Adakah Wanita Yang Memilih Untuk Tidak Hamil Lebih Berisiko Menghidapi Kanser Ovari?

Meskipun kadar peratusannya hanya sebanyak 3% daripada kanser yang menyerang wanita, kanser ovari adalah yang paling banyak membawa maut berbanding kanser lain yang menyerang sistem reproduktif wanita. Ini kerana kanser ovari hanya menunjukkan simptom yang sangat sedikit sehingga ia mula merebak. Selain itu, ia juga adalah kerana kekurangan ketepatan dalam ujian yang dilakukan terhadap wanita. Salah satu faktor risiko adalah ia bergantung kepada sejarah kehamilan wanita.

Bagaimanakah sejarah kehamilan wanita mempengaruhi risiko kanser ovari?

Banyak kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mempunyai anak atau melahirkan anak pada usia lewat lebih berisiko menghidapi kanser ovari, walaupun kadarnya agak kecil. Wanita yang pernah mengandung dan melahirkan anak sebelum usia 26 tahun pula kurang berisiko menghidapinya. Risiko ini dipengaruhi oleh tempoh si ibu hamil. Mereka yang hamil pada tempoh penuh selepas usia 35 tahun atau mereka yang tidak pernah langsung hamil akan mempunyai risiko menghidapi kanser ovari yang lebih tinggi.

Hipotesisnya, semakin banyak wanita terdedah kepada estrogen dalam hidupnya, lebih tinggi risikonya menghidapi kanser ovari. Kehamilan boleh dianggap sebagai “pelindung’’ kerana tempoh ini akan memberi wanita rehat daripada proses ovulasi atau pendedahan kepada estrogen. Risiko ini juga akan berkurang lagi jika wanita menyusukan anak dengan susu badan. Hipotesis yang lain pula adalah apabila wanita berovulasi, penyebaran corpus luteum (sista berasal daripada telur yang dibuang) boleh menyebabkan mutasi genetik lalu mengakibatkan kanser ovari.

Faktor risiko lain kanser ovari

Kanser ovari boleh terjadi akibat banyak faktor. Pertama sekali, wanita yang menopaus selepas usia 50 tahun (dan yang terdedah lebih lama kepada estrogen) serta wanita yang berusia lebih daripada 63 tahun lebih berisiko menghidapi kanser ovari. Selain itu, wanita obesiti (BMI melebihi 30) juga berisiko tinggi kerana tisu adipose (lemak) boleh bertukar kepada estrogen yang berlebihan dalam badan. Risiko kanser ovari akan menurun jika wanita mengambil pil perancang dalam tempoh 3 hingga 6 bulan (progestin sahaja).

Akhir sekali, genetik juga memainkan peranan penting dalam kanser ovari (kemungkinan boleh datang daripada kedua-dua belah ibu dan bapa). Sejarah keluarga yang mempunyai kanser payu dara atau kanser kolorektal juga menjadi faktor peningkatan risiko kanser ovari kerana mutasi beberapa gen yang spesifik adalah punca utama kesemua jenis kanser.

Jika anda mempunyai kebimbangan terhadap risiko anda menghidapi kanser ovari, segera berjumpa dengan doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

enEnglish

Dr. Aron Schuftan Obstetrik dan Ginekologi
  Dr Aron Schuftan merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi yang diiktiraf oleh Lembaga Perubatan Amerika Syarikat. Beliau berhijrah ke Vietnam daripada California di mana beliau merupakan Professor Tamu di Pusat Perubatan Stanford dan sedang menjalankan firmanya sendiri. Beliau juga merupakan pengasas Aplikasi "Pregnancy Companion" (www.PregnancyCompanion.com) yang memberi informasi mengenai kehamilan.
Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini