Minggu 39

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 02/12/2019

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda sekarang bersaiz seperti tembikai kecil dengan berat 3.5 kg dan kepanjangan daripada kepala ke kaki lebih kurang 50 cm. Kadangkala, tali pusat mungkin mengelilingi leher bayi. Ini tidak mendatangkan masalah melainkan jika berlaku tekanan kepada tali pusat sewaktu proses kelahiran, pembedahan Cesarean mungkin diperlukan. Tali pusat tersimpul pula jarang sekali berlaku, hanya sekitar 1% daripada semua kehamilan.

Kebanyakan vernix yang meliputi kulit bayi anda telah hilang, begitu juga dengan lanugo. Badan anda pula membekalkan antibodi melalui plasenta yang dapat membantu sistem imun bayi anda melawan jangkitan pada usia 6-12 bulan.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Kontraksi Braxton Hicks, juga dikenali sebagai “kelahiran palsu”, mungkin akan semakin terasa kepada anda. Walaupun sakit dan sekuat kontraksi sewaktu kelahiran, ia tidak seragam atau bertambah kekerapan seperti kontraksi sebenar sewaktu kelahiran.

Tanda kelahiran yang lain, kantung amnion pecah mungkin berlaku bila-bila masa sekarang. Apabila air ketuban pecah, anda mungkin merasa air keluar mendadak dan titisan air yang berterusan. Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami pecah air ketuban hinggalah benar-benar pada waktu kelahiran. Doktor mungkin perlu memecahkan air ketuban untuk memulakan proses kelahiran atau mempercepatkannya. Jika anda rasa air ketuban anda telah pecah atau anda mengalami kontraksi yang seragam, hubungi doktor anda.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Adalah lebih baik menjalani kelahiran pramatang jika doktor khuatir dengan keadaan kesihatan anda.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Ramai yang mengatakan herba dapat membantu wanita hamil mempercepatkan proses kelahiran. Tidak ada kajian tentang keselamatan penggunaan ubat herba yang digunakan untuk mempercepatkan kelahiran, jadi jangan menggunakan persediaan herba tanpa merujuk doktor anda.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Apabila anda semakin menghampiri tarikh jangkaan kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis berkala untuk menentukan kedudukan kepala bayi dalam uterus. Pemeriksaan ini dapat membantu doktor menentukan kedudukan bayi sewaktu kelahiran: kepala dahulu, kaki dahulu atau punggung dahulu.

Sewaktu pemeriksaan ginekologikal, doktor juga akan melakukan pemeriksaan serviks untuk memerhatikan jika serviks anda sudah mula terbuka atau melembut atau menipis dan maklumat ini akan direkodkan menggunakan nombor dan peratus.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Kekurangan tidur

Anda mungkin risau jika kurang tidur dapat membahayakan bayi anda. Sebenarnya bayi anda boleh tidur sekalipun anda berjaga. Tidak ada bukti waktu tidur bayi bergantung kepada waktu tidur anda, tetapi tidur adalah antara keperluan penting fisiologi badan manusia.

Kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan anda, aktiviti anda dan menyebabkan anda tertidur sewaktu memandu atau mudah terjatuh.

Ubat Migrain

Anda mungkin risau untuk mengambil ubat migrain sewaktu hamil. Ia bergantung kepada ubat yang anda ambil, tetapi kebanyakan ubat mungkin berbahaya. Sesetengah ubat boleh menyebabkan saluran darah menyempit dan secara hipotesisnya mungkin menyebabkan perkara yang sama berlaku pada saluran darah bayi anda. Jika saluran darah bayi menjadi sempit sewaktu awal kehamilan, ia mungkin menyebabkan masalah perkembangan usus atau menyebabkan arteri ke saraf tunjang pecah, menyebabkan bayi anda lumpuh.

Tiada siapa yang mengetahui sama ada ubat ini menjejaskan bayi anda atau tidak. Terdapat kerisauan pada hipotesis yang timbul di samping beberapa laporan masalah.

Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Rasa Orgasma Ketika Hamil? Ini Jawapan Buat Mak Buyung! (Mengikut Trimester)

    Mesti ramai yang tertanya-tanya apa rasa orgasma jika main masa mengandung? Sila klik artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Bahaya Isteri Hamil Jika Suami Usia 40-an, Ada 5 Risiko Wajib Tahu!

    Orang kata wanita yang berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko dalam kehamilan. Namun, tahukah anda suami lewat usia juga akan memberikan risiko yang sama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain – Ada Yang Sampai 480 Hari!

    Seperti mana yang ramai sudah tahu, cuti bersalin di Malaysia telah dinaikkan kepada 90 hari mulai 2021. Bagaimana dengan negara lain agaknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Wanita Ada 2 Rahim? Masih Boleh Hamil TAPI Ini Risiko Perlu Tahu

    Biasanya wanita dilahirkan dengan 1 rahim, tetapi ada juga yang mempunyai rahim berganda. Wanita dua rahim ini dipanggil didelphys uterus dan ada risikonya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    pilih jantina anak

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    air ketuban

    Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    rasa kontraksi

    Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi? Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    preeklampsia adalah

    Bahaya Sampai Boleh Ragut Nyawa, Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/05/2020