Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Butylated hydroxytoluene (BHT) adalah bahan kimia yang dihasilkan di dalam makmal yang ditambah ke dalam makanan sebagai pengawet. Ia juga digunakan sebagai ubat.
BHT digunakan untuk merawat herpes genital dan AIDS.
Sesetengah orang menggunakan BHT langsung ke kulit untuk penyakit lepuh sejuk (cold sore).
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana BHT bertindak. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. BHT dikenali juga sebagai antioksida. Ia boleh menghancurkan lapisan luar yang melindungi sel viral. Ini boleh menghalang virus daripada berganda dan membuat lebih banyak kerosakan.
Sila berunding dengan doktor, ahli farmasi dan ahli herba anda sekiranya:
Kawalan untuk suplemen tidaklah seketat kawalan ke atas ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh suplemen ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kandungan BHT yang ditemui dalam makanan yang diproses adalah selamat tetapi tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui adakah BHT dalam dos ubat (dos yang lebih tinggi) selamat untuk digunakan. Tiada maklumat yang mencukupi juga untuk memastikan adakah ia selamat digunakan pada kulit.
Kehamilan dan menyusu badan; BHT di dalam makanan adalah selamat untuk diambil, tetapi tiada maklumat yang mencukupi untuk mengesahkan adakah ia selamat dalam jumlah yang lebih banyak yang digunakan sebagai ubat. Sekiranya anda sedang hamil atau menyusukan bayi , elakkan mengambil BHT selain daripada yang terkandung dalam makanan sehinggalah lebih banyak maklumat diperolehi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berunding dengan doktor anda
BHT mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos BHT yang diberikan mungkin berlainan untuk setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa kondisi lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.
BHT mungkin boleh ditemui dalam bentuk berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen