Anda Ada BANYAK Bulu Dubur? Jangan Malu, Ini 3 Cara Betul Buangnya Dengan Mudah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/04/2020 . 3 minit bacaan

Di saat anda klik pautan artikel ni, mesti anda sedang sakit perut menahan ketawa bukan? Ya, tajuknya memang sangat lucu.

Masa penulis buat kajian untuk menulis artikel ni pun, rasa macam mahu gelak sahaja di depan komputer riba ini.

Berbalik kepada topik, tahukah anda bahawa memang terdapat cara buang bulu dubur yang betul? Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel ini!

Normal atau tidak ada bulu dubur?

Sebelum itu, kita semua perlu tahu dulu perkara yang paling penting ini. Jawapannya adalah ya, ia memang normal untuk individu mempunyai bulu pada dubur. Jadi, usah anda berasa keseorangan.

Cuma, jangan sampai ia jadi hutan belantara pula. Ini dia teknik yang anda boleh lakukan untuk membuangnya:

Teknik buang bulu dubur yang sementara

bulu

#1. Shaving

Anda boleh mencukurnya dengan cara paling biasa iaitu mencukurnya menggunakan pencukur.

Disebabkan ruang pada lubang dubur sangat kecil dan memang sukar untuk melihat dan mencapai kawasan yang hendak dicukur, anda perlu lebih berhati-hati. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Basuh lubang dubur menggunakan air dan sabun
  • Sapu krim atau gel pencukur pada kawasan tersebut
  • Angkat sebelah kaki dan rehatkannya pada tempat yang lebih tinggi serta kering (supaya tidak tergelincir)
  • Guna sebelah tangan untuk menarik pipi punggung agar lubang dubur lebih terdedah
  • Cukur dengan cermat dan perlahan menggunakan mata pisau pencukur yang tajam
  • Bilas sehingga diyakini bersih dan keringkan

#2. Waxing

Teknik ini akan membantu anda menarik keluar bulu pada dubur sehingga ke akarnya. Jadi, ia akan memakan masa yang lebih lama untuk tumbuh – sekitar 2 ke 4 minggu.

Ia agak sukar untuk dilakukan melainkan anda mengupah pakar untuk melakukannya bagi pihak anda. Namun, ia masih boleh dilakukan sendiri. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Mandi dan basuh lubang dubur menggunakan air suam
  • Pastikan panjang bulu dubur berukuran sekitar 1/4 inci. Jika lebih panjang, potong ia dengan gunting kecil terlebih dahulu
  • Sapu natural wax di kawasan tersebut
  • Tampal waxing cloth atau muslin strip di kawasan tersebut
  • Tunggu sehingga beberapa saat untuk wax mengeras
  • Cabut ia dengan cara menyentap untuk menarik keluar bulu dubur sehingga ke akarnya

#3. Krim membuang bulu

Kini, sudah banyak krim membuang bulu dijual di pasaran, bukan? Ia adalah terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak.

Ini kerana ia mungkin akan mengakibatkan alahan atau iritasi pada bahagian kulit yang disapu. Jadi, dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.

Teknik buang bulu dubur yang kekal

bulu

#1. Laser

Teknik ini menggunakan sinaran laser yang berkuasa tinggi untuk menghancurkan folikel rambut pada mana-mana bahagian tubuh badan.

Ia juga boleh digunakan pada dubur. Meskipun ia dilabel sebagai teknik pembuangan bulu secara kekal, hasilnya mungkin hanya boleh dilihat selepas beberapa sesi rawatan.

Kos untuk membuat rawatan ini agak mahal dan masa yang diambil juga agak lama bergantung kepada kawasan bulu yang hendak dibuang. Ia juga mungkin agak menyakitkan.

Tembakan laser itu akan terasa seperti kulit punggung anda dijentik dengan gelung getah. Selain itu, ia juga mungkin akan mengakibatkan infeksi dan parut jika tidak dijaga dengan betul.

#2. Elektrolisis

Teknik ini menggunakan arus elektrik yang mengalir melalui jarum kecil ke dalam folikel rambut untuk menghancurkannya.

Sama seperti rawatan laser, teknik ini juga memerlukan anda untuk menghadiri beberapa sesi susulan sebelum ia berjaya sepenuhnya.

Namun, ia juga agak mahal dan agak lama untuk dilakukan, bergantung kepada kawasan bulu yang hendak dibuang.

Dalam erti kata yang lain, kedua-dua teknik pembuangan bulu secara kekal ini mempunyai banyak kesan sampingannya. Selain itu, kos dan masa untuk membuatnya juga adalah lebih tinggi dan lama. Jadi, adakah anda masih mahu melakukannya?

Ia terpulang kepada anda. Jika tidak mahu, teknik yang sementara juga tiada masalah, bukan?

Konklusi

Kesimpulannya, memang terdapat cara yang betul untuk membuang bulu dubur sama ada secara kekal atau sementara. Jadi, berhenti ketawa dan gunakan informasi yang bermanfaat ini dalam usaha anda membuang bulu dubur yang mungkin mengganggu keselesaan anda!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

    Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut boleh mula beroperasi pada pkp fasa 3 ini. Namun, adakah ia selamat untuk pergi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

    Adakah dengan melakukan seks anal, maka ia menjadi punca buasir baharu muncul? Atau ia sekadar memburukkan lagi keadaan buasir yang sedia ada?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/03/2020 . 3 minit bacaan

    Umur Masih Muda Tapi Uban Makin Penuh Atas Kepala, Adakah Ia Disebabkan Stres?

    Ada yang pernah mengatakan, rambut beruban tumbuh disebabkan oleh seseorang itu banyak berfikir. Bagaimana jika kami katakan ia disebabkan oleh stres?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Kebotakan, Masalah Rambut Paling Kerap Dialami

    “Alamak, banyaknya rambut yang gugur, lama-lama botak jadinya,” ia situasi biasa bagi individu dengan masalah rambut. Apakah masalah sebenar yang dihadapi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penjagaan/Keguguran Rambut 25/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rambut lanugo

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    fungsi-bulu-kemaluan

    Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/06/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Mesti Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/04/2020 . 3 minit bacaan

    Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/04/2020 . 3 minit bacaan