Kalau Suami Tak Suka Pakai Kondom, Anda Boleh Pakai Kondom Wanita Untuk Rancang Kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/05/2020

Penggunaan kondom biasanya bertujuan untuk mencegah kehamilan dan mengurangkan risiko penyakit jangkitan kelamin seperti HIV, sifilis, herpes, dan gonorea.

Terdapat pelbagai jenis kondom yang wujud sama ada kondom lelaki mahupun kondom wanita. Kita juga tahu penggunaan kondom sememangnya adalah untuk satu kali penggunaan sahaja.

Setelah digunakan, ia akan dibuang atau dilupuskan. Namun, bagaimana pula dengan kondom wanita?

Kondom wanita boleh diguna kembali?

Kondom lelaki atau sebenarnya kondom luaran perlu dibuang dan dilupuskan setelah digunakan. Ia hanya boleh digunakan untuk sekali pakai sahaja.

Walaupun mungkin lelaki tersebut tidak berejakulasi atau tidak digunakan semasa hubungan seks, tapi ia perlu dibuang setelah dibuka dan digunakan.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perdebatan mengenai penggunaan berulang kali kondom dalaman atau juga disebut kondom perempuan. 

Kebanyakan pakar bersetuju kondom perempuan juga tidak boleh digunakan secara berulang kali. Ia disarankan untuk digunakan sekali pakai sahaja dan perlu menggunakan kondom yang baharu setiap kali ingin melakukan hubungan intim.

Tetapi, ada satu kajian yang mungkin menunjukkan keputusan yang berbeza dalam hal ini.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2001 dengan 50 orang responden menyatakan, kondom perempuan ini boleh dibasuh, dikeringkan, dan diletakkan semula dengan pelincir. Dengan kata lain, ia boleh digunakan semula.

Kajian tersebut menyatakan kondom perempuan ini boleh digunakan sehingga 7 kali penggunaan!

Walau bagaimanapun, para penyelidik kajian tersebut berkata terdapat beberapa lubang dikesan terhasil dalam kondom perempuan yang telah digunakan berulang kali.

Oleh itu, mereka mencadangkan penggunaan kondom perempuan yang baharu setiap kali ingin melakukan hubungan intim.

Kondom wanita boleh guna semula jika terpaksa

kondom perempuan

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan seperti kehabisan stok kondom, penggunaan kondom wanita secara berulang kali masih lagi boleh diterima pakai. 

Namun, anda perlu mencucinya terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh responden dalam kajian sebelum ini:

  1. Bilas terlebih dahulu kondom perempuan yang telah digunakan.
  2. Basuh selama 60 saat dengan menggunakan sabun pencuci cecair.
  3. Bilas kembali.
  4. Keringkannya dengan menggunakan kain tuala atau tisu yang bersih.

Adakah terdapat sebarang risiko penggunaan berulang kondom wanita ini?

Anda pasti tahu fungsi penggunaan kondom adalah untuk mengurangkan risiko penyakit jangkitan kelamin dan juga mencegah kehamilan.

Walau bagaimanapun, penggunaan kondom secara berulang kali termasuklah kondom wanita akan menjejaskan fungsi asalnya.

Menurut Dr. Nina Carroll, kita tidak dapat memastikan diri kita bebas daripada sebarang risiko jangkitan virus atau bakteria akibat daripada penggunaan kondom secara berulang. Ini kerana kedua-dua virus dan juga bakteria bersaiz yang sangat kecil.

Selain itu, terdapat juga isu fitting kondom yang telah digunakan. Kondom yang telah digunakan secara berulang kali akan menjadi lebih lebar dan ia akan mudah menjadi longgar dan tertanggal apabila digunakan kembali.

Kondom wanita yang digunakan berulang kali juga akan berisiko untuk koyak, berlubang dan juga pecah tanpa anda sedari.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya tidak mempunyai kondom wanita?

kondom wanita

Sekiranya anda menggunakan kondom untuk tujuan melindungi diri daripada jangkitan penyakit kelamin atau mencegah kehamilan, tetapi dalam masa yang sama tidak mempunyai kondom wanita, jangan sesekali terlibat dalam sebarang aktiviti seksual.

Anda masih lagi boleh menikmati aktiviti seks melalui cara lain seperti penggunaan sex toy, melancap, dan seks oral yang ternyata lebih selamat berbanding melakukan seks dengan penggunaan kondom secara berulang.

Jika anda beranggapan kaedah tidak pancut dalam boleh mengelakkan jangkitan penyakit kelamin, anda silap!

Kaedah tersebut mungkin berisiko rendah untuk menjadikan anda tidak hamil, namun ia tidak berkesan dalam mencegah jangkitan penyakit kelamin. 

Penyakit kelamin juga boleh berjangkit daripada seseorang individu kepada individu yang lain melalui cara sentuhan kulit ke kulit.

Untuk mencegah kehamilan juga sebenarnya tidak begitu berkesan. Ini kerana, terdapat satu kajian yang membuktikan sebanyak 28% pasangan disahkan hamil pada tahun pertama walaupun mengguna pakai kaedah tidak pancut dalam ini. 

Jadi, pilihan di tangan anda, sama ada menggunakan kondom wanita baharu atau tidak melakukan seks sama sekali. 

Bagaimana pula jika saya tetap ingin melakukan seks, adakah cara untuk mengurangkan risikonya?

kondom perempuan

Sekiranya anda telah melakukan hubungan seks dengan penggunaan kondom wanita secara berulang, kami menyarankan agar anda berjumpa dengan doktor perubatan untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya.

Jika anda runsing akan hamil, anda boleh mendapatkan pil pencegah kehamilan di kaunter farmasi dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks. 

Ingatlah, walaupun pasangan anda tidak pancut dalam, anda masih lagi berpotensi untuk hamil yang disebabkan oleh air mazi atau ejakulasi air mani lelaki yang sedikit. 

Kesimpulan

Sekiranya anda benar-benar ingin melakukan hubungan seks tetapi tidak mempunyai perancangan untuk hamil, sila gunakan kondom wanita yang baharu setiap kali melakukan seks.

Jangan sesekali mengambil risiko melalui penggunaan kondom perempuan secara berulang.

Jika tidak, anda mungkin akan hamil atau mendapat jangkitan penyakit kelamin daripada pasangan anda.

Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk memastikan anda bebas daripada sebarang jangkitan kelamin yang tidak diingini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Jika anda ingin hamil, perkara wajib yang perlu anda tahu adalah cara anggar waktu subur selepas period. Mudah sahaja, tidak perlu guna kalkulator ovulasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    waktu-pagi-masa-sesuai-buat-ujian-kehamilan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    kondom bocor

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    cara-pakai-kondom-wanita

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020