5 Cara Untuk Luka Czer Cepat Sembuh, Tidaklah Menahan Sakit Lama Sangat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 2 minit bacaan

Pembedahan C-section atau juga dipanggil secara ringkas sebagai C-sec adalah satu kaedah yang biasa digunakan untuk kelahiran yang berisiko jika melalui kaedah kelahiran normal. Bagi mereka yang tidak menyangka bahawa mereka akan melahirkan bayi melalui kaedah C-sec ini, anda tidak perlu berasa gusar berkenaan prosedur yang akan dialami. Anda pasti ingin sembuh dengan cepat setelah melalui prosedur C-sec. Kami ada beberapa tip atau saranan mudah bagi ibu-ibu yang ingin sembuh dengan pantas setelah prosedur C-sec. Teruskan pembacaan anda melalui artikel di bawah.

Dapatkan rehat yang mencukupi

Seperti mana prosedur-prosedur pembedahan yang lain, tubuh anda memerlukan masa untuk sembuh. Anda mungkin hanya perlu berada selama beberapa hari di hospital setelah pembedahan dilakukan, tetapi anda perlu memberikan lebih banyak masa kepada tubuh anda untuk berehat di rumah, iaitu sekitar 6 minggu.

Jaga tubuh anda dengan baik

Walaupun anda sedang berehat di rumah, ini tidak bermakna bahawa anda boleh melakukan banyak perkara lain. Jangan memaksa diri anda untuk melakukan tugas-tugas harian yang boleh memenatkan tubuh. Elakkan daripada turun naik tangga berkali-kali dalam sehari. Cuba untuk pastikan barang-barang keperluan seperti makanan, dan pakaian anda berada berhampiran agar anda tidak perlu berjalan jauh. 

Anda juga tidak disarankan untuk tidak mengangkat barang-barang yang berat melebihi berat bayi anda. Dapatkan kepastian daripada doktor anda berkenaan waktu yang sesuai untuk anda kembali bersenam, bekerja, memandu kereta atau perkara-perkara yang memerlukan lebih banyak pergerakan.

Makan makanan bernutrisi tinggi

Pemakanan bernutrisi bukan sahaja penting semasa anda hamil, malah ia turut penting setelah anda melahirkan bayi anda. Anda merupakan sumber utama pemakanan bayi anda jika anda menyusukan bayi anda. Oleh itu, pemakanan bernutrisi akan menjadikan bayi anda lebih sihat selain memberikan tenaga kepada tubuh anda. 

Kajian menyatakan bahawa dengan memakan sayur-sayuran ketika menyusukan anak, memberikan rasa pada susu badan anda yang kemudiannya meningkatkan keseronokan anak untuk memakan sayur tersebut ketika mereka membesar. Pengambilan air yang mencukupi juga membantu meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan selain mengelakkan daripada berlakunya sembelit.

Berjalan sedikit

Berjalan seperti biasa setiap hari boleh membantu anda kekal cergas selain mengekalkan kesihatan mental anda. Selain itu, berjalan perlahan juga boleh membantu mengurangkan risiko darah beku dan masalah berkaitan jantung dan salur darah yang lain.

Elakkan sembelit

Gabungan antara pertukaran hormon, otot perut yang lemah dan kerap berbaring akan menyebabkan anda lebih mudah mendapat sembelit. Sembelit yang teruk boleh menjadi sangat menyakitkan dan peneranan yang kuat akan mencederakan luka pembedahan. Oleh itu, anda perlu meminum banyak air dan mengambil jenis makanan yang kaya serat untuk mengelakkan sembelit daripada terjadi. Bertanya kepada doktor jika anda sesuai untuk mengambil pelembut najis.

Anda tidak perlu membandingkan antara bersalin normal dan C-sec memandangkan kedua-duanya bertujuan untuk mengurangkan risiko kelahiran yang tidak selamat. Apa yang paling penting adalah, bayi dapat dilahirkan dengan selamat dan ibu masih dapat melalui proses kelahiran dengan baik. Jangan gadaikan nasib anda dengan berkeras untuk melahirkan anak secara normal jika anda lebih sesuai melalui C-sec untuk proses kelahiran yang selamat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

    Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

    Sindrom carpal tunnel semasa hamil adalah normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita mengandung. Buat 7 perkara ini untuk kurangkan simptomnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    hamil

    Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    najis hijau

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    Hiperemesis gravidarum

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan