Tip Menyingkirkan Bintik Hitam (Blackhead)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 mins read

Blackhead atau bintik hitam adalah masalah kulit yang bukan sahaja berlaku kepada remaja tetapi juga terhadap orang dewasa. Penyingkiran blackhead meninggalkan lubang pada kulit dan membuat anda kurang yakin. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk membantu mengurangkan dan mencegah jerawat blackhead.

Apa itu blackhead?

Blackhead adalah sejenis jerawat yang biasanya muncul pada kawasan wajah seperti hidung, dahi, dan pipi. Ia terdiri daripada plak sebum dalam folikel liang roma yang menggelap disebabkan pengoksidaan.

Cara untuk menghilangkan bintik hitam:

Tentukan jenis kulit anda

Anda perlu mengetahui jika anda mempunyai kulit berminyak, biasa, kering atau kombinasi untuk memilih produk penjagaan kulit yang betul. Sesetengah orang mempunyai jenis kulit sensitif jadi  mereka perlu memilih produk yang dibuat untuk kulit sensitif. Menggunakan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai boleh menyebabkan penyumbatan liang yang menyebabkan blackhead.

Mengewap

Sebelum menarik jerawat anda keluar, liang pori perlu dilonggarkan. Oleh itu, mengewap adalah langkah bijak untuk dilakukan sebelum mengeluarkan blackhead. Didihkan air dengan sekeping lemon dan halia kemudian tuangkannya ke dalam mangkuk besar. Wapkan wajah anda dalam sepuluh hingga lima belas minit dengan menutup kepala untuk menghalang stim. Namun, hati-hati kerana jika muka terlalu dekat dengan permukaan air boleh menyebabkan terbakar.

Jangan memicit

Untuk beberapa sebab, kebiasanya orang memicit blackhead untuk mengeluarkannya. Ini adalah cara yang buruk untuk merawat kulit anda kerana memicit akan menyebabkan keradangan dan jangkitan kulit. Kaedah ini juga tidak akan menghalang blackhead kembali.

Rujuk doktor jika simptom-simptom menjadi semakin teruk

Dalam sesetengah kes, anda harus memastikan kulit diperiksa oleh doktor. Faktor-faktor luaran seperti pencemaran udara atau sel-sel kulit mati bukan satu-satunya sebab yang menyebabkan blackhead tetapi juga faktor-faktor dalaman seperti hormon. Doktor boleh melakukan pemeriksaan perubatan untuk mengetahui tahap keseriusan jerawat anda dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai untuk kulit anda.

Pastikan kulit anda bersih

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Terdapat banyak cara untuk memastikan kulit anda bersih untuk mengelakkan penampilan blackhead. Basuh wajah anda apabila anda bangun dan sebelum anda tidur untuk membuang kumpulan minyak yang boleh menyebabkan jerawat. Sekiranya anda memakai solekan setiap hari, maka anda perlu menggunakan produk membersihkan solekan untuk memastikan kulit anda bersih.

Penampilan fizikal adalah faktor penting dalam keyakinan diri, oleh itu, ingatlah untuk menjaga kulit anda daripada bintik hitam dan jerawat supaya anda kekal gembira dengan penampilan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penjagaan Kuku, Penting Untuk Cegah Masalah Kuku

    Aspek penjagaan kuku sering kali dianggap remeh. Tetapi kuku yang tidak terjaga berisiko untuk mengalami masalah kuku. Apakah masalah yang mungkin berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 25/11/2019 . 3 mins read

    10 Cara Untuk Hilangkan Bekas Jerawat, Barulah Kulit Nampak “Flawless”!

    Masalah jerawat berlaku kepada anda? Anda terfikir apakah cara hilangkan bekas jerawat? Kesemua masalah yang berlaku pasti ada kaedah penyelesaiannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2019 . 3 mins read

    Penyakit Autoimun: Kesilapan Sistem Imun Menyerang Sel Sihat Tubuh

    Penyakit autoimun adalah serangan sistem imum terhadap tubuh dan lebih daripada 80 jenis penyakit autoimun memberi kesan kepada pelbagai bahagian tubuh.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 03/04/2019 . 2 mins read

    Manfaat Luar Biasa Terapi Air Untuk Kelembapan Kulit

    Menyesuaikan diri anda dengan terapi air boleh membantu anda untuk mengekalkan kelembapan kulit tanpa perlu berbelanja secara berlebihan untuk produk kosmetik dan alat solek hanya untuk meremajakan wajah anda. Rahsia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    pimple-patch-atasi-masalah-jerawat

    Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 mins read
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 mins read
    kencing manis

    Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2020 . 4 mins read
    keadaan kulit

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 26/12/2019 . 4 mins read