MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Jika anda sering bersenam di kawasan rekreasi seperti sekitar tasik atau hutan rekreasi, mungkin ia bukanlah satu isu yang kami ingin ketengahkan. Tetapi jika anda adalah salah seorang yang sering bersenam di kawasan bandar yang sibuk atau di tepi-tepi jalan, anda mungkin perlu membaca pendedahan yang kami sediakan ini. Ia berkenaan udara kotor dan kesannya membuatkan rambut mudah gugur.

Zarah pencemar buat rambut mudah gugur

rambut mudah gugur

Sekumpulan penyelidik dari Korea Selatan mencadangkan agar lebih baik untuk kita bersenam secara indoor berbanding outdoor. Ini kerana ia ada kaitannya sebagai penyebab rambut mudah gugur.

Mengapa? Ini selepas kumpulan penyelidik ini mengkaji kesan bahan zarah atau partikel bahan pencemar yang terhasil daripada pelbagai sumber antaranya bahan bakar kenderaan dan pembakaran kayu.

Apa yang mengejutkan, apabila saintis ini mendedahkan sel folikel rambut manusia kepada bahan zarah melalui ujian di dalam makmal, mereka mendapati zarah tersebut telah mengurangkan tahap protein folikel rambut yang berfungsi untuk pertumbuhan rambut. Ia kemudiannya menjadikan rambut mudah gugur.

Para pengkaji ini telah membentangkan hasil kajian mereka di European Academy of Dermatology and Venereology Congress di Madrid, Sepanyol. Mereka menyatakan, salah satu cara untuk mengurangkan kejadian rambut mudah gugur adalah dengan cara mengurangkan aktiviti bersenam di tepi-tepi jalan yang sibuk. 

Udara tercemar penyumbang penyakit kronik

rambut mudah gugur

Selain itu, banyak kajian lain juga telah mendapati bahawa kualiti udara yang teruk turut menyumbang kepada tahap kesihatan yang lebih membimbangkan dan serius. Ia bukan sahaja berkenaan soal rambut mudah gugur, tetapi keadaan kesihatan yang jauh lebih serius daripada itu.

Menurut Profesor Ian Colbeck dari University of Essex, United Kingdom, kualiti udara yang teruk berkait rapat dengan peningkatan kes-kes asma, bronkitis yang kronik, penyakit jantung kronik, strok dan dementia. 

Selain itu, Harriet Edwards, yang berkhidmat di British Lung Association turut menyatakan, pencemaran udara turut meningkatkan risiko kes kanser paru-paru dan boleh membantutkan perkembangan paru-paru kanak-kanak.

Pencemaran udara juga telah dikaitkan dengan 36,000 kematian dalam tempoh setahun di United Kingdom berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2018 oleh King’s College London.

Menurut Dr. Audrey de Nazelle, pensyarah pengurusan pencemaran udara di Imperial College London, senaman boleh mengimbangi kesan berbahaya yang disebabkan oleh pencemaran dengan cara mengurangkan keradangan yang disebabkan olehnya dan meningkatkan sistem imun.

Walau bagaimanapun, jika kita bersenam, kadar pernafasan kita akan meningkat, dan ini menyebabkan kita menghirup lebih banyak udara yang tercemar ke dalam paru-paru. 

Adakah bermakna lebih baik untuk saya bersenam secara indoor?

rambut mudah gugur

Bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan paru-paru seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik atau COPD, jawapannya adalah ya terutamanya jika tahap pencemaran udara luar semakin meningkat.

Menurut Harriet Edwards, bernafas dalam udara yang kotor boleh menyebabkan simptom seperti iritasi pada laluan udara, rasa sesak nafas dan batuk-batuk.

Terdapat juga kes yang lebih teruk apabila seseorang yang mempunyai masalah berkaitan paru-paru dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat pendedahan terhadap udara yang tercemar.

Menurut Profesor Colbeck pula, kesemua individu perlu menghadkan tempoh aktiviti senaman di luar rumah apabila tahap pencemaran udara berada pada kadar yang tinggi untuk mengelakkan sebarang risiko terhadap kesihatan.

Kesimpulan

Bagi mereka yang kerap bersenam di luar, pastikan tahap udara kekal pada ukuran yang selamat sebelum anda memulakan rutin senaman anda.

Jika berlaku sebarang bencana seperti jerebu, adalah lebih baik untuk anda bersenam secara indoor sahaja. Jangan sesekali membawa kanak-kanak kecil keluar rumah dengan kerap kerana kanak-kanak adalah antara golongan yang mudah terjejas akibat daripada hirupan udara yang kotor dan tercemar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Keluarga Sihat & Bahagia? Jaga 5 Aspek Persekitaran Penting Ini: Hari Alam Sekitar Sedunia -5 Jun

Bagaimana tahap kesihatan persekitaran memberi impak kepada kualiti hidup? Apa kaitannya persekitaran dengan kesihatan manusia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 04/06/2020 . 3 minit bacaan

Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut boleh mula beroperasi pada pkp fasa 3 ini. Namun, adakah ia selamat untuk pergi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

Umur Masih Muda Tapi Uban Makin Penuh Atas Kepala, Adakah Ia Disebabkan Stres?

Ada yang pernah mengatakan, rambut beruban tumbuh disebabkan oleh seseorang itu banyak berfikir. Bagaimana jika kami katakan ia disebabkan oleh stres?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

Sukan tinju adalah aktiviti lasak yang sangat bagus untuk sistem kardiovaskular. Selain dapat melatih otot, terdapat banyak lagi manfaat sukan tinju!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 09/02/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

rambut lanugo

AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
lampu garam

Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
rambut gugur

Kaum Adam, Sebelum Kepala Hampir Botak, Buat & Elak 10 Benda Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan