backup og meta

Banyak Makanan Enak Di Tahun Baru Cina, Tapi Awas Jangan Berlebihan, Ikuti 5 Tip Mudah Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/01/2022

    Banyak Makanan Enak Di Tahun Baru Cina, Tapi Awas Jangan Berlebihan, Ikuti 5 Tip Mudah Ini

    Tahun Baru Cina adalah perayaan penting bagi masyarakat kaum Cina di Malaysia.

    Berdasarkan tradisi Cina, malam Tahun Baru Cina adalah hari berkumpul bagi ahli keluarga dan saudara-mara untuk menikmati makan malam bersama-sama.

    Oleh itu, perayaan ini akan disambut dengan pelbagai hidangan lalu menyebabkan anda terdorong untuk makan secara tidak terkawal atau berlebihan.

    Keadaan ini mendorong kepada peningkatan berat badan dan juga risiko kepada penyakit lain seperti diabetes dan hipertensi.

    Tip kekal sihat semasa perayaan Tahun Baru Cina

    1. Kekal terhidrasi

    tahun baru cina

    Pastikan diri terhidrasi pada setiap masa dan jadikan air teman baik anda semasa perayaan Tahun Baru Cina.

    Pada masa tertentu, anda mungkin keliru antara rasa dahaga dan lapar.

    Di tambah pula, dengan pelbagai hidangan makanan, mungkin anda membuat andaian bahawa diri berada dalam kelaparan.

    Tetapi sebenarnya tubuh anda memerlukan air bagi membantu sistem pencernaan memproses makanan yang telah diambil semasa perayaan.

    2. Kekal aktif di Tahun Baru Cina 

    Semasa perayaan, kebanyakan orang akan menjadikannya alasan untuk berhenti bersenam.

    Ini kerana menghadiri majlis atau perjumpaan yang berterusan sepanjang hari menyebabkan anda tiada masa untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal.

    Namun begitu, jika boleh ambil masa 30 minit dengan melakukan aktiviti seperti berjalan kaki, bersantai bersama anak-anak, berbasikal dan sebagainya untuk mengeluarkan sedikit peluh seterusnya kekal aktif sepanjang tempah perayaan ini.

    3. Awasi hidangan

    tahun baru cina

    Snek atau makanan ringan menjadi hidangan terakhir bagi setiap perayaan. Ia juga boleh menyebabkan anda ketagihan dan tidak boleh berhenti mengunyah sebaik sahaja menikmatinya.

    Jadi, cuba untuk jauhkan diri anda daripada meja yang terdapat makanan ringan dan bersosial dengan saudara-mara, tetamu atau kenalan bagi mengalihkan perhatian anda.

    4. Snek tidak sesuai untuk perut kosong

    Membiarkan perut dalan keadaan kosong adalah sesuatu yang boleh memudaratkan diri.

    Keadaan ini boleh menyebabkan anda cenderung untuk makan terlalu banyak dengan hidangan snek yang kurang berkhasiat.

    Selain itu, perut juga boleh dipenuhi angin (gas) lalu menyebabkan ketidakselesaan semasa perayaan.

    Semasa mengambil snek, cuba untuk mengekalkan diet yang seimbang termasuk serat, protein dan vitamin.

    Selain itu, anda masih perlu memastikan diri mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam setiap hidangan di musim perayaan ini. 

    5. Dapatkan tidur yang cukup

    Perayaan ini kadang kala berlarutan hingga ke lewat malam. Keadaan ini boleh menyebabkan anda mengalami jumlah tidur yang tidak mencukupi.

    Oleh itu, cuba untuk dapatkan tidur sebentar jika ada peluang bagi mengembalikan tubuh anda kekal bertanaga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan