KUNCI Kebahagiaan Rumah Tangga Adalah Tidur Katil Berasingan Dari Pasangan – Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/04/2020 . 4 minit bacaan

Tidur bersama di atas katil bersaiz king atau queen merupakan simbol kepada kehidupan selepas berkahwin. Walaupun ia kadangkala menjadi tidak selesa, terutamanya jika terdapat persengketaan di antara suami dan isteri, mereka masih tidur bersebelahan. Sebab apa ya? Sebab ia boleh mengukuhkan kasih sayang. Betul ke?

Walau apa jua sebab sekalipun berkenaan dengan tidur bersama, ramai individu bersetuju bahawa jika anda berkahwin, anda seharusnya tidur di atas katil yang sama. Namun kajian terbaru menunjukkan, tidur berasingan (dua katil berbeza) boleh meningkatkan tahap kesihatan dan mengukuhkan hubungan di antara suami isteri.

Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Konsep sleep divorce

Tidur bersendirian bukanlah satu konsep yang asing. Malahan, menurut satu kaji selidik atas talian yang melibatkan 14,000 responden, 60 peratus lebih cenderung kepada idea tidur bersendirian berbanding tidur bersama-sama. 

Perkara ini selaras dengan kaji selidik yang pernah dijalankan oleh National Sleep Foundation di Amerika Syarikat. Menurutnya, 1 daripada 4 pasangan di Amerika tidur di katil yang berasingan atau bilik berasingan.

Jika dilihat pada konsep tidur berasingan, ia seperti mereka tidak menyayangi satu sama lain. Hakikatnya, terdapat situasi di mana tidur berasingan boleh memberikan kebaikan daripada sudut kesihatan terutamanya jika satu pihak mempunyai masalah kesihatan.

Ada individu yang mengigau pada waktu malam, ada yang berdengkur dan ada juga pasangan yang mempunyai gaya tidur yang berlainan. Sebagai contoh, satu suka memeluk dan satu lagi tidak suka dipeluk.

Perkara ini boleh mengganggu tidur individu lain dan seperti apa yang pernah disebutkan dalam konsep kelanjutan usia, tidur merupakan faktor utama yang perlu dijaga kerana ia mempengaruhi kesihatan secara menyeluruh.

Sleep divorce bukanlah satu penceraian perkahwinan meskipun terdapat perkataan divorce yang bermaksud cerai dalam terma tersebut. Ia merupakan situasi di mana pasangan suami isteri tidur berasingan. 

Kajian yang dijalankan oleh Mattress Clarity telah menunjukkan bahawa 31% daripada 3,000 responden mahu mempraktikkan konsep sleep divorce dalam kehidupan mereka. Menurut Dr Mehmet Oz, seorang pakar bedah kardiotorasik yang juga merupakan personaliti televisyen, jika tidur tidak dijaga, ia bakal merosakkan perkahwinan anda.

Kesan tidak cukup tidur terhadap hubungan suami isteri

katil

Pada tahun 2005, Dr Neil Stanley, seorang pakar tidur telah menjalankan satu kajian berkenaan dengan gangguan sewaktu tidur dalam kalangan pasangan suami isteri. Subjek yang terlibat akan dipasangkan dengan peranti yang dapat memantau pergerakan sewaktu tidur dan memberitahu pengkaji jika pasangan terjaga.

Menurutnya, pergerakan satu pasangan ketika tidur akan menyebabkan pasangannya turut bergerak. Perkara ini boleh mengganggu waktu tidur seseorang malahan ⅓ gangguan sewaktu tidur berpunca daripada pasangan anda.

Jika dilihat dari sudut hubungan antara suami isteri, masalah tidak cukup tidur kronik boleh menyebabkan permasalahan berkaitan hubungan tersebut. Pada tahun 2016, analisis yang dikeluarkan bagi melihat semula kajian berkenaan dengan topik ini menunjukkan bahawa mereka yang mengalami gangguan tidur kebiasaannya mempunyai masalah hubungan.

Ia juga disokong oleh kajian lain pada tahun 2010 oleh Wendy et al yang menyatakan bahawa kualiti tidur yang tidak elok mempunyai kaitan dengan peningkatan pada kadar penceraian. Jelas di sini menunjukkan selain daripada mempengaruhi kesihatan am, tidak cukup tidur juga boleh memberikan impak negatif terhadap keintiman hubungan suami isteri.

Menurut Dr Stanley lagi, selain daripada kesan negatif yang disebutkan di atas, kualiti tidur yang tidak baik juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan, kencing manis jenis 2, kemurungan dan peningkatan pada risiko kemalangan jalan raya.

Kesan tidak cukup tidur boleh menyebabkan fungsi badan pada tahap sel terganggu memandangkan ia mempunyai jam dalaman yang tersendiri. Jika tidur merupakan komponen penting dalam mengekalkan kehangatan rumah tangga, maka ia perlu diberi perhatian sepenuhnya.

Hubungan seks lebih spontan

Adakah dengan penetapan tempat tidur berasingan akan memberikan kesan negatif terhadap perkahwinan seseorang? Tidak semestinya. Malahan, mereka yang tidur berasingan kebiasaannya mengalami hubungan kelamin yang lebih spontan.

Menurut Dr Stanley, apabila pasangan suami isteri tidur berdua, hubungan seks kebiasaannya berlaku kerana itu merupakan waktu privasi bagi mereka berdua. Namun, jika dilihat pada konteks kerelaan, waktu tersebut tidak semestinya ideal dari segi emosi dan fisiologi untuk melakukan hubungan seks.

Professor Hilary Hinds yang merupakan pengkaji dari Universiti Lancaster telah menerangkan di dalam bukunya bahawa, sebelum tahun 1950-an, tidur berasingan merupakan pilihan utama bagi golongan atasan dan golongan pertengahan. Ia berasaskan konsep penyebaran penyakit pada waktu tersebut (era Viktorian) yang menyatakan ia tersebar melalui udara yang tidak baik.

Walaupun pemahaman terhadap topik tersebut (cara penyebaran jangkitan) berubah mengikut kajian semasa, konsep tidur berasingan tidak hilang sama sekali. Malah, kini, masih terdapat rumah yang mempunyai dua bilik master yang dihuni oleh suami dan isteri secara berasingan.

Apabila tiba masa untuk melakukan hubungan seks, mereka akan bersama di dalam salah satu bilik tersebut. Hmm, bagaimana jika saya tidak mampu untuk membeli dua katil atau dua bilik dalam rumah saya?

Pastikan anda membeli katil yang sekurang-kurangnya mempunyai kelebaran sepanjang 6 kaki. Ia membolehkan anda untuk menikmati keluasan yang lebih kurang sama dengan dua katil kecil. 

Jika anda sedar, konsep yang sering ditunjukkan dalam filem Jepun berkenaan dengan cara tidur juga menggunakan futon yang berasingan. Satu untuk suami, dan satu untuk isteri. Jika anda tidak berkongsi tidur, mengapa anda perlu berkongsi katil, kan?

Konklusi

Tidur merupakan komponen kesihatan yang boleh mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan yang menentukan tahap kualiti hidup anda. Kajian telah menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan dan masalah dalam perhubungan intim suami dan isteri. 

Pemilihan berkenaan dengan jenis katil yang sesuai perlulah dibuat oleh pasangan tersebut. Jika kedua-duanya suka untuk tidur bersama, atas satu katil, jangan pula anda beli dua katil yang berasingan. Namun jika anda ingin mencuba, tiada salahnya. 

Ia baik untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Jika anda berasa ragu atau mempunyai sebarang persoalan, ajukan kepada golongan profesional.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dianggap Lemah & Lesu, Kenapa Ramai Orang Muda Sekarang Perlukan Bantuan Seksual?

    Bersempena Hari Belia Antarabangsa 2020, kami ingin mengutarakan satu isu tentang ramai orang muda yang ada masalah seksual. Jom ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

    Pernahkah anda terfikir bahawa apa perlu dibuat jika berlaku situasi suami isteri bersetubuh dan terkantoi dengan anak? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    “Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

    Umum sudah tahu bahawa hepatitis b adalah penyakit yang berbahaya. Persoalannya, bolehkah penderita berkahwin? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan ‘Yoni’ Ini!

    Adakah anda sebagai wanita ada masalah sukar terangsang ketika beraksi di ranjang? Sudah cuba buat urutan yoni? Jika belum, klik artikel ini untuk belajar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    selepas berkahwin

    Ghairah Isteri Menurun Selepas Sekian Tahun Berkahwin? Ini Puncanya Wahai Cik Abang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    penutup telinga untuk tidur

    Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    tips seks

    Terangsang Bila Pasangan Bisik Nama Anda Ketika Beraksi? Ini Sebabnya Perlu Buat Lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    definisi hubungan seksual

    Kajian Kata Ada Banyak Sebab Individu Bersenggama, Rupa-rupanya Bukan Hanya Sekadar Tuntutan Nafsu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan