Tekak Loya Atau Payudara Bengkak? Ia Mungkin Antara 9 Tanda Awal Kehamilan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 3 minit bacaan

Adakah anda hamil ataupun tidak? Sesetengah individu wanita mungkin mengalami simptom dan tanda pada minggu pertama kehamilan pada trimester pertama, sementara bagi sesetengah individu lain, simptom yang dialami mungkin berlaku sedikit lambat. Terdapat pelbagai simptom dan tanda awal kehamilan yang boleh diperhatikan.

Daripada simptom biasa sehinggalah kepada simptom yang mungkin anda tidak pernah ketahui bahawa ia juga boleh dilihat sebagai penunjuk tanda awal mengandung.

Antara tanda awal kehamilan

#1. Haid

Ia merupakan satu petunjuk yang klasik dan biasa menjadi tanda awal kehamilan, sama ada anda hamil atau tidak. Jika kedatangan haid anda melewati tempoh seminggu atau lebih dari jangkaan yang sepatutnya, anda berkemungkinan besar sedang mengandung. Walau bagaimanapun, simptom ini boleh menjadi sesuatu yang mengelirukan jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Jika anda mengalami pendarahan ringan atau bintik darah muncul pada hari sepatutnya anda haid, ini juga mungkin tanda awal kehamilan anda.

#2. Lelehan faraj lebih pekat

tanda awal kehamilan

Ini juga mungkin tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami masalah lelehan faraj pada satu-satu tempoh setiap bulan.

Namun, kebanyakan wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat.

Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina. Awas! Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami simptom di bawah:

  • Lelehan faraj berbau
  • Kegatalan pada alat sulit
  • Keluar cecair berwarna hijau-kekuningan
  • Lelehan sangat pekat atau berair

Maka, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

#3. Payudara bengkak

Anda mungkin akan mula berasa tidak selesa pada bahagian payudara anda. Ini merupakan antara simptom tanda awal kehamilan yang boleh anda sedari.

Payudara anda mungkin akan menjadi bengkak, dan anda akan merasakan ia terlalu sensitif dengan sentuhan dan boleh menyebabkan anda berasa sakit.

Antara perubahan pada payudara yang boleh menjadi tanda awal mengandung adalah seperti bengkak, kesakitan, sensitif, pejal dan bahagian sekitar areola (puting) menjadi lebih gelap.

#4. Kerap terkencing

Jika anda sering berulang-alik ke tandas kerana ingin terkencing, ini mungkin berita baik untuk anda. Ini kerana ia boleh menjadi kemungkinan sebagai tanda awal kehamilan untuk anda.

Boleh jadi anda sedang hamil kerana rahim yang sedang membesar menekan-nekan pundi kencing anda.

Rajin-rajinlah untuk melakukan senaman kegel bagi menguatkan otot pelvis.

#5. Mual

tanda awal kehamilan

Simptom ini boleh berlaku sama ada disertai dengan muntah atau pun tidak. Simptom ini sering dikaitkan dengan morning sickness, walaupun, secara hakikatnya, ia boleh terjadi pada bila-bila masa, waktu siang mahupun waktu malam.

Kebiasaannya ia akan bermula sebulan selepas anda disahkan hamil dan simptom awal kehamilan ini boleh berlanjutan 2 hingga 3 bulan.

Tetapi terdapat juga sesetengah individu wanita yang tidak langsung mengalami rasa mual dan loya ini.

Walau bagaimanapun, penyelidik masih kabur mengenai punca dan faktor yang mewujudkan rasa mual ini semasa tempoh awal kehamilan, ia dipercayai disebabkan oleh hormon kehamilan.

#6. Kembung perut

Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut.

Sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS.

Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir.

Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.

Jika anda mengalami simptom ini, ini mungkin tanda awal kehamilan anda!

#7. Tidak sedap badan

Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara tanda awal kehamilan anda.

Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon anda sedang meningkat ketika ini.

Adakalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah.

Jadi, perbanyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupnya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.

#8. Menjadi lebih sensitif

tanda awal kehamilan

Jangan terkejut, sekiranya makanan yang menjadi kegemaran anda sebelum ini terus bertukar menjadi makanan yang anda langsung tidak akan sentuh.

Ini mungkin kerana ketika anda hamil, anda akan menjadi lebih sensitif terhadap sesetengah bau dan deria rasa, jadi anda mungkin mengalami perubahan pada deria anda.

Namun, tidak ada apa yang perlu anda risaukan. Seperti tanda awal kehamilan yang lain, tahap sensitif deria anda terhadap bau atau rasa akan kembali pulih seperti biasa apabila badan anda dapat menyesuaikan diri dengan perubahan hormon.

#9. Kekejangan

Sebaik sahaja selepas proses konsepsi berakhir, telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim.

Pada waktu ini, anda mungkin akan mengalami kekejangan pada bahagian perut. Ia dirasakan sama seperti simptom kedatangan haid yang biasa anda lalui.

Malah, seringkali simptom ini disalah tafsirkan sebagai permulaan kedatangan haid.

Kekejangan ini biasanya tidaklah begitu serius dan akan berkurangan seiring masa. Tetapi jika kekejangan ini semakin menyakitkan dan kronik, atau disertai dengan simptom lain, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

Ada segelintir ibu hamil yang mengalami masalah warna najis bertukar menjadi hijau. Mengapa perkara tersebut berlaku? Adakah ia normal atau tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan seks

Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
perkembangan bayi

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
cara makan pil perancang

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
hamil

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan