backup og meta

8 Tip Makan Seorang Diri Tanpa Rasa Lonely, Lebih-Lebih Ketika #StayAtHome Ini!

8 Tip Makan Seorang Diri Tanpa Rasa Lonely, Lebih-Lebih Ketika #StayAtHome Ini!

Makan seorang diri atau bersendirian, merupakan antara perkara yang sering ingin dielakkan, terutamanya individu wanita, kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang yang menyedihkan kerana tidak mempunyai teman ketika makan.

Namun, selaras dengan peredaran masa, makan sendirian tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang menyedihkan. Malah, makan secara sendirian boleh dikategorikan sebagai “me time“, iaitu sesuatu perkara yang dilakukan sebagai menghargai diri sendiri.

Berikut dikongsi beberapa tip untuk makan seorang diri terutamanya di tempat awam:

  1. Mulakan secara perlahan

Jika anda tidak pernah makan sendirian, jadi mulakan dengan sarapan atau minum kopi di kafe, sebelum anda cuba makan malam sendirian. Ia adalah untuk membiasakan diri anda dengan situasi bersendirian. Ini juga untuk mendapatkan keyakinan diri anda.

  1. Restoran

Cuba untuk memilih restoran atau kedai makan yang bukan menjadi tumpuan umum. Ini adalah buat individu yang baru pertama kali ingin mencuba makan secara sendiri. Seeloknya pilih waktu lenggang, sekurang-kurangnya, anda tidak perlu berebut tempat.

  1. Bawa buku, majalah

Buat mereka yang pertama kali ingin makan seorang diri, dicadangkan untuk anda membawa bersama sebarang buku, majalah atau mungkin novel untuk mengelakkan timbul sebarang kejanggalan. Anda mungkin hanya perlukan telefon pintar ataupun laptop dan wifi, memandangkan semuanya kini hanya di hujung jari.

  1. Fokus

Makan sendirian membolehkan anda untuk menumpukan tentang apa yang anda makan. Tiada perbualan, tidak perlu berkongsi atau tidak perlu bertolak ansur tentang apa yang ingin anda makan. Anda hanya perlu menikmati apa yang anda makan.

  1. Kekal solo

Anda mungkin akan terserempak dengan rakan anda ketika ingin makan sendirian di sebuah restoran. Sebolehnya jika anda dijemput untuk menyertai rakan anda, buat penolakan secara sopan dan katakan “Saya ingin menikmati makan secara sendirian, terima kasih.”

  1. Pilihan meja

Makan di tempat yang sesak atau menjadi pilihan ramai mungkin sedikit sebanyak mendatangkan rasa janggal pada diri anda. Jadi pilih meja yang sesuai dan tidak berdepan dengan khalayak. Bukan untuk meminggirkan diri tetapi sekadar untuk memberikan keselesaan pada anda.

  1. Pakaian bersesuaian

Pakaian yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan anda menjadi tatapan umum. Jadi elakkan pakaian yang membuatkan anda menjadi perhatian. Tambahan pula, anda ke restoran untuk makan dan mengisi perut, bukan?

  1. Berhenti membuat andaian

Tidak perlu membebankan fikiran dengan merasakan individu lain yang berada di restoran sedang memerhatikan anda, kasihan anda. Mereka mungkin sedang sibuk melihat menu dan langsung tidak menghiraukan kehadiran anda. Jadi berhenti untuk fikir secara berlebihan, nikmati makanan anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

‘Table for one?’ should not be an insult

https://edition.cnn.com/travel/article/solo-dining-restaurant/index.html / Accessed on Feb 4, 2019.

 

Why Are We So Scared To Eat Alone In Public ?

https://medium.com/@milarangie/why-are-we-so-scared-to-eat-alone-in-public-e56008683ec7  / Accessed on Feb 4, 2019.

 

Why do people avoid eating alone and why do others feel sorry for someone who does?

https://www.quora.com/Why-do-people-avoid-eating-alone-and-why-do-others-feel-sorry-for-someone-who-does / Accessed on Feb 4, 2019.

 

How to eat alone in public

https://www.theglobeandmail.com/life/relationships/how-to-eat-alone-in-public/article570319/ /Accessed on Feb 4, 2019.

 

6 Tips For Eating Out Alone, Because There’s Nothing Embarrassing About It

https://www.bustle.com/p/6-tips-for-eating-out-alone-because-theres-nothing-embarrassing-about-it-8723103 /Accessed on Feb 4, 2019.

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Yang Terbaik Untuk Makan Probiotik, Sebelum Atau Selepas Makan?

Bahaya Polisterin! Ketahui 5 Sebab Anda Perlu Elak Guna Bekas Polisterin Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan