backup og meta

Bangkitkan Nafsu Seksual Si Dia Dengan Sentuh 5 Zon Erotik Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2023

    Bangkitkan Nafsu Seksual Si Dia Dengan Sentuh 5 Zon Erotik Ini!

    Setiap suami isteri pasti mahukan hubungan seks yang hangat bukan? Inilah masalahnya untuk anda mengenali zon erotik pasangan. Tidak semua perkara yang dirancang sebelum beraksi di ranjang akan terjadi.

    Ini disebabkan oleh banyak kesilapan seks yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja oleh pasangan. Kesannya, aktiviti di kamar tidur mungkin akan menjadi sedikit hambar.

    Jadi, apa yang perlu dilakukan? Jawapannya adalah dengan mengenal pasangan lebih mendalam lagi. Ketahuilah selok-belok tubuh badan pasangan untuk membuka kunci keghairahan mereka.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui titik hangat pada tubuh badan pasangan bagi membangkitkan nafsu masing-masing!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Zon erotik pasangan yang perlu dirangsang!

    zon erotik

    Mungkin ramai yang tidak tahu setiap manusia tidak kira umur dan jantina mempunyai bahagian erotiknya masing-masing. Apabila kawasan ini dirangsang, maka akan timbullah keghairahan seksual.

    Menurut Kate McCombs yang merupakan pengajar seks dan pengasas Sex Geekdom, menjelajahi tubuh badan pasangan untuk mengenali zon erotik mereka boleh membawa kepada seks yang lebih hangat.

    Anda juga perlu tahu setiap dari kita adalah berlainan dan kawasan ini juga mungkin berbeza mengikut individu. Jadi, cara yang paling tepat untuk mengetahuinya adalah dengan bertanya.

    Pun begitu, terdapat beberapa kawasan erotik umum yang kebiasaannya boleh merangsang setiap individu. Antaranya:

    #1. Kawasan dalaman pinggang

    Pernahkah anda mengusik pasangan dengan menggeletek pada kawasan pinggang dan mereka kelihatan geli dan seronok? Ia adalah sesuatu yang normal kerana bahagian ini sangat tidak biasa disentuh.

    Jadi, cuba lakukan ini sebagai satu kebiasaan kalian. Mulakan dengan sentuh dengan lembut dan perlahan sehinggalah mereka terbiasa dan terangsang dengan sentuhan anda ini.

    Kemudian, apa lagi yang perlu ditunggu? Mula lakukan foreplay dan seterusnya, bercandalah!

    #2. Kawasan leher & tengkuk

    Menurut kajian yang pernah dijalankan dan diterbitkan dalam jurnal Cortex, kawasan ini adalah zon erotik wanita yang lebih utama berbanding puting dan buah dada mereka.

    Jadi, encik suami boleh menggunakan kelebihan anda bermain lidah dan bibir dengan mengucup, mencium, menjilat atau menggigit kawasan leher & tengkuk isteri ketika berasmaradana.

    Sekali-sekala, tidak salah untuk meninggalkan gigitan cinta pada kawasan ini bukan? Ini sudah tentu akan membuatkan mereka lebih teringat dan terbayang diri anda tatkala berada jauh.

    #3. Punggung juga semestinya zon erotik

    Mengapa perlu terkejut? Kawasan ini juga sudah tentu merupakan salah satu daripada titik hangat yang utama pada tubuh badan seorang manusia tidak kira lelaki atau wanita.

    Ini didasari oleh sebab ia berada sangat dekat dengan alat kemaluan kita. Oleh itu, jangan sesekali abaikan punggung pasangan ketika kalian sedang merancang untuk melakukan hubungan seks.

    Cara untuk merangsangnya juga adalah mudah sahaja. Cuma sentuh, raba, picit, ramas dan sekali-sekala tepuklah ia bagai mendodoikan bayi yang mahu tidur. Ia sudah tentu akan membuat pasangan terangsang lantas menghangatkan lagi aktiviti malam jumaat kalian!

    zon erotik

    #4. Kawasan belakang lutut

    Selain bahagian yang telah disebutkan, ketahuilah kawasan belakang lutut juga adalah bahagian erotik yang harus diberi perhatian khusus.

    Ini kerana kawasan lembut ini sangat penuh dengan saraf yang juga tidak biasa disentuh seperti dalaman pinggang. Sentuhan di titik erotik ini sudah pasti akan membangkitkan nafsu pasangan anda.

    Jadi, sentuhlah ia ketika pasangan berdiri di hadapan kalian. Mulakan dengan sentuhan hujung jari, kemudian berikan lebih tekanan dengan menggunakan tapak tangan.

    Jangan terkejut jika mereka mula bertindak di luar kawalan selepas disentuh di kawasan ini ya?

    #5. Bahagian tapak kaki

    Menurut sebuah kajian, terdapat beberapa individu yang akan terangsang secara seksual apabila tapak kaki mereka disentuh atau dijilat. Namun, mereka ini bukanlah dari kalangan foot fetishists.

    Ini kerana golongan foot fetishists akan tertarik kepada kaki seorang, bukan jika kaki mereka sendiri disentuh.

    Walau apapun sebabnya, sudah jelas kawasan tapak kaki juga merupakan antara zon erotik yang perlu kalian rangsang tatkala berasmara dengan pasangan. Jadi, gunakanlah tip ini okay!

    Sebenarnya terdapat banyak lagi kawasan erotik yang lain. Selain itu, golongan wanita dan lelaki juga mungkin sedikit berbeza bergantung kepada individu.

    Oleh itu, berkomunikasilah dengan pasangan mengenai kemahuan dan keinginan seksual masing-masing.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan