Mari Bersenam Walaupun Setua Mana Pun Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Aktiviti fizikal merupakan satu amalan yang sangat baik dan amat digalakkan untuk mengekalkan kehidupan yang sihat daripada kebaikan bersenam.

Hakikatnya, badan manusia dipercayai dicipta untuk menjadi aktif. Badan yang tidak aktif cenderung untuk berdepan dengan kesan buruk seperti penambahan kolesterol dan lemak di dalam badan, otot menjadi lemah, saluran darah menjadi sempit dan tersumbat serta berkemungkinan untuk mengalami gangguan emosi.

Melakukan aktiviti fizikal atau bersenam secara berkala terbukti dapat membantu mencegah dan merawat penyakit tidak berjangkit (noncommunicable diseases) seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan kanser payudara serta kanser usus.

Secara purata masih aktif

penawar darah tinggi

Kerap bersenam juga dipercayai dapat mencegah masalah tekanan darah tinggi, berat badan berlebihan dan obesiti serta boleh meningkatkan kesihatan mental dan kualiti kesihatan hidup secara keseluruhannya.

Namun, dikatakan sebahagian besar populasi dunia semakin kurang bersenam. Adakah rakyat Malaysia rajin bersenam?

Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, rakyat Malaysia secara relatifnya adalah aktif.

Laporan tersebut mendapati bahawa 66.5% penduduk negara ini adalah aktif, sekurang-kurangnya pada intensiti kecergasan minimum, dari sudut fizikal secara puratanya.

Lelaki mendahului wanita iaitu 71.1% berbanding 61.7%.

Angka ini adalah agak baik dan telah berlaku peningkatan berbanding laporan pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, majoriti daripada peratusan tersebut adalah aktif pada tahap minimum. Hanya 25.4% sahaja yang termasuk dalam kategori sangat aktif.

Bersenam atau melakukan sebarang aktiviti fizikal bukan sahaja diperlukan oleh individu belia atau muda, tetapi ia juga perlu dilakukan oleh individu dewasa yang lebih berusia atau warga emas bagi mendapat kebaikan bersenam.

Malah, mungkin sebenarnya, golongan ini lebih perlu untuk melakukan senaman bagi menjamin hidup yang lebih berkualiti. 

Malah, menurut satu penyelidikan yang dilakukan di University of Birmingham menyatakan bahawa individu dewasa lebih berusia yang tidak pernah melakukan atau terlibat dalam sebarang program senaman mempunyai keupayaan yang sama untuk membina otot seperti atlet terlatih dalam lingkungan usia yang sama.

Tahap keupayaan yang sama

Penyelidikan ini menunjukkan bahawa individu warga emas yang tidak mempunyai kebiasaan melakukan latihan fizikal atau senaman akan memperolehi manfaat apabila melakukan latihan rintangan seperti mengangkat berat. 

Melalui hasil kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Physiology, para penyelidik daripada University of Birmingham’s School of Sport and Exercise Science telah melakukan kajian perbandingan keupayaan membina otot kepada dua kumpulan individu lelaki lebih berusia.

Kumpulan pertama diklasifikasikan sebagai  ‘master atlet’ yang melibatkan individu aktif berusia lingkungan 70-an dan 80-an yang melakukan aktiviti fizikal sepanjang hayat dan masih bersaing dalam sukan kegemaran mereka.

Manakala kumpulan kedua adalah individu sihat dalam lingkungan usia yang sama tetapi tidak pernah melakukan atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal mahupun senaman yang berstruktur.

Setiap peserta yang terlibat diberikan pengesan isotop (isotope tracer) dalam bentuk air minuman ‘berat’ dan diminta mengambil bahagian dalam satu senaman fizikal yang melibatkan latihan berat menggunakan mesin senaman.

Penyelidik telah mengambil biopsi otot setiap peserta dalam tempoh 48 jam sebelum dan selepas senaman.

Kajian dilakukan untuk memeriksa bagaimana otot bertindak balas terhadap aktiviti bersenam yang dilakukan dan pengesan isotop dapat membantu untuk mengenal pasti bagaimana protein berkembang di dalam otot.

Daripada hasil keputusan yang diperolehi, menunjukkan sesuatu di luar dugaan. Bagi kumpulan pertama, sesungguhnya para penyelidik telah menjangkakan bahawa mereka mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk membina otot berikutan tahap kecergasan baik dalam tempoh yang panjang. 

Namun apa yang mengejutkan adalah bagi kumpulan kedua yang merupakan individu berusia yang tidak pernah langsung terlibat dalam sebarang program fizikal turut menunjukkan tahap keupayaan yang sama untuk membina otot sebagai tindak balas bersenam yang dilakukan. 

Belum terlambat untuk bersenam

Senaman untuk jantung yang sihat

Menurut Ketua Penyelidikan, Dr Leigh Breen, “Kesimpulan yang boleh dibuat daripada hasil penyelidikan adalah masih belum terlambat untuk bersenam dan mendapat kebaikan bersenam.

Tidak kira sama ada anda merupakan seorang individu yang telah melakukan senaman fizikal sepanjang hidup anda ataupun baru ingin mula bersenam, anda tetap mendapat manfaat daripada senaman sebaik sahaja anda mula melakukannya.”

Perkara yang penting untuk dititikberatkan adalah mengenai bimbingan yang lebih spesifik tentang bagaimana seseorang individu dapat meningkatkan kekuatan otot mereka.

Ini melibatkan aktiviti di luar gim dan aktiviti di rumah seperti berkebun, naik turun tangga, atau mengangkat barang.

Setiap perkara yang anda lakukan boleh dianggap sebagai antara rejim senaman, walaupun aktiviti senaman fizikal tersebut hanyalah aktiviti intensiti rendah.

Yang lebih utama adalah mengenai komitmen anda untuk melakukannya secara berkala. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

Ramai yang kata senaman ini hanya untuk warga emas atau wanita hamil sahaja, salah. Ini kerana terdapat banyak manfaat yoga untuk lelaki. Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 07/07/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Sekadar Senaman, Ada 7 Sebab Kita PATUT Buat Yoga – Jom Tukar Mindset!

Apa itu yoga? Ia adalah sejenis senaman dengan meditasi sebagai tunjangnya. Kenapa patut buat? Klik artikel ini untuk tahu 7 sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kecergasan, Yoga 18/06/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

Isu penderaan warga tua bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Kesan penderaan bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga psikologi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 11/06/2020 . 3 minit bacaan

Usia Tua BUKAN Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Cuba Amalkan 8 Petua Seks Ini Ya!

Kemampuan seksual individu akan menurun dengan mendadak apabila meningkat usia tua. Namun warga emas tidak perlu risau dan amalkan 8 petua seks ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

gangguan penglihatan

Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
penjagaan warga tua

Orang Tua Anda Menghidap Kencing Manis? Ini Cara Penjagaannya, Ada 9 Checklist Kena Patuhi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
penjagaan warga emas

Raya Haji Ini Atuk & Nenek Makin Kurang Selera Makan? Ini Puncanya! BAHAYA Jika Dibiarkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
menjadi ibu

Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan