backup og meta

Ambil Tahu! Wanita Berisiko Alami Kehamilan Luar Rahim Jika Ada 10 Masalah Ini

Ambil Tahu! Wanita Berisiko Alami Kehamilan Luar Rahim Jika Ada 10 Masalah Ini

Setiap wanita pastinya mahukan fasa kehamilan berjalan lancar. Namun malangnya, terdapat komplikasi yang boleh berlaku kepada wanita hamil seperti mengandung luar rahim. Ingin tahu apakah tanda mengandung luar rahim dan bahayanya? Teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tanda mengandung luar rahim?

Pengalaman mengandung luar rahim turut dikenali sebagai ectopic pregnancy (kehamilan ektopik). Umumnya , ectopic membawa pengertian ‘di tempat yang salah’.

Jadi dalam pemahaman yang mudah, kehamilan ektopik bermaksud, proses kehamilan yang berlaku di luar rahim ibu. Adakah keadaan ini bahaya?

Bagi kebanyakan kes kehamilan sebegini, implantasi berlaku di dalam tiub fallopio dan berbahaya kerana bayi dalam kandungan yang sedang membesar boleh mewujudkan rasa sakit dan menyebabkan berlakunya pendarahan.

Jika dibiarkan berterusan, berisiko mengakibatkan tiub fallopio pecah dan seterusnya berlaku pendarahan dalamanTerdapat dua keadaan yang boleh berlaku didasari pendarahan dalaman, iaitu:

  1. Keadaan boleh menjadi sangat teruk dan menyebabkan kematian ibu. 
  2. Embrio akan terlepas dari tiub fallopio atau uterus. Disebabkan tiada tempat untuk implantasi untuk membolehkan embrio menyerap nutrien dan bekalan darah, keguguran akan berlaku.

Bagaimana ia berlaku?

Apa punca kandungan luar rahim?

Untuk keadaan kehamilan normal, zigot akan bergerak melalui tiub fallopio dan memasuki ruang rahim – tempat di mana sperma dan ovum yang telah disenyawakan akan menempel dan proses tumbesaran janin akan berlaku.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu seperti tiub fallopio tersumbat atau sempit, keadaan ini menyebabkan zigot tidak dapat bergerak untuk memasuki rahim, sebaliknya terhenti di tiub fallopio. 

Adakah pembedahan mengandung luar rahim dapat membantu punca kandungan luar rahim ini?

Jika keadaan kehamilan ini dibiarkan, ia berisiko tinggi untuk mengancam nyawa ibu. Dalam kebanyakan kes melibatkan kehamilan ektopik ini, pengguguran adalah jalan yang terbaik. 

Kehamilan di luar rahim biasanya dapat dikenal pasti pada minggu ke-4 hingga ke-10. Oleh itu, setiap individu wanita yang disahkan hamil perlu mendapatkan pemeriksaan dengan pakar perubatan di klinik kesihatan atau lawatan perinatal pada minggu ke-5 kehamilan. 

Pemeriksaan imbasan akan dilakukan untuk memastikan kehamilan tersebut bukanlah kehamilan ektopik. Malahan, dalam sesetengah kes, ujian darah perlu dilakukan bagi mengetahui tindakan selanjutnya yang boleh dilakukan jika ia melibatkan kehamilan ektopik.

Siapa yang berisiko?

Pengalaman mengandung luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana individu wanita. Akan tetapi, terdapat segelintir daripada mereka yang lebih berisiko untuk mengalaminya. 

Individu wanita yang pernah berdepan dengan situasi mengandung luar rahim ini juga, berisiko tinggi untuk mendapat masalah kehamilan berulang. Risikonya akan semakin bertambah seiring dengan pertambahan usia. 

Penyebab kandungan luar rahim berlaku.
Penyebab kandungan luar rahim berlaku.

Berikut adalah beberapa situasi tertentu yang boleh meningkatkan risiko untuk tanda mengandung luar rahim:

  • Mempunyai masalah jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) atau sebarang penyakit kelamin STD yang lain, boleh menyebabkan penyakit radang pelvik
  • Pernah melakukan prosedur pembedahan pada bahagian perut, termasuk apendiks, caesarean atau sebarang pembedahan berkaitan tiub fallopio
  • Pernah mengalami masalah endometriosis
  • Mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual
  • Ibu yang hamil lebih berusia
  • Mengalami masalah ketidaksuburan untuk lebih daripada dua tahun, sama ada dirawat atau tidak
  • Jika anda melakukan kehamilan melalui kaedah IVF, disarankan untuk membuat imbasan awal bagi memastikan embrio diimplantasikan pada bahagian yang betul
  • Bicornuate uterus
  • Wanita dengan tabiat merokok
  • Pernah menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron atau mengambil pil mini pencegah kehamilan

Mengenal pasti simptom dan tanda mengandung luar rahim

Biasanya simptom yang dialami adalah sama seperti mengalami haid atau keguguran. Keadaan ini akan mewujudkan rasa sakit seakan-akan senggugut dan keluar sedikit darah. 

Berikut adalah beberapa simptom awal yang boleh membantu anda untuk mengenal pasti tanda mengandung luar rahim atau tidak:

#Pendarahan faraj adalah tanda mengandung di luar rahim 

Berlaku pendarahan tidak normal. Kuantiti darah yang keluar adalah berbeza berbanding keadaan haid normal, sama ada lebih banyak atau sedikit. Warna darah juga dikatakan lebih gelap daripada darah haid dan bersifat cair. 

#Sakit berterusan, tanda mengandung luar rahim

Jika keadaan kehamilan di luar rahim ini tidak dikesan dari awal, ia akan meningkatkan risiko tiub menegang disebabkan proses tumbesaran embrio seterusnya berisiko untuk pecah.

Rawatan kandungan luar rahim.
Rawatan kandungan luar rahim.

Apabila keadaan ini berlaku, berikut adalah beberapa tanda mengandung luar rahim yang boleh anda alami:

  • Sakit yang teruk secara tiba-tiba – merebak ke seluruh bahagian perut
  • Mengalami peluh, berasa seperti ingin pitam
  • Cirit-birit atau terdapat darah dalam najis
  • Berasa sakit pada hujung bahu – berlaku jika pendarahan dalaman itu menjejaskan organ lain seperti diagfragma (rusuk)
  • Jika keadaan pendarahan yang dialami serius, anda mungkin tidak sedarkan diri

Jika anda mengalami simptom tanda mengandung di luar rahim yang dinyatakan, lakukan pemeriksaan segera dengan pakar sakit puan atau doktor perubatan.

Tanda mengandung luar rahim: kesuburan terjejas

Bagaimana pula dengan peluang hamil selepas mengandung luar rahim?

Jika keadaan tiub fallopio tidak rosak selepas berdepan dengan kehamilan luar rahim ini, maka peratusan kebarangkalian untuk  kembali hamil tidak terjejas dan cenderung hamil kembali dalam tempoh 18 bulan selepas berlakunya kehamilan ektopik.

Jika salah satu tiub fallopio terjejas, seperti mengalami kerosakan teruk atau pecah, peluang kembali hamil akan berkurangan. Peratusan untuk hamil semula semakin berkurangan jika kedua-dua belah tiub fallopio terjejas.

Namun, jika kedua-dua tiub fallopio rosak atau terjejas, berkemungkinan anda perlu mempertimbangkan untuk melakukan prosedur rawatan IVF.

Rumusan

Setiap wanita mempunyai risiko untuk mengalami pengalaman mengandung luar rahim. Patuhi jadual pemeriksaan doktor kerana ini merupakan jalan terbaik untuk membantu mengesan mengandung luar rahim UPT positif ini.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ectopic Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/ectopic-pregnancy. Accessed July 6, 2022.

Ectopic Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-complications/ectopic-pregnancy/. Accessed July 6, 2022.

Ectopic Pregnancy. https://www.marchofdimes.org/complications/ectopic-pregnancy.aspx. Accessed July 6, 2022.

Ectopic Pregnancy. https://kidshealth.org/en/parents/ectopic.html. Accessed July 6, 2022.

Ectopic pregnancy. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ectopic-pregnancy/symptoms-causes/syc-20372088#:~:text=An%20ectopic%20pregnancy%20occurs%20when,is%20called%20a%20tubal%20pregnancy. Accessed July 6, 2022.

Versi Terbaru

15/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Boleh Ke Douching Masa Mengandung? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Anda Baru Saja Hamil 1 Bulan? Tolong Elakkan & Jauhkan 8 Jenis Makanan Ini Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan