10 Khasiat Cuka Epal Yang TAK Disangka, No #5 Paling Seronok, Tak Payah Keluar Duit!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Betul ke khasiat cuka epal ada banyak? Adakah ia benar-benar berkesan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh? 

Semuanya akan dikupas dalam artikel ini. Jom baca!

Apakah sebenarnya cuka epal?

Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat. Sepertimana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).

Cuka epal telah digunakan semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan.

Pahlawan Samurai Jepun turut dikatakan meminum cuka epal untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh mereka.

Apakah khasiat cuka epal terhadap kecantikan dan kesihatan?

Khasiat cuka epal 1: Bantu menurunkan berat badan

Khasiat cuka epal dalam menurunkan berat badan adalah kerana kehadiran asid asetik, yang boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk mencerna kanji.

Apabila hal ini berlaku, lebih sedikit jumlah makanan yang dipecah menjadi kalori dalam aliran darah dan ini boleh memberi kesan kecil terhadap berat badan anda.

Tetapi, terlalu banyak asid asetik dapat merosakkan tekak. Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mencampurkan satu sudu cuka epal dengan kira-kira 250 ml air dan ambil sebelum makan.

Cuka epal boleh menghalang beberapa kanji daripada diserap, walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh memakan apa sahaja tanpa had. 

Khasiat cuka epal 2: Mengekalkan tahap gula darah

khasiat cuka epal

Dengan cuka epal, individu boleh mengelak dari menjadi mangsa diabetes.

Kesan anti-glisemik daripada cuka epal dikaitkan dengan keupayaannya untuk menghalang sebahagian daripada kanji daripada dicerna dan menurunkan paras gula darah anda.

Walau bagaimanapun, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu berkenaan perkara ini.

Persatuan Diabetes Amerika turut menyatakan, pengambilan cuka pada waktu tidur boleh memberi kesan kepada kepekatan glukosa dalam kalangan pesakit yang mempunyai penyakit diabetes jenis 2.

Khasiat cuka epal 3: Merendahkan tekanan darah

Cuka epal membantu mengimbangi tahap pH badan, yang kemudiannya menurunkan tekanan darah.

Cuka epal memecahkan simpanan lemak dan kahak dalam badan dan ini membantu peredaran darah yang lebih baik selain mengurangkan tekanan terhadap dinding arteri.

Ciri-ciri anti-hipertensi cuka epal juga boleh dikaitkan dengan kandungan kaliumnya yang tinggi, berfungsi mengurangkan kesan negatif natrium atau garam pada tekanan darah. 

Khasiat cuka epal 4: Merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian dalam Pakistan Journal of Biological Sciences mendapati, tikus yang diberi cuka mengalami pengurangan LDL (kolesterol jahat) dan mengalami peningkatan HDL (kolesterol baik).

Selain itu, epal juga mengandungi pektin, jenis serat yang didapati menurunkan tahap kolesterol. 

Seperti mana yang kita ketahui, pengurangan kadar kolesterol juga bermakna risiko penyakit jantung adalah lebih rendah.

Menurut satu kajian dalam Harvard School of Public Health, wanita yang menggunakan cuka sebagai dressings salad didapati memiliki risiko penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dressings salad yang lain.

Cuka juga mengandungi kandungan asid klorogenik, antioksidan yang terbukti secara saintifik untuk melindungi individu daripada penyakit jantung.

Dos pektin yang tinggi juga menyumbang secara langsung kepada kesihatan jantung.

Khasiat cuka epal 5: Memutihkan gigi secara semula jadi

Cuka epal juga boleh bertindak sebagai agen pembersih. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan kotoran pada gigi anda tetapi juga membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi tertentu.

Khasiat cuka epal 6: Ada ciri antioksidan

khasiat cuka epal

Cuka epal kaya dengan sebatian bioaktif tertentu seperti asid asetik, catechin, asid gallik, asid kafein, dan lain-lain, yang memberikan sifat antioksidan yang kuat.

Ciri-ciri antioksidan ini menghalang kesan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA sel.

Khasiat cuka epal 7: Membantu merawat candida

Candida adalah yis fungi yang hidup di permukaan kulit. Ia membiak dalam persekitaran berasid yang sering disebabkan oleh pemakanan yang buruk.

Cuka epal mengembalikan keseimbangan pH dalam badan dan ia mewujudkan persekitaran beralkali dan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang bermanfaat.

Bakteria yang sihat ini boleh menyembuhkan candida. Enzim-enzim kaya yang terdapat di dalam cuka epal berfungsi mengawal kehadiran candida.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Brazil yang bertajuk “Antifungal Activity of Apple Cider Vinegar on Candida Species Involved in Denture Stomatitis” yang diterbitkan pada tahun 2015, ciri-ciri antikulat cuka epal boleh bertindak terhadap Candida dan menawarkan manfaat terapeutik.

Khasiat cuka epal 8: Meningkatkan kesihatan dan penampilan rambut

Cuka epal juga mempunyai pelbagai faedah untuk rambut. Pertama, ia meningkatkan keliangan (porosity) iaitu keupayaan rambut untuk menyerap dan mengekalkan kelembapan rambut.

Ia menutup kutikel dan membolehkan rambut mengekalkan lebih banyak kelembapan. Walau bagaimanapun, cuka epal boleh menjadikan rambut mengalami kekeringan.

Oleh itu, anda perlu menggunakan pelembap selepas menggunakannya.

Cuka epal juga boleh membantu merawat kelemumur. Keasidan yang dimilikinya menjadikannya sukar untuk kulat (yang menyumbang kepada kelemumur) untuk berkembang biak pada kulit kepala anda.

Khasiat cuka epal 9: Merawat ketuat

Sapukan cuka epal pada bahagian ketuat dan tutupi kawasan ketuat tersebut dengan menggunakan band-aid. Biarkan ia semalaman dan tanggalkan band-aid pada waktu pagi.

Ulanginya setiap hari, dan anda akan dapat melihat hasilnya dalam tempoh seminggu atau lebih.

Beberapa laporan kajian mencadangkan bahawa penggunaan topikal asid asetik dengan kepekatan tinggi boleh membantu mengurangkan ketuat.

Khasiat cuka epal 10: Bantu melegakan pedih ulu hati dan refluks asid

Pedih ulu hati dan refluks asid sering kali disebabkan oleh asid perut yang terlalu sedikit.

Duka epal yang berasid, memberikan persekitaran asid yang sama seperti di dalam perut dan membantu pemecahan makanan.

Ini boleh membantu mengubati pedih ulu hati atau refluks asid. Cuka epal juga mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh menghalang masalah usus tertentu yang mungkin menyebabkan refluks asid.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    11 Manfaat Cuka Epal Untuk Ibu Hamil – Dah Boleh Mula Cari Di Pasar Raya!

    Cuka epal adalah makanan, perasa, dan bahan semula jadi di rumah yang sangat popular. Ia dihasilkan daripada buah epal yang melalui proses penapaian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/01/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    khasiat epal hijau

    Khasiat Epal Hijau Dapat Turunkan Tekanan Darah Tinggi & Kolesterol, Bolehlah Amalkan Selalu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/12/2019 . 4 minit bacaan
    pisang

    Anda Tahu Pisang Yang Anda Makan Sekarang Lebih Cantik Dari Rupa Asal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2019 . 2 minit bacaan

    Ada Masalah Ekzema Yang Pedih? 5 Bahan Rawatan Ekzema Di Rumah Ini Boleh Bantu Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/03/2019 . 3 minit bacaan

    Tidak Perlu Krim Pemutih, Makan Saja 10 Buah-Buahan Ini Untuk Kulit Cantik! #StayAtHome

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/03/2019 . 3 minit bacaan