Hentikan Pengambilan Susu. Apakah Kesannya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kebanyakan pakar pemakanan tidak akan mengesyorkan pemberhentian seluruh kumpulan makanan melainkan jika anda mempunyai alasan yang sangat baik seperti alahan. Ini kerana setiap kumpulan makanan menyediakan nutrien dan tenaga yang berbeza untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik. Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai banyak pilihan dan perlu mengelakkan produk tenusu atau susu, anda mungkin dapat melihat beberapa perubahan pada tubuh anda.

1. Tulang menjadi lemah

Susu penuh dengan kalsium, protein, vitamin D, dan mineral lain yang penting untuk membina tulang yang kuat. Kebanyakan pembinaan tulang berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja. Sekiranya anda menjalani diet bebas tenusu, keadaan tulang anda boleh menjadi semakin lemah dan terdorong kepada keretakan atau patah. Untuk mengawal keadaan ini,  anda perlu mencari cara untuk menggantikan nutrien yang hilang seperti mendapatkan doa kalsium harian daripada pengambilan sayuran berdaun hijau, jus oren dan brokoli.

2. Perubahan berat badan

Keinginan menurunkan berat badan sering menjadi motivasi utama untuk mengelakkan pengambilan susu. Walaupun produk tenusu seperti keju dan aiskrim boleh menambah kalori utama, terdapat beberapa kajian telah menunjukkan bahawa susu mengenyangkan dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

3. Intoleransi laktosa mungkin lebih teruk

Sekiranya anda mempunyai intoleransi laktosa, anda kehilangan enzim yang biasanya memacahkan gula dalam susu, disebabkan itu anda boleh mendapatkan masalah perut apabila mengambil produk tenusu. Tetapi jika anda tidak mengelakkan susu daripada diet anda, anda akan benar-benar akan mengurangkan keadaan ini dengan meningkatkan bakteria yang sihat dalam usus anda. 

4. Merendah risiko kanser

Sesetengah produk tenusu adalah radang, jadi anda akan mengurangkan risiko kanser jika mempunyai diet bebas tenusu. Kajian 2001 menemui bahawa pengambilan kalsium tinggi khusunya kebanyakannya daripada produk tenusu meningkatkan risiko lelaki untuk mendapat kanser prostat, kerana ia mengurangkan jumlah hormon yang dianggap menghalang kanser.

Selain itu, bergantung kepada jenis tenusu, ia mungkin mempunyai racun perosak, tambahan hormon pertumbuhan, dan bahan-bahan lain yang berpotensi karsinogenik, yang semuanya dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara.

5. Kesihatan kulit lebih baik

Sudah cukup diketahui bahawa menghentikan pengambilan susu boleh meningkatkan keadaan kulit seseorang. Susu lembu sering mengandungi hormon, yang mungkin bertindak balas terhadap hormon-hormon di dalam tubuh anda dan mengakibatkan peningkatan pengeluaran sebum pada kulit anda, yang menyebabkan menyumbat liang pori. 

Selain itu, beberapa kajian pemerhatian telah menemui hubungan antara jerawat dan susu, terutamanya susu skim, tetapi ia tidak ada kaitan dengan keju atau yogurt. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa diet yang baik adalah penting untuk mengekalkan kulit yang baik dan pastikan anda mengambil diet seimbang yang sihat yang mengandungi banyak nutrien. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Februari 14, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 29, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut