Bawang Putih: Sejarah Penggunaan dan Manfaat Kesihatannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Bawang putih menjadi antara bahan yang mesti ada dalam masakan tidak kira masakan Timur mahupun hidangan Barat. Ia merupakan antara bahan masakan yang boleh bertahan lama di dapur anda tanpa anda risaukan sekiranya ia akan rosak ataupun tidak. Bawang ini dimakan dengan pelbagai cara di seluruh dunia, sama ada dicincang dan dimasukkan ke dalam masakan sebagai rencah, dimakan mentah, dijeruk, atau disangai sebelum dimakan. Ia merupakan antara jeenis bahan masakan yang mesti ada dalam hidangan-hidangan di seluruh dunia tanpa mengira hidangan di dunia Timur atau Barat. Baunya yang bersifat aromatik bukan sahaja mewangikan masakan malah menambahkan rasa yang lebih enak. Ikuti artikel di bawah untuk maklumat menarik berkenaan sejarah penggunaan, nutrisi serta manfaat kesihatan yang boleh diperoleh daripada bawang ini.

Sejarah menarik penggunaan bawang putih

Bawang putih telah digunakan di seluruh dunia selama ribuan tahun. Rekod menunjukkan bahawa bawang ini digunakan apabila piramid Giza sedang dibina, iaitu kira-kira 5,000 tahun yang lalu.

Richard S. Rivlin menulis dalam Journal of Nutrition bahawa ahli perubatan Yunani purba Hippocrates (460-370 SM), yang kini dikenali sebagai “bapa perubatan dunia Barat”, menetapkan bawang putih untuk pelbagai keadaan dan penyakit. Hippocrates mempromosikan penggunaan bawang ini untuk merawat masalah pernafasan, parasit, pencernaan yang buruk, dan keletihan.

Atlet Olimpik semasa zaman Yunani purba diberikan bawang ini yang berkemungkinan menjadi contoh yang paling awal sebagai agen peningkat prestasi yang digunakan dalam sukan.

Bermula daripada zaman Mesir Kuno, bawang ini tersebar ke peradaban purba Lembah Indus (Pakistan dan barat India hari ini). Dari Lembah Indus tersebut, ia mula sampai ke Negara China.

Menurut pakar-pakar di Kew Gardens, pusat kecemerlangan botani diraja England, penduduk India kuno menghargai sifat terapeutik bawang ini dan juga menganggapnya sebagai afrodisiak; makanan, minuman, atau benda lain yang merangsang keinginan seksual. Warga kelas atasan mengelakkan bawang ini kerana mereka membenci bau yang kuat daripada bawang ini tersebut, sementara para rahib, janda, remaja, dan mereka yang telah bersumpah atau sedang berpuasa, tidak boleh memakan bawang ini disebabkan oleh kualiti perangsangnya.

Sepanjang sejarah di Timur Tengah, Asia Timur dan Nepal, bawang ini telah digunakan untuk merawat bronkitis, hipertensi (tekanan darah tinggi), TB (tuberkulosis), gangguan hati, disentri, kembung perut, kolik, cacing usus, reumatik, diabetes dan demam. Orang Perancis, Sepanyol, dan Portugis memperkenalkan bawang putih ke Dunia Baharu.

Bawang putih sebagai bayaran upah dan kaitannya dengan agama

bawang putih

Herba dengan rasa yang kuat ini ini adalah salah satu tumbuhan tertua yang ditanam. Ia disembah oleh orang Mesir sebagai tuhan dan digunakan sebagai mata wang tempatan. Seramik tanah liat berbentuk bawang putih diletakkan di makam Mesir Purba tetapi ahli arkeologi tidak pasti sama ada seramik tanah liat tersebut bertujuan sebagai dana untuk kehidupan akhirat atau sebagai berhala untuk menenangkan tuhan-tuhan.

Di samping itu, bawang putih digunakan untuk membayar dan memberi makan pekerja dan hamba di piramid besar. Bawang putih pada ketika itu sangat popular dalam kalangan mereka yang bekerja keras di atas piramid hingga menyebabkan kekurangan bawang ini boleh menyebabkan kerja-kerja terhenti. Kegagalan tanaman bawang ini yang disebabkan oleh banjir Sungai Nil, telah menyebabkan satu daripada hanya dua pemberontakan oleh hamba Mesir yang pernah dicatatkan oleh sejarah.

Walaupun reputasinya untuk menangkis kejahatan dan digunakan sebagai herba perubatan, bawang putih dianggap terlalu kasar dan biasa untuk hidangan warga kelas atasan. Hanya kelas bawahan yang kasar boleh mengisi perut mereka dengan bawang ini. Pendeta-pendeta Mesir purba pula menyembah bawang putih, tetapi secara aktif menghindari memasak dan memakan cengkih wangi.

Budaya lain juga menganggap sifat bawang putih terlalu kuat untuk institusi keagamaan. Orang Yunani yang ingin memasuki kuil Cybele terpaksa lulus ujian nafas bawang putih. Mereka yang mengambil bawang putih tidak dibenarkan masuk.

Apakah bawang putih?

Bawang putih tumbuh di dalam tanah dalam bentuk labu. Pucuk hijau pohonnya yang panjang menghasilkan tangkai bunga yang dipanggil scapes, yang mana ia boleh dimakan.

Ulas bawang ini dilindungi dengan kulitnya yang nipis yang tidak boleh dimakan. Ulas bawang ini sendiri tertutup dalam kulit seperti kertas, dan isi yang berwarna putih kekuningan di dalamnya adalah bahagian bawang ini yang digunakan dalam memasak.

Jika dimakan secara mentah, bawang putih mempunyai rasa yang kuat dan tajam. Atas sebab itu, ia adalah lazim untuk memasaknya dalam beberapa cara sebelum menghidangkannya, yang mengurangkan rasa kuat tersebut dengan ketara. Ia lazimnya digunakan sebagai bahan perasa dalam resipi dan bukan sebagai bahan utama, walaupun bawang putih panggang boleh dimakan sebagai condiment.

Bawang putih adalah herba yang ditanam di seluruh dunia. Ia berkaitan dengan bawang, leek, dan kucai. Bawang putih dipercayai berasal dari Siberia, tetapi menyebar ke bahagian lain di dunia lebih daripada 5,000 tahun yang lalu.

Bawang putih digunakan untuk pelbagai keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah. Keadaan ini termasuklah tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, kolesterol tinggi, kolesterol tinggi yang diwarisi, penyakit jantung koronari, serangan jantung, pengurangan aliran darah akibat penyempitan arteri, dan “pengerasan arteri” (aterosklerosis).

Bawang ini menghasilkan bahan kimia yang dipanggil allicin. Bahan kimia inilah yang menjadikan bawang ini berkesan dalam keadaan tertentu. Allicin juga yang menghasilkan bawang putih. Sesetengah produk dibuat “tidak berbau” dengan cara ageing bawang putih tersebut, tetapi proses ini juga boleh menjadikan bawang putih kurang berkhasiat.

Khasiat pengambilan bawang putih

bawang putih

  • Bawang putih mengandungi sebatian dengan sifat perubatan yang kuat

Penggunaannya didokumentasikan dengan baik oleh banyak tamadun utama, termasuk Mesir, Babilon, Yunani, Rom dan Cina.

Para saintis kini tahu bahawa kebanyakan manfaat kesihatannya disebabkan oleh sebatian sulfur yang terbentuk apabila ulas bawang ini dicincang, dihancurkan atau dikunyah. Mungkin yang paling terkenal daripada bawang ini dikenali sebagai allicin. Walau bagaimanapun, allicin adalah sebatian yang tidak stabil yang hanya hadir sebentar di dalam bawang putih segar setelah dipotong atau dihancurkan. Sebatian lain yang mungkin memainkan peranan dalam manfaat kesihatan bawang ini termasuklah diallyl disulfide dan s-allyl cysteine. Sebatian sulfur daripada bawang ini memasuki tubuh dari saluran penghadaman dan tersebar ke seluruh tubuh, di mana ia memberikan kesan biologi yang kuat.

  • Bernutrisi tetapi mempunyai kalori yang sedikit

Satu hidangan bawang ini sebanyak 1-auns (28 gram) mengandungi:

  • Mangan: 23% daripada RDA
  • Vitamin B6: 17% daripada RDA
  • Vitamin C: 15% daripada RDA
  • Selenium: 6% daripada RDA
  • Serat: 0.6 gram
  • Sejumlah kandungan kalsium, tembaga, kalium, fosforus, besi dan vitamin B1

Bawang putih juga mengandungi pelbagai nutrien lain. Bawang ini mengandungi sebanyak 42 kalori, 1.8 gram protein dan 9 gram karbohidrat.

  • Melawan kesakitan termasuklah selesema

Makanan tambahan bawang putih dikenali bertujuan untuk meningkatkan fungsi sistem imun. Satu kajian besar yang dijalankan selama 12 minggu mendapati bahawa satu suplemen bawang ini setiap hari boleh mengurangkan jumlah selesema sebanyak 63% berbanding dengan plasebo.

Purata tempoh bagi simptom selsema juga berkurangan sebanyak 70%, daripada 5 hari dalam kumpulan yang mengambil plasebo hingga hanya 1.5 hari dalam kumpulan yang mengambil bawang ini. Satu lagi kajian mendapati bahawa dos tinggi ekstrak bawang ini yang telah melalui proses ageing (2.56 gram sehari) mengurangkan bilangan hari mengalami kesakitan dengan selesema atau flu sebanyak 61%.

Walau bagaimanapun, satu sorotan kajian menyimpulkan bahawa pembuktian tidak mencukupi dan lebih banyak penyelidikan diperlukan. Walaupun kekurangan bukti yang kuat, mungkin anda perlu mencuba dengan menambah bawang jenis ini dalam hidangan anda jika anda sering mendapat selesema.

  • Sebatian aktif dalam sayuran ini boleh mengurangkan tekanan darah

Penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok adalah pembunuh terbesar di dunia. Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, adalah salah satu pemacu yang paling penting dalam penyakit ini.

Dos suplemen mestilah cukup tinggi untuk mempunyai kesan yang diingini. Jumlah yang diperlukan adalah bersamaan dengan kira-kira empat ulas bawang ini setiap hari.

  • Bawang putih memperbaiki tahap kolesterol yang memungkinkan penurunan risiko penyakit jantung

bawang putih

Bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan kolesterol LDL. Bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi, suplemen bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan/ atau kolesterol LDL sekitar 10 hingga 15%.

Melihat kepada kolesterol LDL (“buruk”) dan HDL (“baik”) secara khusus, bawang ini kelihatan merendahkan kolesterol LDL tetapi tidak mempunyai kesan pada kolesterol HDL.

Tahap trigliserida tinggi adalah satu lagi faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung, tetapi bawang ini kelihatan tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap tahap trigliserida.

  • Bawang putih mengandungi antioksidan yang boleh menghalang penyakit Alzheimer dan Dementia

Kerosakan oksidatif daripada radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan. Bawang ini mengandungi antioksidan yang menyokong mekanisma perlindungan tubuh terhadap kerosakan oksidatif.

Dos tinggi suplemen bawang ini telah menunjukkan fungsinya dalam meningkatkan enzim antioksidan pada manusia, serta mengurangkan tekanan oksidatif dengan ketara pada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Kesan gabungan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksida, boleh mengurangkan risiko penyakit otak umum seperti penyakit Alzheimer dan demensia.

  • Prestasi atlet boleh dipertingkatkan dengan suplemen bawang putih

Bawang putih adalah salah satu daripada “peningkat prestasi” terawal. Ia secara tradisinya digunakan dalam budaya kuno untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan keupayaan buruh pekerja. Ia turut diberikan kepada atlet Olimpik di Greece purba.

Kajian terhadap tikus telah menunjukkan bahawa bawang ini membantu dengan meningkatkan prestasi senaman, tetapi sangat sedikit kajian terhadap manusia yang telah dilakukan.

Individu yang mengalami penyakit jantung yang mengambil minyak bawang ini selama 6 minggu mengalami penurunan denyutan jantung sebanyak 12% dan mempunyai keupayaan senaman yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap sembilan orang penunggang basikal mendapati tiada sebarang faedah yang diberikan terhadap prestasi mereka. Kajian-kajian lain menunjukkan bahawa keletihan yang disebabkan oleh senaman dapat dikurangkan melalui penggunaan bawang ini.

  • Bawang putih boleh mendetoksifikasikan logam berat dalam tubuh

Pada dos tinggi, sebatian sulfur dalam bawang ini telah terbukti melindungi tubuh daripada kerosakan organ akibat daripada ketoksikan logam berat.

  • Bawang putih berpotensi meningkatkan kesihatan tulang

Tidak terdapat kajian ke atas manusia yang telah mengukur kesan bawang ini terhadap kerapuhan tulang. Walau bagaimanapun, kajian ke atas tikus telah menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan kerapuhan tulang dengan meningkatkan estrogen dalam kalangan wanita.

Satu kajian yang dijalankan terhadap wanita menopaus mendapati bahawa dos harian ekstrak bawang putih kering (bersamaan dengan 2 gram bawang putih mentah) mengurangkan penanda kekurangan estrogen secara signifikan. Ini menunjukkan bahawa suplemen ini mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan tulang pada wanita. Makanan seperti bawang ini juga boleh memberi kesan yang baik terhadap osteoarthritis.

Kesan sampingan bawang putih

bawang putih

Bawang putih bukan sahaja digunakan untuk memasak, tetapi ia juga sering dianggap sebagai ubat. Walau bagaimanapun, seperti semua makanan yang ada, setiap satunya mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri, begitu juga bawang putih, di mana ia turut mendatangkan kesan dari pengambilannya. Berikut kesan sampingan bawang ini yang mungkin tidak anda sedari.

  1. Sakit kepala

Bawang putih jika diambil dalam bentuk mentahnya boleh menyebabkan sakit kepala. Ia tidak menyebabkan sakit kepala di tempat tetapi boleh mencetuskan prosesnya. Seperti pelbagai kajian, memakan bawang putih mentah mungkin merangsang saraf trigeminal untuk membebaskan neuropeptida yang masuk ke penutup selaput otak dan menyebabkan sakit kepala.

  1. Boleh menyebabkan muntah dan pedih ulu hati

Menurut pelbagai kajian pemerhatian, antara kesan sampingan bawang ini yang diambil mentah dalam jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan muntah dan juga pedih ulu hati. Oleh itu, untuk mengelakkannya, anda boleh mengehadkan pengambilan bawang ini.

  1. Ruam kulit

Makan lebihan bawang putih boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan ruam. Bawang ini mengandungi enzim yang dipanggil alliinase, yang biasanya menyebabkan ruam kulit. Adalah sering dinasihatkan untuk memakai sarung tangan semasa memotong bawang ini, kerana enzim yang sama ada di dalamnya boleh menyebabkan ruam dan gatal-gatal.

  1. Nafas berbau, kesan sampingan bawang putih

Kurang penjagaan kebersihan diri bukan satu-satunya penyebab nafas berbau. Terdapat pelbagai bahan kimia dalam bawang ini yang menyumbang kepada nafas berbau. Oleh itu, sebelum anda berfikir mengunyah roti bawang putih kegemaran anda, pastikan anda mempunyai semburan mulut menyegarkan.

  1. Boleh meningkatkan jangkitan faraj

Adalah penting bagi wanita untuk menjaga kesihatan faraj dengan betul. Salah satu perkara yang penting untuk diingat ketika mengalami jangkitan faraj adalah elakkan makan bawang ini kerana ia dapat memburukkan jangkitan yis dengan menjengkelkan tisu lembut faraj.

Kini, anda sudah mengetahui manfaat besar yang boleh diperolehi daripada pengambilan bawang putih. Campurkan penggunaan bawang putih dalam setiap masakan anda kerana ia bukan sahaja meningkatkan rasa dan menyedapkan makanan anda, malah memberikan banyak manfaat kesihatan terhadap diri. Ia sering digunakan sebagai perencah asas bagi masakan samada masakan berat atau ringan. Cukup sekadar menumisnya bersama sedikit garam ataupun sos tiram, dan masukkan sayuran atau sumber protein kegemaran anda. Masakan anda akan menjadi lebih mudah, tetapi hidangan anda masih kekal sedap dan enak. Bawang ini bukan sahaja penting di rak dapur anda, tetapi juga berpotensi meningkatkan kesejahteraan diri anda. Ingat untuk sentiasa makan secara bersederhana dalam apa jua pilihan makanan yang anda ambil. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nafsu Wanita Boleh Naik Jika Makan Bawang Putih? Ini Rupanya Manfaat Yang Kita Tak Tahu!

    Ramai orang kata terdapat banyak manfaat bawang putih untuk wanita sehingga boleh meningkatkan libido. Adakah ia benar? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

    Gong Xi Fa Cai! Ini dia 8 tip makan makanan tradisional Cina secara sihat semasa Tahun Baru Cina nanti. Sila ikuti artikel dan amalkan tip ini ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Perayaan 20/01/2020 . 4 minit bacaan

    Aduh, Waktu Nak Melancong Lah Sembelit Pula! Ini 4 Petua Untuk Hilangkannya

    Bagi mereka yang masih kurang jelas, bercuti sering membuatkan anda mengalami sembelit. Mengapa ini boleh terjadi? Ikuti petua hilangkan sembelit di sini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/11/2019 . 3 minit bacaan

    Bawang Merah dan Bawang Putih Mentah Turunkan Risiko Kanser Payudara, Betul Ke?

    Kajian menunjukkan, mendapat manfaat bawang merah dan bawang putih mentah setiap hari mampu mengurangkan risiko seorang untuk mendapat kanser payudara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/09/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    asid refluks

    Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    perut masuk angin

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
    perut masuk angin

    Lakukan 7 Cara Ini Jika Perut Anda Selalu Masuk Angin, Gerenti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan