Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Bakteria bifido adalah sekumpulan bakteria yang hidup secara normal di dalam usus manusia. Ia boleh dikembangbiakkan di luar tubuh badan dan diambil melalui mulut sebagai ubat.
Bakeria bifido digunakan untuk banyak keadaan yang melibatkan usus, termasuk;
Sebahagian orang mengambil bakteria bifido untuk mengembalikan “bakteria baik” di dalam usus yang telah dihapuskan atau dibuang di dalam najis semasa cirit birit, radiasi, kemoterapi, antibiotik, dan sebab-sebab lain. Bakteria bifido juga digunakan untuk merawat:
Bakteria ini juga digunakan untuk merangsang sistem imun dan merendahkan tahap kolesterol.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana bakteria bifido bertindak. Sila berunding dengan pakar herba dan doktor anda untuk maklumat lanjut. Namun, bakteria bifido diketahui digunakan dalam rawatan sebagai “probiotik”, lawan kepada antibiotik. Ia dianggap sebagai bakteria yang “mesra” dan diambil untuk mengembangbiak dan menggandakan bilangannya di bahagian tubuh badan yang sememangnya mereka wujud secara normal. Probiotik seperti bakteria bifido selalunya digunakan untuk penyakit yang berlaku atau mungkin berlaku kerana ketiadaan bakteria normal. Teorinya ialah pengambilan bakteria bifido sewaktu rawatan antibiotik boleh menghalang atau mengurangkan kematian bakteria baik daripada diambil alih oleh bakteria jahat.
sila berunding dengan doktor , ahli farmasi atau ahli herba anda sekiranya:
Kawalan untuk suplemen tidaklah seketat kawalan dadah yang digunakan sebagai ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh suplemen ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bakteria bifido adalah selamat untuk digunakan bagi orang dewasa dan kanak-kanak apabila diambil melalui mulut dengan cara yang sepatutnya.
Kehamilan dan menyusu badan; tidak terdapat maklumat yang mencukupi tentang keselamatan pengambilan bakteria bifido sewaktu anda hamil atau menyusukan anak. Berhati-hatilah danelakkan penggunaanya.
Sistem imun yang lemah: Terdapat kebimbangan bahawa “probiotik” mungkin berkembangbiak dengan terlalu banyak pada orang yang memiliki sistem imun yang lemah lalu menyebabkan jangkitan. Namun, hal ini tidak berlaku secara khusus kepada bakteria bifido,terdapat kes yang jarang-jarang berlaku melibatkan spesis lain probiotik seperti laktobacillus. Sekiranya anda mempunyai sistem imun yang lemah (seperti HIV, AIDS atau menjalani rawatan kanser), mintalah nasihat daripada penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan bakteria bifido
Dalam sesetengah orang, rawatan bakteria bifido boleh menyebabkan masalah pada perut dan usus, menyebabkan kembung perut dan berangin.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Produk yang boleh memberi tindak balas dengan bakteria bifido termasuklah:
Antibiotik digunakan untuk mengurangkan bakteria merbahaya di dalam badan. Antibiotik juga boleh mengurangkan bakteria baik didalam badan kita. Bakteria bifido adalah sejenis bakteria baik. Mengambil antibiotik bersama dengan bakteria bifido boleh mengurangkan keberkesanan bakteria bifido. Untuk mengelakkan tindak balas ini, elakkan mengambil bakteria bifido sekurang-kurangnya dua jam sebelum atau selepas antibiotik..
Bakteria Bifido mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Kekuatan penyediaan bakteria bifido selalunya dikira berdasarkan bilangan organisma yang hidup bagi setiap dos. Dos-dos yang berikut adalah melalui hasil kajian saintifik:
Melalui mulut:
Untuk kolitis ulseratif;
Dos bakteria bifido yang diambil mungkin berlainan untuk setiap pesakit. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa kondisi lain. suplemen tidak selalunya selamat digunakan. sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.
Bakeria bifido boleh didapati dalam bentuk dos yang berikut
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen