur.

Bolehkan asid folik meningkatkan peluang mendapat kembar?

Kajian lain di Hungary juga menunjukkan peningkatan kehamilan kembar dalam kalangan ibu yang mengambil asid folik berbanding ibu yang tidak mengambilnya. Namun begitu, masih ramai pakar kesihatan yang tidak yakin dengan penyelidikan sedia ada.

Dalam dua kajian di UK, tiada perbezaan ketara dalam peluang mendapatkan bayi kembar pada ibu yang mengambil asid folik. Para penyelidik yang menulis dalam jurnal perubatan Lancet, menyimpulkan bahawa tidak ada bukti bahawa suplemen asid folik dikaitkan dengan kadar peningkatan kembar.

Sementara perbandingan semua kajian-kajian tentang topik ini oleh Food Standards Australia New Zealand mendapati terdapat kemungkinan kaitan antara pengambilan asid folik dan kejadian kembar. Kajian lebih besar yang melibatkan ibu muda yang mempunyai peluang sama rata memiliki kembar dan tidak menjalani rawatan kesuburan patut dilakukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

    Mungkin penyebab air ketuban pecah jelas, namun bukan semua ibu hamil tahu bezakan air ketuban dengan air kencing. Ini 6 tip berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi? Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin

    Terdapat pelbagai jenis kontraksi yang boleh dirasai oleh ibu hamil. Bagi mereka yang baru pertama kali hamil, pasti anda tertanya-tanya, sakit ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

    Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi yang melanda ibu hamil. Kenal tanda awal supaya boleh mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 19/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Pemakaian Wanita Hamil Patut ELAK – Ada Juga Tip Berpakaian Selesa Semasa Mengandung

    Anda seorang ibu hamil yang ringkas dari cara pemakaian. Namun adakalanya ia mungkin tidak sesuai. Jom selongkar isu fesyen ibu mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mengandung anak kembar

    Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada Tip Boleh Dicuba, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    najis hijau

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    cara menurunkan gula darah pada ibu hamil

    Ibu Hamil, Nak Turunkan Paras Gula Darah? Ikut 7 Cara Simple Ini, Barulah Tak Alami Diabetes Gestasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin-ibu-mengandung

    Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan