10 Cara Merawat Kelemumur di Rumah

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bayangkan anda membuat persembahan di atas pentas dan dikelilingi ramai orang. Anda merasa perlu untuk menggaru kepala anda sedikit. Kemudian anda melihat keruping jatuh di hadapan anda, keruping besar. Anda mula cuak dan berharap tidak siapa melihatnya sambil membuat alasan untuk berundur ke belakang pentas. Anda menggaru kepala anda lagi dan terdapat lebih banyak keruping putih jatuh dan sangat jelas kelihatan. Seseorang yang berpapasan dengan anda menyedarinya dan berkata “Nampaknya, awak mempunyai masalah kelemumur yang teruk, kawan!”

Ketahui tentang kelemumur

Kelemumur adalah keadaan kulit di kepala anda. Kelemumur berlaku disebabkan oleh proses kulit kepala menggelupas lebih cepat lebih cepat daripada yang sepatutnya. Sel-sel kulit lama mati dan meninggalkan tempat untuk yang baru. Jika proses ini dipercepatkan, anda akan mendapati keruping putih yang jatuh di sekitar. Punca kelemumur berbeza daripada kulit kepala kering. Kelemumur berpunca daripada keadaan kulit atau kulat biasa bernama Malassezia yang biasa didapati pada kulit kepala. Apabila keadaan menjadi sejuk, kulit kepala anda mungkin menjadi kering dan dengan itu memburukkan masalah. Sakit atau tekanan juga menyumbang kepada kelemumur.

Kelemumur tidak mempunyai komplikasi yang serius secara fizikal. Dari segi mental, ia boleh menyebabkan pengalaman memalukan. Orang sering mengaitkan kelemumur dengan masalah kebersihan. Ini mungkin tidak benar memandangkan kebersihan hanyalah salah satu daripada sebab-sebab kecil kelemumur. Kelemumur berlaku kebanyakannya disebabkan oleh keadaan kulit. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak mengetahuinya. Seperti senario di atas, jika ada orang yang menyedari keruping putih tersebut, kelemumur pasti dikaitkan dengan memori yang memalukan.

Rawatan Kelemumur

Sudah tentu, terdapat rawatan untuk kelemumur. Di bawah ini adalah 10 rawatan sampingan  untuk kelemumur.

Minyak kelapa – mempunyai ciri-ciri anti-kulat, minyak kelapa membantu menghapuskan apa sahaja reaksi kulat yang terdapat pada kulit kepala anda, serta memberi kelembapan. Gunakan dengan menyapu 3 hingga 5 sudu makan minyak kelapa pada kulit kepala anda sebelum mencuci dengan syampu dan tunggu lebih kurang 1 jam. Kemudian syampu. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan syampu yang sudah mempunyai minyak kelapa.

Cuka Epal Cider – cuka epal cider adalah baik untuk kulit kepala anda memandangkan keasidannya bertindak sebagai pencegahan yis. Campurkan satu perempat daripada cuka epal cider dan satu perempat air kemudian spray pada kulit kepala anda. Tutup kepala dengan tuala selama 15 minit kemudian basuh seperti biasa. Ulang dua kali seminggu.

Baking soda – baking soda boleh membantu dalam merawat kelemumur dengan mengurangkan  masa tindak balas kulat yang menyebabkan kelemumur. Basahkan rambut anda kemudian sapukan soda pada kulit kepala anda untuk beberapa minit. Kemudian basuh.

Aloe vera – ubat untuk rasa gatal yang anda dapati dengan kelemumur. Urut kepala anda dengan aloe vera sebelum mencuci. Ini akan membantu melegakan gatal.

Bawang putih – bawang putih bertindak sebagai pemusnah bakteria. Hancurkan bawang putih dan sapukan ke kulit kepala anda. Anda mungkin mahu mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan baunya. Basuh kepala anda selepas itu.

Minyak zaitun – minyak zaitun mempunyai banyak faedah dan merawat kelemumur adalah salah seorang daripadanya. Letakkan 10 titik minyak zaitun pada kulit kepala anda dan tutup kepala anda dengan topi mandi seketika. Basuh rambut anda pada keesokan harinya. Sebagai alternatif, anda mungkin mahu mencuba syampu dengan minyak zaitun di dalamnya.

Minyak pokok teh – beberapa titik minyak pokok teh boleh mengurangkan kelemumur jika digunakan dengan syampu. Campurkan dengan syampu anda dan cuba sendiri.

Lemon – Sama seperti cuka epal cider, lemon mengandungi keasidan yang membantu mengimbangi pH pada kulit kepala anda. Gunakan dengan mengurut 2 sudu besar jus lemon pada kulit kepala anda kemudian basuh dengan air. Kemudian letakkan 1 sudu teh jus lemon dalam air dan basuh. Amalkan ini setiap hari sehingga keadaan anda bertambah baik.

Aspirin – percaya atau tidak, aspirin dengan asid salisilik di dalamnya boleh merawat kelemumur. Hancurkan 2 aspirin dan campurkan dengan syampu anda. Biarkan selama beberapa minit, kemudian basuh sekali lagi dengan syampu biasa.

Halba – herba ini digunakan untuk mengawal kelemumur kerana sifat antikulat dan melegakan kulit kepala. Gunakan dengan merendam 2 atau 3 sudu besar halba dalam air semalaman, kemudian kisar pada hari berikutnya. Sapukan pada kepala anda dan biarkan beberapa jam kemudian basuh dan syampu rambut anda seperti biasa. Ulangi dua kali seminggu.

Mempunyai keruping putih jatuh ke bahu anda, mungkin menyebabkan tekanan dan memalukan. Walau bagaimanapun, dengan sedikit kesabaran dan konsisten, rawatan anda tidak jauh daripada menampakkan kesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut