Bagaimana Otot Anda Berfungsi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 05/12/2019

Otot merupakan organ yang sangat penting. Tubuh anda mempunyai lebih 600 otot yang mempunyai pelbagai fungsi berbeza seperti mengepam darah, menggerakkan sendi, menghadam makanan, dan membuang air. Sebahagian dari otot ini boleh dikawal atau disebut sebagai sukarela (voluntary) manakala sebahagian yang lain bukan sukarela (involuntary).

Organ ini diperbuat oleh serat (struktur seperti benang) yang bersifat elastik seperti tali getah. Satu otot mengandungi beribu serat otot.

Mengikut jenis, otot dalam tubuh manusia dibahagikan kepada 3: otot lembut, otot kardiak, dan otot skeletal.

Otot lembut (smooth muscle)

Otot ini tidak boleh dikawal atau disebut sebagai bukan sukarela. Isyarat dari otak yang bertanggungjawab mengawalnya tanpa anda sedar. Antara contoh otot ini ialah pada usus dan pundi kencing. Ia akan mengecut dan mengembang mengikut keperluan.

Otot kardiak (cardiac muscle)

Otot istimewa ini menjadi struktur utama bagi jantung. Sama seperti otot lembut, ia tidak boleh dikawal. Fungsi utamanya ialah mengepam darah. Perentak semula jadi yang terletak di dalam jantung mengawal pergerakannya secara automatik.

Otot skeletal (skeletal muscle)

Bercakap mengenai otot, inilah yang anda terbayang dalam fikiran. Semua pergerakan sendi yang anda lakukan semasa berjalan, berlari, dan melompat adalah menggunakan otot ini. Otot yang dingin dibina melalui senaman rintangan juga melibatkan otot yang sama. Berbeza dengan 2 otot di atas, otot ini dalam kategori sukarela dan boleh dikawal.

Bagaimana otot mengecut dan mengendur?

Setiap otot dihubungkan dengan urat saraf. Sebahagian urat saraf tersebut bersambung sehingga ke otak manakala sebahagian yang lain terhenti di urat saraf tunjang.

Isyarat dalam bentuk elektrik dari otak dan urat saraf tunjang dibawa ke otot di persimpangan neuromuskular atau neuromuscular junction (NMJ). Saluran kalsium di NMJ seterusnya terbuka menyebabkan kalsium masuk ke dalam otot sehingga menyebabkan pengecutan. Jika berlaku gangguan pada mana-mana laluan isyarat ini, fungsi otot akan terjejas.

Myelin pada urat saraf bertindak sebagai konduktor yang mempercepatkan penghantaran isyarat sehingga 119 meter/saat. Sebab itulah anda tidak perlu menunggu untuk menggerakkan tangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dalam Keadaan Kekurangan, Diskriminasi Berlaku Lebih Cepat – Kajian

    Menurut kajian yang oleh Cornell University, diskriminasi dan tingkah laku bias lebih mudah berlaku apabila berada dalam keadaan kekurangan atau kegawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Ketahui Mengapa Anda Perlu Tutup Lampu Apabila Tidur

    Cahaya tiruan ketika waktu malam seperti lampu bilik tidur mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh badan. Apakah kesan lampu bilik kepada tidur anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Jangan Percaya 4 Mitos Senaman Ini!

    “Jangan berhenti pergi gim. Nanti otot bertukar jadi lemak!”. Ini adalah mitos senaman. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Fon Telinga Tanpa Wayar Boleh Rosakkan Fungsi Otak? Baca Ini Sebelum Pakai!

    Mungkin eraphone wireless adalah trend masa kini. Namun, ketahuilah bahawa terdapat banyak bahaya fon telinga kepada otak. Sila klik artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020
    masa

    Mudah Lupa? Memori Anda Mungkin Bergantung Kepada Masa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/01/2020
    teh

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020
    koma

    Adakah Pesakit Koma Boleh Dengar Apa Yang Kita Katakan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/11/2019