backup og meta

Panduan LENGKAP Cara Kira BMI (Bayi, Kanak-kanak, Remaja, Ibu Mengandung & Orang Dewasa)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

    Panduan LENGKAP Cara Kira BMI (Bayi, Kanak-kanak, Remaja, Ibu Mengandung & Orang Dewasa)

    Ada masanya kita mungkin rasa seseorang itu terlalu kurus, namun hakikatnya itulah berat badan ideal untuk dirinya. Jom semak cara kira BMI untuk mengetahui nilai yang sesuai dengan anda!

    Berat badan ideal

    Mesti ada yang bertanya, penting ke untuk mengetahui nilai BMI ini? 

    Hakikatnya mengetahui nilai Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan dapat memudahkan individu menentukan sama ada berat badan yang dimiliki adalah seimbang atau tidak.

    Sekiranya nilai BMI anda tidak sesuai dengan ketinggian dan nisbah berat badan, ia menandakan anda mempunyai berat berlebihan atau kurang berat badan

    Sudah tentu keadaan ini cenderung mendedahkan anda kepada risiko masalah kesihatan kronik. Kenapa?

    Jika nilai BMI adalah tinggi, anda berisiko untuk menghidap penyakit seperti darah tinggi, diabetes atau penyakit jantung.

    Manakala, jika nilainya terlalu rendah, wujud kemungkinan untuk berdepan masalah kesihatan seperti penurunan daya tahan badan terhadap jangkitan, keletihan kronik ataupun masalah anemia

    Ini membuktikan mengetahui cara kira BMI akan dapat membantu mengenal pasti berat badan ideal untuk anda, sekali gus menurunkan risiko terdedah kepada sebarang masalah berkaitan kesihatan.

    Mengetahui cara kira BMI

    Bagi memulakan cara kira BMI, anda perlu mengetahui jumlah berat badan dalam nilai kilogram (KG) dan ketinggian dalam nilai meter (M).

    Kaedah pengiraannya adalah seperti:

    Berat badan: 55 kg

    Ketinggian: 155 cm (1.55m)

    Pengiraannya: 55 / (1.55 x 1.55) = 22.9

    Ini bermakna nilai BMI adalah 22.9. Anda juga boleh mencuba membuat pengiraan nilai BMI anda melalui Kalkulator Indeks Jisim Badan Hello Doktor.

    Anda sudah mendapat nilai BMI anda, jadi apakah makna nilai tersebut? Adakah ia sesuai dengan ketinggian dan berat anda? 

    cara kira bmi

    Kategori nilai BMI

    Untuk mengetahui sama ada sesuai atau tidak nilai yang diperolehi, anda boleh melakukan semakan mengikut kategori BMI berdasarkan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

    BMI <18.5

    Ini bermakna anda mempunyai masalah kurang berat badan. Ia boleh mendatangkan risiko kesihatan yang serius jika dibiarkan.

    Sebaiknya lakukan pemeriksaan dan dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan untuk membantu anda mendapatkan berat badan ideal.

    BMI 18.5 – 22.9

    Berat badan anda adalah normal dan sesuai dengan diri. Namun itu tidak bermakna anda boleh bersenang-lenang. 

    Sebaliknya anda perlu memastikan berat anda terus berada dalam nilai BMI ini dengan melakukan aktiviti fizikal dan menjaga aspek pemakanan.

    BMI 23 – 26.9

    Amaran awal! Anda mempunyai berat berlebihan dan terdedah dengan risiko untuk menghidap masalah kesihatan diabetes jenis 2 dan penyakit kritikal lain. 

    Dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor mahupun pakar pemakanan bagi membolehkan anda memperolehi berat badan ideal.

    Penting untuk anda lakukan perubahan amalan gaya hidup!

    BMI >27

    OBESITI! Dengan berat badan ini, ia akan meningkatkan kecenderungan serta risiko untuk mengembangkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes jenis 2 serta penyakit berkaitan jantung.

    Lebih membimbangkan keadaan anda ini akan mengurangkan kualiti kehidupan secara keseluruhan. Adakah itu yang anda mahukan?

    Anda disarankan untuk melakukan rundingan dan nasihat dengan pakar pemakanan serta kesihatan bagi mendapatkan berat badan ideal

    Ubah gaya hidup anda sekarang!

    Nilai kategori BMI ini adalah sesuai digunapakai oleh individu lelaki dan wanita dewasa, berusia 18 – 64 tahun.

    Jadi bagaimana pula cara kira BMI bagi kanak-kanak dan juga remaja?

    Cara kira BMI kanak-kanak & remaja

    Mengetahui nilai BMI si kecil pastinya akan membantu untuk menentukan sama ada tumbesarannya berada pada tahap yang sesuai atau sebaliknya mengikut peringkat usia

    Pengiraannya sama iaitu melibatkan berat (kg) dan tinggi. Cuma anda perlu merujuk carta graf yang berbeza.

    Berikut adalah graf BMI untuk rujukan anda:

    Graf BMI bayi lelaki 0 bulan hingga 2 tahun

    cara kira BMI
    sumber: myhealth.gov.my

    Graf BMI bayi perempuan 0 bulan hingga 2 tahun

    cara kira BMI
    sumber: myhealth.gov.my

    Graf BMI kanak-kanak lelaki 2 hingga 5 tahun

    cara kira BMI
    sumber: myhealth.gov.my

    Graf BMI kanak-kanak perempuan 2 hingga 5 tahun

    cara kira BMI
    sumber: myhealth.gov.my

    Graf BMI kanak-kanak dan remaja lelaki 5 hingga 19 tahun

    cara kira BMI

    Graf BMI kanak-kanak dan remaja perempuan 5 hingga 19 tahun

    cara kira BMI
    Kategori nilai BMI anak

    Berdasarkan carta graf tersebut, ia menunjukkan kategori nilai BMI anak, iaitu:

    • PUTIH, ia bermakna anak mempunyai berat badan normal dan sesuai dengan ketinggian serta tumbesarannya
    • KUNING, ia bermakna anak mempunyai risiko untuk mengalami masalah berat badan berlebihan atau berat badan yang kurang
    • MERAH, ia bermakna anak mempunyai masalah lebih berat badan atau kurang berat badan
    • HIJAU, ia bermakna anak mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti

    Cara kira BMI wanita mengandung

    Pertambahan berat badan semasa berbadan dua bagi setiap wanita adalah berbeza. 

    Tetapi sebaiknya bagi wanita mengandung, anda disarankan untuk menggunakan cara pengiraan nilai Indeks Jisim Badan berikut bagi memantau dan mengawal pertambahan berat badan dengan lebih mudah.

    BMI <18.5

    Wanita dengan purata berat dalam kategori ini perlu mendapatkan pertambahan berat antara 12.5 hingga 18 kg sepanjang tempoh kehamilan

    BMI 18.5 – 24.9

    Bagi kategori ini, dicadangkan untuk menambah berat kira-kira 11.5 – 16 kg

    BMI 25.0 – 29.9

    Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan perlu memastikan pertambahan berat dalam lingkungan 7 – 11.5 kg sahaja

    BMI >30

    Bagi individu dalam kategori ini, pastikan berat anda bertambah tidak lebih daripada 5 – 9 kg sahaja atau anda terdedah kepada risiko penyakit kronik semasa hamil. 

    Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini. 

    Menjamin kehidupan lebih baik

    Apabila anda mengetahui nilai BMI, terutamanya jika ia berada dalam kategori berat berlebihan atau obes, sudah tentu anda akan cuba untuk mengubah gaya hidup dan cara pemakanan, bukan?

    Keadaan ini sudah tentu akan membantu anda untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan