backup og meta

Alahan Makanan, Berlaku Apabila Tubuh Badan Menganggap Makanan Itu Bahaya?

Alahan Makanan, Berlaku Apabila Tubuh Badan Menganggap Makanan Itu Bahaya?

Jika anda makan sesuatu yang pedas dan mengalami cirit birit, itu adalah reaksi atau tindak balas badan terhadap bahaya alahan makanan yang tidak melibatkan sistem imun.

Ia dikenali sebagai intoleransi makanan. Alahan makanan pula adalah sesuatu yang berbeza. Apakah sebenarnya alahan makanan itu? Dan benarkah ia bahaya?

Bahaya alahan makanan!

Alahan ini berlaku kerana tubuh badan menganggap sesuatu makanan itu sebagai ancaman yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri.

Apabila anda memakan sesuatu, walaupun dalam kuantiti kecil, yang menyebabkan alahan, sistem imun bertindak balas untuk melindungi anda.

Ia mungkin mengakibatkan anda mendapat ruam kulit ringan atau mata menjadi gatal, malahan anda berkemungkinan berdepan risiko lebih besar seperti gangguan pernafasan.

Bahaya alahan makanan ini biasanya terjadi dalam kalangan bayi atau kanak-kanak.

Tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa pada mana-mana peringkat usia.

bahaya alahan makanan

Anda boleh mengalami alahan terhadap makanan yang selama ini anda telah makan tanpa sebarang masalah.

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami alahan makanan, anda juga berpotensi untuk mengalaminya.

Bahaya alahan makanan ini boleh menjadi sesuatu masalah kesihatan yang serius.

Adakah anda merasakan anda mengalami alahan makanan? Mari kita semak senarai makanan yang berpotensi menyebabkan alahan.

Contoh alergi makanan yang wujud

Terdapat pelbagai makanan yang boleh menyebabkan munculnya masalah alahan ini.

Tetapi 8 makanan berikut antara makanan umum pencetus alahan:

  1. Susu (biasanya pada kanak-kanak)
  2. Telur
  3. Kacang tanah
  4. Kekacang dari pokok seperti walnut, badam, pecan
  5. Ikan (kebanyakan pada individu dewasa)
  6. Soya
  7. Gandum
  8. Kerangan (biasa berlaku kepada individu dewasa)

Berikut adalah senarai yang berkemungkinan untuk menyebabkan alahan:

  1. Gelatin
  2. Jagung
  3. Daging
  4. Bijian seperti biji bunga matahari, bijan
  5. Rempah seperti mustard

Gejala umum alahan makanan

bahaya alahan makanan

Reaksi alahan boleh muncul sebaik sahaja anda memakan makanan yang anda alah atau boleh kelihatan selepas beberapa jam makanan dimakan.

Antara simptom yang mungkin dialami adalah seperti:

  • Ruam pada kulit, kulit menjadi merah, kering atau gatal
  • Hidung tersumbat, bersin
  • Mata menjadi gatal, berair atau merah
  • Rasa gatal pada mulut atau tekak
  • Bahagian dalam telinga terasa gatal
  • Rasa tidak selesa pada bahagian dalam mulut
  • Perut tidak selesa, kekejangan, cirit birit
  • Muntah
  • Kesukaran untuk bernafas atau menelan
  • Bengkak pada bibir, lidah atau tekak
  • Rasa lemah, keliru, kepala terasa ringan atau pengsan
  • Dada terasa sakit atau lemah, degupan jantung tidak selari
  • Kulit tampak pucat atau kebiruan
  • Kerap batuk

Sesetengah simptom boleh mendatangkan kesan terhadap keseluruhan badan dan adalah serius dan bahaya sehingga boleh mengancam nyawa.

Reaksi ini dikenali sebagai anaphylaxis dan ia memerlukan rawatan perubatan segera.

Jika anda mempunyai asma dan alahan makanan, risiko untuk anda mengalami anaphylaxis adalah tinggi.

Awas dengan alahan makanan

bahaya alahan makanan

Cara paling mudah untuk menghindari alahan makanan adalah dengan mengelakkan makanan yang menyebabkan alergi makanan.

Tetapi percayalah ia tidak semudah itu!

Ini kerana makanan yang berpotensi menyebabkan alergi makanan mungkin tersembunyi dalam kandungan bahan makanan lain.

Sebagai contoh; makanan yang dibakar atau pastri seperti kek, ia mengandungi telur dan ada kalanya turut terkandung kacang.

Jadi langkah yang terbaik, yang pertama sekali anda harus lakukan adalah membaca label pada setiap makanan yang anda ingin makan atau beli.

Namun, langkah ini juga ada masanya mendatangkan kekeliruan kerana mungkin terdapat bahan yang tidak tertulis dalam senarai, sebagai contoh, emulsifier, adalah tanda terdapat mungkin bahan seperti telur ataupun soya.

Sekiranya anda makan di restoran, anda boleh bertanyakan tentang kandungan bahan jika anda tidak pasti tentangnya.

Berhati-hati dan berwaspada adalah satu cara terbaik untuk menghindari dan mengelakkan bahaya alahan makanan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Food allergy, https://acaai.org/allergies/types/food-allergy, Accessed March 26, 2019.
  2. Food allergy, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/food-allergy/symptoms-causes/syc-20355095, Accessed March 26, 2019.
  3. Food allergy, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/food-allergy/diagnosis-treatment/drc-20355101, Accessed March 26, 2019.
  4. Food allergy, https://www.nhs.uk/conditions/food-allergy/, Accessed March 26, 2019.
  5. Food Allergy 101, https://www.foodallergy.org/, Accessed March 26, 2019.

Versi Terbaru

03/09/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Fakta Alahan Makanan dan Kanak-kanak

4 Cara Mengetahui Anak Mengalami Alahan Makanan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan