Apa Ertinya Penjagaan Paliatif bagi Pesakit Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 2 mins read

Bayangkan jika di saat-saat akhir kehidupan anda, anda terpaksa berperang dengan rasa sakit yang melampau disebabkan penyakit kanser. Bukan sahaja anda terpaksa menanggung sengsara rasa sakit bahkan keluarga dan orang yang anda sayangi juga turut tersiksa dengan melihat penderitaan anda. Sedangkan penjagaan paliatif bagi pesakit kanser boleh membantu meredakan kesakitan dan mengurangkan penderitaan pesakit dan ahli keluarga mereka.

Tahukah anda, kajian mendapati daripada pesakit kanser yang meninggal pada tahun 2015, 90% daripada mereka memerlukan penjagaan paliatif dan daripada jumlah tersebut, hampir 80% menderita dengan rasa sakit selama lebih daripada 90 hari.

Apa itu penjagaan paliatif?

Menurut WHO, penjagaan paliatif ialah pendekatan yang meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka dalam menghadapi masalah berkaitan penyakit yang mengancam nyawa melalui pencegahan dan meredakan kesengsaraan dengan cara mengenal pasti, menilai dan merawat kesakitan dan masalah fizikal, psikososial dan spiritual daripada awal.

Dalam erti kata lain, paliatif bertujuan utk melegakan, mengurangkan atau meringankan sesuatu kesakitan atau penyakit tetapi bukan untuk menyembuhkannya.

Terdapat pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan paliatif seperti HIV, kegagalan buah pinggang, penyakit muskuloskeletal mahupun penyakit kanser.

Penjagaan paliatif bagi pesakit kanser dan halangannya

Dalam merawat dan menangani penyakit kanser, kadangkala atau barangkali seringkali terjadi, tumpuan diberikan kepada diagnosis tahap kanser dan rawatan kemoterapi atau radioterapi agresif untuk melawan sel kanser yang kian merebak. Manakala kesan sampingan rawatan dan kesakitan yang dialami pesakit dilihat sebagai tidak dapat dielakkan.

Menyedari hal ini, pakar penjagaan paliatif melakukan usaha gigih untuk menyebarkan kefahaman tentang kepentingan penjagaan paliatif dalam kalangan doktor dan penjaga kesihatan kerana kurangnya amalan penjagaan paliatif. Walhal intervensi inilah yang dapat mengubah kualiti hidup pesakit kanser terutamanya di saat-saat akhir mereka.

Menurut Dr. M.R. Rajagopal, pengasas NGO penjagaan paliatif di India, Pallium India, ketika ditemui di World Cancer Congress 2018, penjagaan paliatif merupakan pendekatan yang paling mudah dan murah dalam membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser. Penjagaan paliatif didapati akan menggunakan hanya 0.6-3% daripada Universal Health Coverage.

Namun malangnya, menurut beliau, industri kesihatan masa kini dilihat mungkin tidak berminat dengan pendekatan tersebut kerana terlalu murah dan tidak menjana keuntungan yang diharapkan daripada setiap pesakit kanser.

Menyedari kepentingan penjagaan paliatif, resolusi World Health Assembly pada tahun 2014 menegaskan bahawa penjagaan paliatif adalah tanggungjawab etika sistem kesihatan dan perlu diintegrasikan ke dalam penjagaan kesihatan awam terutamanya di peringkat komuniti setempat.

Oleh itu, tanggungjawab penjagaan paliatif akhirnya memerlukan kerjasama pakar kesihatan dan penekanan oleh pembuat dasar dalam memastikan setiap pesakit kanser mendapatkan penjagaan paliatif yang sepatutnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Elak Kanser Serviks? Jangan Takut Untuk Buat Ujian Pap Smear! Ini Apa Yang Terjadi Ketika Ujian

    Wanita perlu menjalani ujian pap smear bagi menyaring risiko untuk mendapat kanser serviks. Bagaimana prosedur tersebut dilaksanakan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Kanser Serviks 19/05/2020 . 3 mins read

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Ada 8 jenis pemanis buatan yang sering digunakan dalam industri makanan, malah lebih manis dari gula. Namun, benarkah gula buatan ini sebabkan kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/05/2020 . 3 mins read

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Tahukah anda, ada 7 golongan berisiko untuk mendapat kanser rahim. Adakah tanda kanser rahim jelas untuk pesakit kanser rahim ini? Boleh kesan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 08/05/2020 . 4 mins read

    Ingatkan Senggugut, Rupanya Ini Tanda Kanser Rahim Yang Selalu Wanita Tersilap: Ada 15 Kena Peka

    Kanser rahim merupakan penyakit kanser yang lazim dialami oleh wanita di seluruh dunia. Berikut adalah 15 tanda anda menghidap kanser rahim.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/04/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 mins read
    kanser prostat

    6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 mins read
    ini-5-makanan-punca-barah-rahim

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 mins read
    seks oral

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/05/2020 . 2 mins read