Nak Pakai Apa Hari Ni? Tip Mudah Pemilihan Pakaian Bagi Ibu Hamil

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Mana-mana individu yang semakin meningkat dewasa, pasti akan menukar pakaian mereka kepada yang lebih sesuai sama ada dari segi warna, fabrik atau saiz. Pakaian akan lebih kerap ditukar kepada yang lain apabila tubuh badan mengalami perubahan fizikal yang ketara. Kanak-kanak yang semakin meningkat dewasa ke alam remaja pasti akan kerap menukar pakaian kepada yang lebih sesuai. Begitu juga dengan wanita yang sedang hamil, pakaian akan kerap bertukar seiring dengan perubahan baby bumps yang semakin membesar. Jika anda merupakan salah seorang wanita yang sedang hamil terutamanya bagi ibu-ibu baharu, apakah tip untuk anda memilih pakaian yang sesuai?

Ikut bajet anda

Tidak perlu pakaian yang terlalu mahal, kerana anda hanya akan memakainya untuk tempoh masa pendek. Cari jenis pakaian yang menggunakan serat semulajadi seperti kapas. Cari juga pakaian yang mempunyai corak yang ringan dan tidak terlalu banyak atau berat. Pakai pakaian yang lebih labuh kerana ia lebih longgar.

Ikut keselesaan anda

Pakaian yang selesa juga sangat digalakkan untuk perkembangan dan keselamatan bayi anda. Gunakan seluar yang tidak terlalu ketat di bahagian pinggang yang tidak mengganggu pergerakan bayi dan juga aliran darah anda. 

Cari saiz yang sesuai

Jika anda tidak menggemari pakaian yang memperlihatkan anda sebagai seorang wanita yang sedang hamil, anda masih boleh memakai pakaian yang biasa anda guna. Cuma disaranakan untuk menggunakan saiz yang lebih besar. Sekiranya anda biasa menggunakan baju bersaiz M, cubalah memakai pakaian yang sama dengan saiz XL.

Pakai pakaian yang gelap

Pakaian yang gelap akan membantu ‘menyorokkan’ bentuk tubuh atau baby bumps di bahagian perut anda. Manakala pakaian yang cerah akan lebih menonjolkan baby bumps yang dimiliki. Pakaian yang mempunyai corak berjalur turut mempengaruhi imej luaran anda dengan memberikan kesan yang memperlihatkan anda lebih tinggi atau lebih kurus. 

Gunakan bra yang berlainan saiz

Semasa anda hamil, tubuh anda akan menjadi sedikit membesar. Oleh itu, bra yang dipakai sebelum anda hamil adalah tidak sesuai untuk dipakai kembali. Ini kerana ia akan menjadi lebih ketat dan tidak selesa untuk dipakai. Simpan dahulu bra yang lama, dan beli bra baharu yang sesuai dengan saiz badan anda yang terkini.

Aspek yang paling penting dalam pemilihan pakaian adalah keselesaan anda. Apatah lagi apabila anda telah mula memasuki fasa kehamilan, keselesaan dan keselamatan bayi akan kekal menjadi keutamaan. Pilihlah pakaian yang anda selesa memakainya dan tidak memberi kesan terhadap pergerakan bayi dalam perut anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut