backup og meta

Ini 6 Masalah Tali Pusat Boleh Terjadi Dalam Rahim Ibu, BAHAYA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/07/2022

    Ini 6 Masalah Tali Pusat Boleh Terjadi Dalam Rahim Ibu, BAHAYA!

    Terdapat beberapa keadaan tali pusat bayi dalam kandungan yang boleh mendatangkan risiko bahaya.

    Ayuh teruskan pembacaan untuk ketahui lebih lanjut mengenainya…

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan sila dapatkannya di sini.

    Keadaan tali pusat bayi dalam kandungan

    Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan yang paling penting antara ibu dan bayi semasa mengandung.

    Ia berfungsi untuk membekalkan bayi dengan oksigen dan nutrien. 

    Sekiranya tali pusat bayi tidak dapat menjalankan tugasnya kerana tekanan atau rosak, akibatnya boleh mengancam nyawa janin.

    Terdapat beberapa komplikasi kepada kehamilan dan bayi dalam kandungan berkaitan tali pusat ini. 

    6 keadaan tali pusat bayi dalam kandungan yang berbahaya

    Berikut sebahagian daripada masalah berkaitan tali pusat bayi yang berisiko untuk terjadi dan mungkin boleh mendatangkan komplikasi:

    Nuchal cord

    Ini adalah keadaan di mana tali pusat melilit pada bahagian leher bayi. Umumnya, situasi ini biasa berlaku, melibatkan sekitar 15-34% kehamilan. 

    tali pusat bayi dalam kandungan

    Ada masanya, masalah tersebut dapat dipulihkan sendiri. Tetapi kadangkala ia mungkin berlanjutan sehingga ke proses kelahiran bayi

    Nuchal cord boleh mendatangkan bahaya jika ia terbelit dengan ketat sehingga boleh mencekik bayi dalam kandungan. 

    Tali pusat yang termampat sesama sendiri atau pada leher janin juga berisiko memutuskan bekalan oksigen. 

    Antara faktor risiko umum:

    • Kepanjangan tali pusat
    • Keadaan janin yang sangat aktif
    • Cecair ketuban berlebihan (polyhydramnios)
    • Kehamilan kembar yang berkongsi kantung ketuban

    Prolaps tali pusat

    Dalam kaedah bersalin normal, bayi akan keluar daripada serviks terlebih dahulu sebelum tali pusat.

    Namun, jika masalah cord prolapse berlaku, ia adalah keadaan di mana tali pusat muncul sebelum atau bersama anak yang dilahirkan. 

    Keadaan ini berbahaya kerana umbilical cord mudah termampat antara badan bayi dan saluran kelahiran. Ia boleh mengakibatkan sekatan atau memutuskan bekalan oksigen kepada bayi. 

    Antara faktor risiko umum:

    • Air ketuban pecah awal
    • Kepanjangan tali pusat
    • Berat lahir rendah
    • Kecacatan pelvis
    • Kedudukan plasenta rendah
    • Kelahiran songsang
    • Kehamilan kembar
    • Kelahiran pramatang
    • Proses bersalin panjang
    • Kecacatan rahim
    • Cecair ketuban berlebihan

    Baca juga:

    Tali pusat bayi pendek

    Secara purata panjang tali pusat adalah antara 55 hingga 60 cm. Tali pusat dianggap pendek jika mempunyai kepanjangan sekitar 35 cm atau kurang.

    Keadaan ini berisiko kepada bayi dalam kandungan kerana boleh menjejaskan proses tumbesaran serta kehamilan. 

    Antara komplikasinya adalah:

    • Proses bersalin panjang
    • Gangguan plasenta
    • Hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE)
    • Lumpuh otak (Cerebral palsy)
    • Sekatan pertumbuhan intrauterin (IUGR)
    • Tali pusat pecah

    True knot

    Ia dinamakan ‘simpulan sejati’ kerana hasil ikatan yang terbentuk pada tali pusat. Ia berlaku apabila bayi bergerak di dalam rahim.

    Sekitar 0.3 hingga 2% kehamilan mengalami masalah tali pusat ini. 

    Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya apabila pergerakan janin meregangkan tali pusat dan mengetatkan ikatan.

    Impaknya, tali pusat akan mengalami mampatan dan mengehadkan bekalan oksigen kepada janin. 

    tali pusat bayi dalam kandungan

    Antara faktor risiko umum:

    • Kehamilan kembar berkongsi kantung ketuban
    • Cecair ketuban berlebihan
    • Ibu yang pernah hamil 2x atau lebih
    • Usia ibu melebihi 35 tahun
    • Tali pusat bayi panjang
    • Saiz janin kecil

    Jangkitan atau kerengsaan tali pusat

    Tanpa disedari, jangkitan pada ibu turut boleh berkembang pada plasenta serta merebak kepada tali pusat dan menyebabkan keradangan.

    Jangkitan ini dikenali sebagai funisitis. 

    Umumnya, kerengsaan membran korioamniotik adalah keadaan yang disebut sebagai chorioamnionitis – tindak balas ibu terhadap bakteria. Manakala funisitis adalah tindak balas janin. 

    Funisitis boleh mengehadkan aliran oksigen kepada bayi, mengakibatkan komplikasi serius, risiko kelahiran pramatang dan sepsis neotanal.

    Antara faktor risiko umum:

    • Tempoh bersalin panjang
    • Chorioamnionitis adalah keadaan yang biasa terjadi pada ibu yang mengalami:
      • Kekurangan serviks (cervical insufficiency) – serviks terbuka (dilate) terlalu awal masa kehamilan. Biasanya tanpa rasa sakit atau kontraksi
      • Penggunaan alkohol atau tembakau
      • Pernah mengalami chorioamnionitis
      • Kehadiran patogen pada saluran kemaluan seperti kumpulan B Strep atau vaginosis bakteria
      • Pemantauan janin dalaman
      • Beberapa pemeriksaan faraj

    Vasa previa, antara keadaan tali pusat bayi dalam kandungan

    Vasa previa adalah komplikasi kehamilan yang sangat jarang, tetapi teruk. 

    Dalam vasa previa, saluran darah antara janin dan plasenta tidak dilindungi oleh tisu plasenta atau tali pusat bayi. Ia melintasi atau berada sangat dekat dengan pembukaan dalaman serviks. 

    Jika saluran darah ini pecah, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan kerana kehilangan darah.

    tali pusat bayi dalam kandungan

    Keadaan ini boleh berlaku disebabkan salah satu sebab berikut:

    1. Tali pusat implan pada membran janin dan bukannya plasenta. Maka saluran darah janin perlu sampai ke plasenta.
    2. Plasenta terbahagi kepada dua lobus dan saluran darah mesti menghubungkan kedua-duanya.

    Antara faktor risiko umum:

    • Kehamilan berganda
    • Plasenta atau plasenta previa berada pada kedudukan rendah – dalam sebarang tempoh kehamilan
    • Kehamilan daripada rawatan kesuburan IVF
    • Penyisipan tali pusat (velamentous insertion of the cord)

    Perlu pemeriksaan doktor

    Sebahagian besar komplikasi tali pusat bayi dalam kandungan ini tidak jelas kelihatan pada penampilan luaran ibu.

    Umumnya, kebanyakan masalah berkaitan tali pusat tidak mendatangkan bahaya kepada janin dalam kandungan. 

    Namun, dalam sesetengah kes, ia boleh mengakibatkan masalah serius termasuk kecacatan kelahiran, kematian dalam kandungan serta keguguran.

    Bagi mengetahui keadaannya, diagnosis, pemantauan dan pemeriksaan doktor yang teliti adalah cara yang terbaik. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan