Bakal Bapa JANGAN Panik Bila Isteri Bakal Bersalin, Cuba 6 Tip Ini Untuk Bantunya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/02/2020 . 2 minit bacaan

Ramai bakal bapa yang ingin memberi sokongan kepada pasangan mereka semasa proses kelahiran, namun tidak semua yang tahu perkara yang perlu mereka lakukan bagi membantu isteri masing-masing. Artikel ini menyediakan beberapa tip untuk membantu suami memberi sokongan kepada isteri bagi menghadapi saat kelahiran.

Mengapa suami perlu menemani isteri di bilik bersalin?

Sebagai bapa, bukan anda yang mengandungkan zuriat anda, tetapi anda boleh menjadi penghibur, jurulatih dan pemberi sokongan emosi kepada pasangan sewaktu di bilik bersalin. Selepas masuk ke bilik kelahiran, anda mungkin perlu untuk membantu isteri anda pada setiap peringkat bersalin, daripada kontraksi yang pertama sehinggalah detik kelahiran. Lebih penting lagi, sebelum tarikh jangkaan bersalin, anda perlu bertanyakan pasangan anda mengenai keperluan dan permintaan mereka. Sebaik-baiknya, anda disarankan untuk bertanya dan mendapat jawapan yang betul supaya kedua-dua anda boleh memahami antara satu sama lain dengan lebih baik. Anda perlu membantu isteri untuk mempersiapkan barang keperluan bagi dibawa ke hospital dan memaklumkan kepada ahli keluarga lain tentang keadaan isteri anda.

Apa yang boleh saya lakukan di bilik bersalin?

Lebih spesifik lagi, berikut adalah tugas yang boleh suami lakukan untuk membantu pasangannya semasa proses kelahiran:

1. Fasa kontraksi

Misi utama anda dalam tempoh beberapa jam terawal kontraksi adalah untuk menjadi pengalih perhatian. Anda boleh alih tumpuan isteri yang sedang menghadapi kontraksi dengan memasang muzik kegemarannya, membawa isteri berjalan-jalan di sekeliling bilik dan bertanyakan padanya jika dia memerlukan anda untuk mengurut belakang badannya ataupun kaki. Memandangkan proses kelahiran akan menjadi lebih mudah jika wanita hamil dapat bergerak, jadi anda perlu menggalakkan isteri anda untuk melakukan sebarang perkara, dan bukannya hanya terbaring dan menunggu kontraksi seterusnya.

2. Fasa aktif

Jika kontraksi isteri anda menjadi lebih kuat dan kerap, anda perlu memastikannya kekal fokus. Kesakitan yang dirasai akan menjadikannya mudah mengalah dan kurang berehat. Tatap mata isteri anda, tenangkannya dan bantunya melakukan teknik pernafasan bagi persiapan proses kelahiran. Berikan kata semangat padanya dan sentiasa pegang tangan isteri anda.

3. Fasa kelahiran

Fasa kelahiran adalah paling penting dan akan menjadi momen indah untuk kedua-dua anda; suami isteri. Disebabkan pasangan anda sedang bertarung dengan kesakitan, jadi anda perlu sentiasa bertenang. Cuba untuk tenangkan pasangan anda. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan ketika ini adalah memberi sokongan kepada isteri untuk meneran. Anda boleh cium dahinya, pegang tangannya dan berikan kata semangat kepada isteri anda. Anda boleh juga menunggu sehingga proses kelahiran bagi menyaksikan momen zuriat anda lahir ke dunia. Ini akan menjadi momen yang akan anda ingati sepanjang hidup anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perut Berangin Sering Buat Mak Buyung Rasa Tidak Selesa? Ini Ada 5 Cara Mudah Nak Atasinya!

    Masalah perut berangin semasa mengandung lazim dialami oleh ibu hamil. Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, 5 langkah ini boleh diambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Baru-baru ini, tular servis berkaitan pakar psikiatri yang ditawarkan secara online oleh Mentalist Joker. Adakah beliau benar-benar seorang ahli psikiatri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ikut Style Perempuan Dulu-dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Lebih Bagus Daripada Yang Pakai Buang?

    Para wanita, pernah tak terlintas di fikiran bagaimana rasanya jika anda memilih pad lain selain tuala wanita pakai buang? Ketahui kebaikan dan keburukannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    urutan yoni

    Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan ‘Yoni’ Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    puting payudara

    Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    keputusan ujian pap smear

    Bagaimana Nak Faham Keputusan Ujian Pap Smear, Tak Normal Bermakna Ada Kanser Serviks?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    penghantaran makanan

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan