backup og meta

Kepentingan Perlindungan daripada Cahaya Matahari

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    Kepentingan Perlindungan daripada Cahaya Matahari

    Sama ada anda sedang bercuti di tepi pantai atau sekadar duduk bersantai pada taman bunga di halaman rumah, melindungi kulit anda daripada cahaya matahari adalah langkah penting untuk mencapai dan mengekalkan awet muda.

    Kenapa anda perlu melindungi kulit anda

    Pada masa lalu, ramai yang menyangka pendedahan kepada matahari adalah aktiviti yang sihat. Walau bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan kesan buruk pendedahan kepada cahaya matahari, seperti penuaan awal kulit dan juga kanser kulit. Sinar matahari terdiri daripada sinaran UVA dan UVB. Kedua-duanya adalah cahaya ultraviolet (UV) yang tidak kelihatan dan merupakan punca utama penuaan awal dan pelbagai penyakit kulit. Apabila sinar cahaya UV (UVA dan UVB) memasuki kulit, akan berlaku kerosakkan sel-sel kulit, menyebabkan kecederaan yang kelihatan dan tidak dapat dilihat, yang boleh menyebabkan peningkatan bilangan tahi lalat, bintik-bintik, kedutan, dan kanser kulit.

    Kesan buruk disebabkan oleh matahari

    Salah satu jenis kerosakan yang paling biasa didapati disebabkan sinar UV adalah “Sunburn” atau selaran matahari yang muncul hanya beberapa jam selepas mendedahkan diri kepada matahari. Dalam sesetengah kes, kerosakan jenis ini juga menyebabkan kegelapan kulit, atau peningkatan pigmentasi kulit, yang boleh dilihat selepas beberapa hari  pendedahan kepada matahari.

    Freckles, yang biasa terjadi kepada orang yang berkulit cerah, biasanya berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada matahari. Freckles selalunya merupakan tanda kulit anda rosak akibat pendedahan matahari, dan oleh itu menunjukkan perlunya perlindungan daripada sinaran matahari.

    Di samping itu, sinar ultraviolet juga menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada sel-sel kulit. Sesetengah kerosakan boleh diperbaiki sendiri, namun beberapa kerosakan sel terkumpul dari tahun ke tahun. Dan selepas 20 hingga 30 tahun atau lebih, kerosakan terkumpul menyebabkan kedutan wajah, bintik-bintik usia, dan juga kanser kulit.

    Kerana sinaran UVA diserap lebih mendalam ke dalam kulit daripada sinar UVB, mereka lebih cenderung untuk merosakkan keanjalan kulit serta menyebabkan bintik gelap berbanding sinar UVB. UVA juga dikenali sebagai faktor alam sekitar yang menyumbang kepada penuaan awal.

    Apabila kita terdedah kepada sinar UV, kulit kita menghasilkan melanin. Penghasilan melanin melindungi kulit tetapi boleh menyebabkan kulit kurang berseri.

    UVA lebih berbahaya daripada UVB

    Seperti yang dinyatakan di atas, sinar UVA lebih berbahaya daripada UVB. Walaupun sinar UVB paling kuat sewaktu bulan-bulan yang panas, kita sebenarnya terdedah kepada sinaran UVA sepanjang tahun. Ini bermakna bahawa walaupun pada hari yang mendung dan redup, kulit anda masih terkena sinar UVA matahari yang berbahaya. Di samping itu, sinar UVA dapat menembusi kaca, menunjukkan betapa pentingnya untuk memastikan anda mengenakan perlindungan matahari setiap hari, apa pun aktiviti anda pada hari tersebut.

    Adalah penting untuk mengetahui bahawa awan boleh menyekat UVB, sinar yang membakar, tetapi tidak dapat menyekat UVA, sinar yang menggelapkan. Oleh itu, walaupun terdapat kurang kebarangkalian mendapat selaran matahari, kulit boleh dibahayakan dengan pendedahan kepada sinar UVA yang lebih mendalam, yang menyebabkan kegelepan kulit dan kedutan kulit. Oleh itu, penting untuk anda melindungi kulit daripada matahari, walaupun pada hari-hari yang mendung.

    Anda harus menggunakan krim perlindungan matahari spektrum luas yang menawarkan perlindungan daripada UVA dan UVB. Pakar dermatologi mencadangkan untuk mngenakan jumlah produk yang sebanyaknya sebelum keluar, dan sentiasa ingat untuk mengenakannya semula sepanjang hari untuk mengekalkan keberkesanan perlindungan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan