backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Keliru, Bolehkah Kehamilan Terjadi Ketika Wanita Sedang Datang Bulan? Ini Jawapannya!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/12/2020

    Keliru, Bolehkah Kehamilan Terjadi Ketika Wanita Sedang Datang Bulan? Ini Jawapannya!

    Terdapat satu mitos yang seringkali kita dengar atau baca iaitu kehamilan tidak boleh terjadi ketika wanita sedang datang bulan. Sebenarnya, ia mungkin masih boleh berlaku walaupun kemungkinannya sangat tipis.

    Apakah itu datang bulan?

    Datang bulan adalah satu tempoh badan seorang wanita membuang tisu-tisu yang tidak diperlukan. Tisu-tisu ini datangnya daripada rahim iaitu tempat terbentuknya janin di dalam badan wanita.

    Setiap bulan, lapisan rahim akan menjadi tebal bagi menyediakannya untuk proses persenyawaan telur. Jika telur tidak disenyawakan atau tidak boleh mendekati rahim, lapisan ini akan dikeluarkan daripada badan wanita melalui faraj.

    Proses ini dinamakan sebagai ‘haid’ atau datang bulan dan normal berlaku pada setiap bulan. Ketika ini, badan wanita akan mengeluarkan segala tisu-tisu dan darah yang tidak diperlukan. Ia adalah proses normal bagi semua wanita seiring dengan peredaran usia mereka.

    Bolehkah wanita yang sedang datang bulan hamil?

    period tapi mengandung

    Kebanyakan individu mempercayai bahawa kehamilan tidak akan terjadi sekiranya melakukan hubungan seks ketika wanita sedang datang bulan. Sebenarnya, ia masih boleh terjadi. Berikut merupakan puncanya:

  • Tidak semua pendarahan pada faraj adalah haid. Kadangkala, wanita juga akan mengalami pendarahan ketika ovulasi  iaitu waktu wanita paling subur. Wanita yang sedang berovulasi juga mungkin akan mengalami pendarahan yang seringkali disalahertikan sebagai datang bulan.
  • Kadangkala, ovulasi boleh berlaku sejurus selepas tempoh datang bulan wanita berhenti atau selepas beberapa hari. Ovulasi boleh berlaku pada bila-bila masa pada titik waktu yang berbeza. Oleh itu, agak mustahil untuk menentukan bila waktu wanita tersebut paling subur.  Disebabkan sperma boleh hidup di dalam badan wanita selama 2, 3 atau 5 hari dan mampu bersenyawa dengan telur 72 jam selepas ejakulasi, jadi melakukan hubungan seks ketika ini kadangkala berisiko tinggi.
  • Walaupun kemungkinan untuk hamil ketika datang bulan adalah sangat rendah, ia adalah tidak mustahil. Lagipun, melakukan hubungan seks tanpa perlindungan pada bila-bila masa adalah berbahaya.

    urutan kehamilan

    Anda berisiko menghidapi penyakit sexually transmitted diseases (STD) seperti chlamydia, HIV dan lain-lain penyakit kelamin. Jika anda mahu melakukan hubungan seks yang kurang berisiko, gunakan kondom untuk melindungi anda daripada STD atau kehamilan luar jangkaan.

    Jika anda sudah cuba untuk hamil setelah bertahun lamanya dengan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, tapi masih kecewa belum mengandung, maka terus berjumpa doktor.

    Doktor akan mencadangkan metode menjejak ovulasi selain melakukan ujian dan rawatan untuk membantu anda meningkatkan peluang untuk hamil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan